Jauhi Rasuah! Berdoa untuk Malaysia @ Putrajaya

Bismillah.

Weekend dah habis! Alahai~esok dah mula kelas.Hari ni memang rehat giler-giler.Al maklumlah semalam penuh dengan aktiviti gituuh.Rajin sungguh la naa join aktiviti.Lepas tu masuk hari ahad pengsan seharian 😆

Pagi sabtu tu dah kena bangun awal-awal sebab pukul 7 katanya dah kena gerak ke tempat event diadakan.Malangnya,janji hanya tinggal janji.Macam biasa la.Lambat juga bas sampai.Plus minus hampir setengah jam juga la menunggunya.

Mujurlah tempat dekat je..kitorang pergi ke USIM.Melawat kampus orang.Umang aii.Cantik.Jeles la tengok kampus orang cantik.Tapi hujan emas di negeri orang,hujan batu di negeri sendiri.Better la bersyukur dengan kampus sendiri.😉 Kitorang dipahamkan kena pakai seluar alih-alih tengok ramai pula pakai baju kurung dan jubah.Eh..eh..rasa janggal tetiba.


Lautan mahasiswa di dewan kanselori.Punya la nak duduk depan,alih-alih dorang duduk belakang je.Tak nampak la duduk belakang ni.Sedih.Tengok dekat screen je la mampu.Like seriously best sangat-sangat teater yang dorang persembahkan.Gah giler tajuk dia.

"Tangan kanan menggenggam bara,tangan kiri melipat senjata"

Pelakon dia ada 5 orang.Cuma yang main dia 4 orang je la.Lagu pun best.Havoc tengok sorang pelakon yang berbadan besar menari.Macam flexible je badan dia.Ala-ala orang berbadan besar yang viral menari kpop tu.Cerita dia mengenai rasuah.Yang mana dari zaman U lagi dia memang main rasuah la kiranya sampai terbawa-bawa ke zaman pekerjaan.Segala kemewahan yang dikecapi hasil daripada rasuah.Sehinggalah perangai pun jadi teruk,berpoya-poya dan pukul bini.Pengakhiran yang sebak,bini dia sendiri laporkan kepada SPRM mengenai kegiatan suami dia tu.

Jadi jangan main-main dengan rasuah ni.Dah la semestinya haram,mudarat yang teramat pada diri dan masyarat.Tak lupa perkongsian daripada penentang rasuah di Indonesia.Beliau menentang rasuah di Indonesia dan melaporkan kegiatan rasuah pada pihak berkuasa.Namun,akibatnya dia menerima 29 jahitan di kepala.Bukan calang-calang orang yang beliau laporkan.Kabinet Menteri yang ada kuasa.Demi keadilan dan membela nasib masyarakat di negaranya,beliau rela menempuh rintangan.Hasilnya,ramai yang dah join dan bekerjasama menentang rasuah di sana.Kalau tak dibendung rasuah,pendidikan anak-anak terabai dan kemiskinan semakin bertambah teruk.Hak rakyat dirampas kerana kerasukan nafsu.Semoga kekal tsabat! Respect dengan beliau.


Namun,bila masyarakat Malaysia akan sedar? Mahasiswa dan Mahasiswi masih lagi bermain cinta,baling batu sembunyi tangan.Hanya segelintir je yang tumpukan perhatian pada penceritaan.Yang lain sibuk berselfie dan gelak tawa.Entah apa yang lucu tak tahu.Mereka di depan bersungguh-sungguh menerangkan bahana rasuah,berpuisi dan sebagainya.Puisi disampaikan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM.Jauh di sudut hati geram teramat dengan mereka yang bermain-main ni.Masih jauh perjalanan untuk memberi kefahaman kepada anak-anak muda ni.Baik apa pun dakyah.Sungguh bukan mudah.Kami anak-anak muda masih terawang-awang.


Sebelah petangnya,selepas asar kami gerak ke Putrajaya pula! Yeay..doa untuk Malaysia.Alhamdulillah Malaysia masih aman.Semoga Malaysia sentiasa aman sentosa.Nampak je aman walhal di sebalik tabir banyak anasir yang menjalar dan menguasai pemikiran mahupun budaya.Kitorang sampai je Putrajaya mula la berselfie bagai.Heaven weh..! Tempat luas,bangunan besar-besar,tempat cantik.Orang sikit..hohooo.Bagi aku la,Putrajaya ni negeri orang serius😂


Bergambar depan Istana Kehakiman.Jadi la..ala-ala bergambar depan Taj Mahal.😂 Posing sini,posing sana..alih-alih..pic panggil,dorang cakap salah tempat.So naik balik bas ke tempat yang sebenarnya.Aigoo sabar je laa..lama kot kitorang dekat sini..nasib baik la sakan bergambar,kalau tak bengang la kott~Tak sedar masa berlalu.Gituhh.


Alhamdulillah,rasa macam dekat mekah pula.Hahaa..lepas mengisi perut dengan makanan yang diedarkan kitorang pun berarak ramai-ramai ke dataran Putra.Semua yang datang dari tempat yang berbeza.Lebih 300 bas kalau tak silap.Cantik kan pemandangan? Subhanallah.Solat berjemaah,solat hajat dan berselawat di dataran.Semua lapisan umur ada.Sejuk je mata memandang tengok budak-budak tahfiz.Berserban dan berbaju putih semuanya.

Kami nak balik dah! MERDEKA!!

Macam biasa.Hujan rahmat,insyaAllah.lencun semua orang.Namun nak berganjak tidak sesekali.Cewaah! keliru kejap..doa untuk Malaysia ataupun sambutan kemerdekaan? Hehehhe..sambil berselawat dan berhanana..kita kibarkan bendera Malaysia.Seronok berselawat ramai-ramai nie.Tapi hujan uiii.Btw,ada satu kepelikan.Aku sendiri pun samar-samar..boleh ke atau tak boleh..tapi serius pelik.Aturan saf dekat dataran.Semua orang follow imam dalam masjid.Dengar suara je.Tapi di luar tak ada paparkan di screen pergerakan imam.Sepatutnya perlu la.Ramai kott yang mengikut di luar ni.Itu satu hal..Lepas tu..kedudukan saf..boleh pula saf lelaki belakang perempuan.Haru! Dan saf pun putus-putus.Sebab ada yang solat,ada yang tak.Siapa nak jawab? Aku simpan persoalan tu dekat sini.

Haru lagi,balik tu kami menapak jauh.Tunggu bas pula dekat sejam lebih.Omg! Dah la tengok bunga api dari jauh je...wuwuuwwu..sabar je la.Maka berakhirlah hari sabtu ku penuh berhantu.Ehh! Bengang tu nak kata😂 Minggu ketiga dah esok! Mati la nakk! Esok biostatistics first class!


Lomah semangat aii.Semoga berjumpa lagi di lain cerita.

14 Ogos 2017 00:43
2-3A-3A

Ber"AnnaBelle" di MyTown !

Bismillah.

Alhamdulillah.

Di sini lagi.Jumaat yang indah.Tiada kelas jadi kami berzumba-zumba hari ini! Di mana? Jeng...jeng..jeng...sudah tentulah di MyTown di Cochrane.Dahsyat betul bulan ni berjoli sakan oii.Tak sedar diri tu FYP dah😑 huhuhu.

Perjalanan kitorang pergi ke MyTown tak lama pun.Bawa kawan-kawan naik MRT untuk pertama kali gituu.Buat aku yang baru naik tiga kali ni rasa biasa-biasa je.Hahaa..bajet je.Bosan la..lama sangat nak tunggu ke destinasi tu.Banyak woo stesen sebelum tiba ke destinasi.Tapi untungnya murah *harga student~ dan senang nak ke mana-mana.

Cakap je nak ke mana.MRT setia membawa anda.Gituhh.Hahaaa.Tak lupa kalau dari tempat kitorang memang banyak kosong la tempat duduk.Maklumlah perhentian di penghujung.


Nak balik tu je la seksa sikit.Tapi mujurlah hari biasa kalau hujung minggu confirm peratus nak dapat tempat duduk tu amat tipis.Jadi bersyukurlah alhamdulillah.Tak sabar nak tengok Annabelle.Tapi lapar la pula.Sebaik sampai kitorang pun membeli tiket wayang dulu.Untung weh jadi student nie..


Hari weekday je dapat promotion harga student sampai pukul 5 petang.Kalau weekend jangan harap la.Harga tetap macam biasa.Pandai kan dorang.Kalau full je kelas sampai pukul 5 memang tak merasa la student nak dapat diskaun.😂 Berniaga mesti mau pandai maa.Hohoo..

Dah beli tiket so apa lagi! Lapar wehh..cari makanan laa.Malangnya tak ada kedai makan yang special la.KFC pun tak ada?😅 Macam tak banyak kedai makan je dekat sini.So kami nampak IKEA je la pilihan yang ada.Umangg aii..beratur panjang orang membeli makanan.Meja pun hampir full.Hasrat untuk makan terpaksa dibatalkan.Kita tunaikan kewajipan fardhu dulu sebelum tengok Annabelle.

Dalam perjalanan ke panggung wayang,terasa nak makan juga.Kalau tak mana syok layan cerita kan.Kitorang pun merayau kejap cari kedai.Maka jumpalah kedai roti.Yummy! Rambang mata tengok beraneka jenis roti nie.Kesudahannya pilih dua jenis roti sebagai alas perut.

Jom kita tengok Annabelle sambil makan roti.Takut juga beg kena check sebab bawa makanan luar.Mujurlah tak.Dapatlah kami menikmati roti sambil tengok Annabella.Kerusi belakang pun kosong jadi kami buat tempat tu macam rumah sendiri.Selesakan diri.😝 Mula la sesi jerit menjeritt..waaaaaaaaaa~!!!


Meriah Cinema.Bukan je jeritan.Gelak tawa pun ada.Kitorang pun lepas jerit gelak..pastu jerit lagi..pastu hadang mata dengan jari jemari pula.😂Aduyaii.jadi tak betul tengok cerita nie.Galak sungguh.Banyak part yang terkejut.Itu pasal la.Ngeri pun iya juga.Kejam betul iblis tu.Hmm..dah nama pun iblis.Aku jerit bukan apa.Jerit suruh watak-watak selamatkan diri daripada mati kena bunuh dengan iblis tu😢 Gelak pula sebab lawak dengan diri sendiri.Dah kenapa over sangat jerit padahal tak takut mana pun.Cuma  banyak scene terkejut je😂😂.Tapi sungguh puas hati juga la.


Dah puas tengok cerita apa lagi.Balik laa~ Tapi tetap nak menyinggah makan dekat IKEA juga.Lapar pun lapar ni.Tak menahan nak pesan macam-macam.Sekali hambekk! Penuh perut sumbat dengan makanan.Meatball dia padat sungguh la.Sup lagi,roti pula dua keping.Tak cukup dengan tu tambah pula pasta.Lauk meatball juga tuu..Aigoo..aigoo..nafsu nafsi betul.Kesudahannya 6 ketul juga la meatball tak habis.Terus bungkus letak dalam bekas yogurt kawan.😂Malas nak beli bekas punya pasal.

Fuyoo.Sehari je dah habis banyak ni.Macam ni la hidup,kalau keluar je dah tentu kering duit.Baru makan roti dengan IKEA je tu.Nasib baik tak singgah kedai makanan Korea bagai.Kalau tak,naya wehh nak hidup 2 minggu lagi sebelum elaun masuk😂 Banyak habis dekat makanan je sebenarnya.Nak jimat memang tak keluar rumah la jawabnya.

💕

Jumpa lakaran ni.Jadi kitorang tak lepaskan peluang tangkap gambar dekat sini.Berjodoh rupanya aku dengan dinding ni.Sepadan pula baju dengan lakaran😂 Hearts and Smiles.Nice one.Jantung dan senyuman aku limited edition 👅Ini je la satu-satunya dinding yang kitorang tangkap gambar. Tak sempat pusing-pusing dah.Lewat dah.Nak balik sebelum Asar.Kalau tak gerenti lagi banyak gambar kitorang tangkap nie.

Okay tak tipu.Ni gambar kenangan terakhir sebelum melangkah masuk ke stesen MRT Cochrane.Bye-bye MyTown!💕Saya gembira hari ini bersama housemates di MyTown.Poket je yang agak bersedih dengan kehilangan duit yang dikorbankan demi kepuasan diri😂 Panjang wehh post ni.Lama ai menaip di henset nie haa.Okay la semoga berjumpa lagi.Happy blogging ! Terima kasih sudi meluangkan masa melawat blog saya💕

Daaaa!

11 Ogos 2017 23 :14 PM
2-3A-3A 

☂ 6 Asas Kusyuk Dalam Solat ☂


Keseronokan Tak Terhingga Di Taman Tema Air !

Bismillah.

Alhamdulillah.


Masih diberikan peluang untuk bernafas cuma untuk update blog masih tergendala sehinggalah hari ini.

Lama sudah rasanya aku tidak bersiaran.Kali ini aku nak ceritakan perasaan dan pengalaman yang tertangguh di taman tema air,Bangi Wonderland! keseronokan yang tak terhingga kata kauu..ceewah sangat👻kami satu rumah sewa dalam 6 orang dah lama merancang nak bercuti.Nak berseronok bersama-sama gituu.

Akhirnya impian kami untuk berseronok bersama-sama tercapai.Rezeki kelas takde sangat minggu pertama.💕 wahh..cuma tetap je tak lengkap.Bukan senang nak lengkap uii.Dua orang tak dapat ikut sebab ada hal yang tak dapat dielakkan.Lepas tu terfikir,lagi ramai lebih meriah.Maka aku pun ajaklah kawan-kawan yang lain.Promosi punya promosi ..sorang je lekat😂 Jadilah.Yang lain macam-macam peel.Takut air pun hadoo..hihii.. yang jimat duit dah tentu.

"Bukan semua mampu macam kita.."

Tapi sekali sekala apa salahnya kan.Bukan selalu.Jarang dapat peluang sebegini.Maka aku pun korbankan juga duit untuk berseronok punya pasal.Lepas tu padam muka la ikat perut kejap😂 Mujur harga beli tiket online lebih murah daripada walk-in.Kalau tak,ikat perut pun kena diperpanjangkan jua..waduhh.waduhh..


Sebaik tiba di Taman Tema tersebut,kami pacakkan diri di hadapan pintu masuk.Buat kenangan woo.IG story lagi.Haha.Tak sabar nak main air tuu..Masa beratur nak dapatkan gelang tu.Aku melilau la tengok peraturan bagai.Uishh..peraturan dia boleh tahan..tapi paling tak menahan,ada satu permainan tu hanya yang berketinggian 150 ke atas je boleh main😒 

OMG.Wehh..kurang asam tuu..~

"Berat kalau kurang boleh tambah,tapi kalau tinggi kurang,mana inci kau nak cari?"

Wehh..tak kelakarr😥

Bila dah dapat gelang excited giler nak main semua benda.Dah masuk tu tengok gelongsor mainan tu semua macam mencecah langit dah.Terus bercampur baur rasa.Excited+ cuak gila babeng.Haaa..nak main sangat hambekk! Huwaaa..nak main tapi jantung bagai dipalu.Lup dap lup dap tak henti.Sampai atas bertambah cuak.

Bukan nak kata apa,tapi semua mainan bertangga wehh..nak main setiap mainan kena panjat tangga.Gigihlah mendaki satu persatu.Dah la cuak,bila mendaki bertambah laju degupan jantungku bagai orang yang jatuh cinta gituu.Ehh!

Kanak-kanak riang mula beraksi!

Age of Pirates,inilah mainan pertama yang kitorang nampak dan jejak.Nampak macam tak mencabar kan?Budak-budak pun ramai main dekat sini.Aku je yang cuak bagaii..hahaha..cuak tu sebab tak pernah cuba.Tapi bila dah cuba..cuak juga lagi😂 Tapi serius la best je.Aku takut tinggi kot sebab tu cuak.

Mainan kedua paling menakutkan.perghh
..mainan nie kena naik pelambung untuk dua orang tu..seriau ..tak pernah-pernahnya naik tinggi-tinggi untuk terjun..macam kerja gila pun ada rasa😑 Bila lifeguard tu lepaskan kitorang,maka meluncurlah kami ke bawah .tak sempat nak keluar suara..terus rasa zappp! dalam dada..macam pedih ulu hati tu..tapi sesaat tu je la..nak terbeliak pun tak sempat..😂 dah sampai dalam air.

Terbaikk!

Sesiapa yang ingin mencabar diri,dan sukakan cabaran amat digalakkan untuk cuba nie..mainan dia purple belang putih dekat laut buatan tu.Yang sakit jantung dan ibu mengandung jangan sesekali wehh..sadiss nanti pengakhirannya😰 

Lepas sampai bawah tu adrenalin meningkat berlipat kali ganda.Jantung berdegup tak mahu berhenti lagi.Hahaa..lepas semua dah cuba kitorang merantau cari mainan lain pula.Yang lain semua best.Biasa-biasa juga.Tapi ada dua aku tak berani cuba.Satu warna purple.Kawan aku cakap..macam jatuh bangunan rasa dia..uishh seramlah.Lagi satu warna hijau 90 darjah kott.Kawan aku yang paling berani antara semua pun tak berani nak cuba.Tapi sayang laa..seramm..tapi nak cuba juga.

Maybe next timee~!

Kitorang dah puas main,gerak la balik cari makanan.Air dah kembung perut minum😹Makanan luar tak boleh bawa masuk.Maka berlaparlah kami seharian.Misi memburu makanan pun bermula! Cari makanan sedap tak jadi ..Jom kita ke Bangi Sentral.

Selfie penumbuk namanya

Nak tunjuk gelang Bangi Wonderland tu sebenarnya tapi ramai yang dah cabut tapi tangkap je la gambar buat kenangan gituu.Cuba teka kami makan dekat mana? Jeng..jeng..jeng...

Acah-acah giler

Lapar dah ni! Lapar macam mana pun doa makan jangan dilupakan walau sekali.Hehe.Kitorang mendarat di Kedai Fizo Mawar.Pilihan yang mudah setelah mengelilingi bangunan butik-butik tu.Tempat parking langsung tak ada.Dua kali kott tawaf.Macam mana la nak shopping tu~ Parking tarakk.Selamat duitt😂 

Ingatkan dia jual tomyam je .entah kenapa aku fikir dia jual tomyam je..😅.rupanya banyak juga la pilihan.Aku pilih nasi gaul.Sedap wehh..dengan banyak daun-daun yang beraneka.I mean ulam-ulaman..hehee. Ayam dia terbaik.
RANGUP!krupp..krupp.krupp bunyinya..ishh..bila tulis ni rasa macam nak pergi makan lagi laa..ishh..ishh..ishh..sabar..sabar..melayang duit nanti😂

Dan minggu ini minggu kedua sem maka bermula la aku mencari jurnal untuk buat FYP 1.Doakan semoga FYP 1 ini berjalan lancar..jia youu and..!



Till then.💕

9 August 2017 21 : 52PM
2-3A-3A

✍ Nak tahu satu rahsia tak?

Bismillah,

Alhamdulillah hari ni dah ada dekat kampung ! Semalam angah,mak dan ayah mai ambil dekat rumah sewa alang-alang ada urusan di Putrajaya.Yeayy..dapatlah online blog guna netbook kejap.Berulang kali buka blog sendiri.Rindu paparan blog sendiri dekat netbook.Hahaa.Lepas tu nak adjust Top Commentator punya widget tak dapat pula.Entah kenapa dia tak muncul.Akhirnya buang je.Sebenarnya banyak nak cerita tapi gambar yang nak dicerita ada dalam handphone.Tak pasal-pasal pula tadi delete misc dekat handphone tu lalu terdelete la gambar yang dah diletak watermark.

Sodih boto.

Tapi insyaAllah nak update juga nanti.Hahaa..lagi-lagi cerita dekat Theme Park.Siapa yang tengok wordless wednesday punya post tau laa.Macam buzy je nak update blog kan.Padahal banyak je masa.Minggu ni minggu yang paling santai sebab first week so tak banyak kelas dan selalu memang kelas tak ada pun.Heaven kauu~ Tapi yang hado laa..

Aku dah mula briefing FYP1.Mati la nak~ nak cari tajuk FYP lagi.Takut nak mulakan tapi dalam masa yang sama excited sungguh.Nak tak nak memang kena harung la.Sakit la nak buat proposal dalam Bahasa Inggeris nanti tu.Harap-harapnya aku bertabahlah sentiasa.Doa-doakan la kita nie.Apa lagi nak cerita nie..hmm..hmm..aha! blogwalking lagi..sodih..aku pilih random je tadi siapa yang keluar dekat feed blogger tu maka pergilah i blogwalking kejap.

Blogwalking pun kena jaga ni.Tapi itulah.Ralat.Selalu je tak terbuat.Terima kasih korang yang sudi datang komen.Harap-harap terhibur la dengan entry saya ni.Hehehe.Nanti akan ku cuba usahakan.Semoga kesibukan Sem 5 ni yang harap-harap tak berapa nak sibuk tak mengekang aku daripada berblogging.

Dan jeng..jeng..jeng..

Apakah yang membuatkan aku istiqamah update blog? ..rahsianya adalah ~

Aku guna apps Blogger dalam phone! Like seriously? ! Serius la uols.Masa IE tu setiap hari lepas maghrib tu maka aku mulalah menaip dalam handphone menggunakan apps Blogger warna oren tu.Lepas tu aku ingatkan susah nak letak gambar.Senang je sebenarnya.Lepas aku bercerita satu dua perenggan aku akan save dulu lepas tu pick a photo.Dan save.Lepas tu bila edit semula entry,gambar tu akan muncul la dengan perenggan yang kita dah buat.

Lepas tu bolehla sambung bercerita.Nak letak gambar lagi? buat step yang sama.Dan begitulah sehingga entry aku jadi panjang juga.Sampai isyak aii menaip dalam handphone.Ralit wehh.Dah rasa puas hati dengan entry tu maka bolehlah publish.Jadi sonang kojo! Tak la leceh dah nak update blog.Tapi tetap guna netbook lagi best la.Typing lagi laju.Kalau guna handphone.Lenguh juga la jari jemari.Hohoo.

Tapi itu la pilihan yang paling senang dan memudahkan aku untuk update blog dalam sehari dan bila-bila masa.Masa sebelum tidur pun sempat typing lagi gituhh.Tapi dua tiga hari ni dah mula nampak belang kemalasannya.Itu yang bila teringat blog terus update.Takut nanti terabai lagi blog ni.Ok la setakat tu dulu.Sampai berjumpa lagi ! Have a Nice Day Everybody ! Happy Blogging!



5 Ogos 2017 12 :47 PM
HOME SWEET HOME


✍ Welcome Sem 5 ! Let's fighting💪

Bismillah.

Alhamdulillah,after IE we didn't have any break yet we need to go into new semester already.Yuhuu.Now I'm officially in semester 5.Excited but in the same time got scared.Hope all the things will go on well within this time.

I have added FYP 1 for this semester according to plan that has been made by my previous advisor.And you know what..shocking news! my previous advisor become my advisor again for this semester.OMG! I'm panicked.She is the fierce one.😅 I can't playing around anymore.


I think that i can get through all of this.InsyaAllah.Need to fight more than before.And much than other.So tomorrow will be briefing for FYP 1 and I have to choose wisely what field I should carry on.I want to do research in microbiology but I don't know if there is any other field that much better and suit for me.I hope I do not choose the wrong field.May Allah easier everything.


We thought that today have started but actually classes will only started tomorrow so then I wasting my time waiting for 3 hours in the lecture hall waiting for lecturer that will never came.😂 So sad.I went home and decided to watching Korean drama and samyang! Such a perfect combination😜

Jyeahh.

My girl.The title of korean drama.Refreshing my back day in school then.Remember the old memory and how I was back then.Nostalgic.Will never ever forget my first crush.Lee Dong Wook😘 The handsome man that not fading away.Lols.


After then,me and housemate going walking around the neighbourhood taking fresh air in the evening.Such a perfect day.Starting a good vibes for tomorrow and continue marathon My Girl💕and update blog for a while.Hihii.

Hi uols! Thank you for reading.

Not starting blogwalking yet since then.😅I will try spend some time in any possible way.Btw,please pray for me this semester.And May Allah easier our journey toward this life.

Till then! 

31 July 2017 19:50 PM
SR 2-3A-3A


Hari Terakhir : Perpisahan Yang Dinanti

Bismillah.

Alhamdulillah.Yeayy..akhirnya habis dah IE selama dua minggu ini!


Hari jumaat dengan penuh semangat pergi ke tempat IE dengan gembiranya.Lain macam suasana hari tu.Selalunya lagu sedih yang keluar,hari tu lagu Aida Jebat pula yang keluar.Jam terus berdetak ahhh~😂Tak sabar nak habis ler tu.8.30 pagi berkumpul di bilik mesyuarat dan staff berkumpul untuk baca doa pagi dan tazkirah sebentar.Lepas tu tinggallah kami student IE bersiap sedia present study motion secara santai.

Tak ada apa rasa nak present.Sama je..huhuu..department lain banyak sungguh masalah dia.Department ai tak de masalah uols~

Aku pun tak tahu nak cakap apa.Nak kata perfect tak la tapi benda yang remeh-temeh yang tak mengganggu gerak kerja tak perlu cerita kott.Itu yang tak ada point nak cakap.Lagipun ketua HR tu pun tahu yang department aku duduk tu paling okay antara semua.So..yeah!

                                                           Bergambar kenangan bersama Ketua HR

Habis je sesi present secara santai tu maka kami pun bergambar la dengan Ketua HR.Dia pun nak cepat kott.Ada sesi temuduga staff baru.Konon nak present kejap je lepas tu berlarutan sikit.hehe.Nasib baik la sempat ambil gambar gituu.

Tanpa membuang masa,kami pergi pula ucapkan salam perpisahan ke department masing-masing buat kali yang terakhir.Nasib baik aii tak sodihh.Happy rasa dapat ucapkan terima kasih dan ucapan maaf pada staff dengan proper.Lepas tu kami ke tempat berkumpul student IE yang lain di klinik.Kami sebenarnya dibahagikan separuh di klinik dan separuh di hospital.Lucky saya dapat hospital dan department yang saya nak.Dah mention sebelum ni.Heee💕

Maka di klinik la kami diraikan dengan majlis perpisahan.Rasa sangat dihargai sebab walau hanya dua minggu,majlis perpisahan tetap dirancang untuk kami.Terharu gitu.Majlis perpisahan dimulai dengan ucapan wakil dari klinik which is ketua Dr.Kemudian wakil hospital iaitu Ketua HR dan wakil pelajar IE untuk hospital dan klinik.

Dan tak lupa surprise birthday untuk wakil pelajar IE untuk klinik.Kira sangat bertuah birthday dia jatuh pada hari tu.Kami menyanyi happy birthday ramai-ramai dan dari belakang dua buah kek dengan lilin dibawa ke hadapan dia.Menangis dia terharu.So sweet la kawan-kawan dia nie.


Yummy! Dua-dua kek aku rasa.Sedapnyaa! Untung dapat makan kek free hari tu.Kami dijamu dengan mihun goreng dan kuih popia basah.Tak lupa air teh.Ambik kauu..mention semua makanan..haha..kenangan perlu disebut nanti lupa.Bukan selalu dapat macam gini.Tapi memang baguslah pengurusan diorang.Staff pun baik-baik belaka.Padanlah dengan nama syarikatnya.Kalau tak mesti speechless gitu.

Rajin pula diorang panggil nama sorang-sorang bagi sijil.Ketua HR sampaikan sijil untuk yang IE dekat hospital.Yang klinik pula,Dr. yang sampaikan.Ketua HR boleh pula bagi gelaran untuk tiap orang yang ambil sijil.Yang paling banyak cakap la..yang kuat tidur la..sampai part aku..."..Yang ni yang paling pendiam.." krikk..krikk..krikk rasa..haha..nasib baik la ada kamera tangkap gambar dekat depan.Senyum je la😅

Dah habis melantak sampai dua tiga kali tambah ..sebelum tu nak clearkan,bukan aku yang tambah eaa..kawan-kawan yang lain.😂kitorang pun buat sesi bergambar ramai-ramai sebelum bersurai sepenuhnya.Umang aii.Bab bergambar memang takkan lepaskan peluang diorang ni.


Acah-acah sungguh.Gembira sungguh dapat sijil.Walaupun dua minggu tetap dapat sijil uols.Posing macam orang tak pernah dapat sijil.😂Perasaan dia macam dah graduate.Lepas tu mula la rasa sedih.Berapa sem je lagi dah nak habis belajar.Sedihnyaa...tak nak kerjaa~huhuhu.Seriously dunia kerja lain.Haila.

Walau macam mana pun kena move on juga daripada dunia belajar ni.Tetap kena kerja juga untuk bayar hutang uols.Huwaaa.Sedihh.Nanti mesti rindu nak belajar lagi.Kalau banyak duit atau  ada rezeki lebih bolehlah sambung belajar.Kalau tak ..kena kerja je la.😢Lumrah duniawi.

                                                                           Ehh..KFC tetiba.

Balik tu classmates rancang nak keluar ..kitorang habis say bye bye masa orang nak pergi solat jumaat jadi petang tu banyak masa lagi tapi i rancang nak tidur.So diorang pergi la berjimba tinggal ai.Nak dijadikan cerita konon penat nak tidurlah sangat.Kejap je dapat tidur lepas tu terjaga automatik.Buka phone tengok group class dah bising kata result keluar.

Memang tak sambung tidurlah jawabnya.Terus buka portal dan tengok result.Omg! Kebetulan housemate ada dekat rumah.Kami pun share result.Maka berhuhuhu la kami.Lepas berhuhuhu tu kebetulan dia nak pergi dobi dan nak makan.So drive thru KFC.Tu yang ada KFC tu..😂Tapi I nak highlight kan yang staff KFC tu salah masuk order.Kami minta cheezy wedges.Betul la dapat semua order yang diminta.Tapi dalam resit tulis milo ais.Pelik sungguh.Dah balik baru perasan.


Nak pergi balik ke KFC tu macam impossible je.Rajin pula nak pergi tanya kenapa jadi lain dalam resit.Maka berhuhuhu lagi la kami sambil makan.Maka berlabuhlah tirai jumaat dengan meninggalkan kenangan berIE di sana selama dua minggu ini.Sangat menghargai pengalaman yang dirasai walau hanya seketika.Lepas ni ke manakah aku?

Mungkinkah akan ada IE 2? Universiti kami memang penuh dengan kejutan last minit.

Jeng..jeng..jeng...

30 Julai 2017 22:07
SR 2-3A-3A

Hari 9 : Tugasan Selesai!!

Bismillah.

Alhamdulillah.Yeayy dah habis dah tugasan.Rasa puas sebab dapat completekan tugasan.Walaupun tak buat apa sangat tapi dengan ada tugasan ni tak ada la aku buang masa.

Demi Masa! Bila buat study motion ni boleh nampak la masa staff tu terisi dengan apa.Sesungguhnya setiap masa tu amat berharga kan..kalau buang masa sikit pun dah delay benda lain.
Itulah pentingnya study motion.Tapi kalau orang lain ada catatkan menang bagusla.Tapi kalau staff sendiri catat memang boleh jadi giler😂


Bila dah siap alhamdulillah lega sungguh.Tak terkira bahagia rasanya.Hahaa.Nasib baik tak rasa sedih.Sesungguhnya setiap pengalaman itu amat berharga.Alhamdulillah bertambah lagi pengalaman hidup ini.

Jadi dah boleh balikkk! Balik tu rasa bahagia je sebab keesokkannya cuma nak present santai-santai je.So ambillah gambar jem di jalan raya buat kenangan kali terakhir.Haha.


Balik tu singgah dulu beli roti canai.Ambik kau! 3 keping roti canai aku order.Bukan apa,nafsu buka puasa punya pasal.😅 Sekeping roti sardin,2 keping roti kosong dan milo ais.Buntang wehh makan habis buka puasa tu.


Inilah dia roti canai tu.Kuah sampai dua.hehehe.Banjir~ Takpelah sekali sekala makan banyak.Raikan hari habisnya buat study motion gituu.Tak lupa Jus Kiwi yang housemate kerja starbuck bagi.Dia dapat free je tapi tak minum.Dah orang offer.Aku minum je la.Hohoo.


Sudahnya hari ini sakit perutt.Umang aii.Sekian untuk hari ke 9 semalam.Hari ini hari last! Yeayy..nanti i update ! Tunggu~

28 Julai 2017 11:05 AM
IE 1 PALACE

☂ Penat kejar dunia? ☂


Melaka, Destinasi Percutian Yang Menarik

Negeri Melaka dikenali sebagai 'MELAKA NEGERI BERSEJARAH' atau 'NEGERI HANG TUAH'.Pada tahun 2008,Melaka telah diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).Melaka juga diisytiharkan sebagai 'Melaka Maju' di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC),Kuala Lumpur.Melaka juga telah dinyatakan sebagai 'Negeri Bandar Teknologi Hijau'.

Negeri Melaka ini sememangnya sesuai untuk dijadikan tempat pelancongan kerana keunikan warisannya,tempatnya yang penuh bersejarah & sudah tentu makanan yang enak dan lazat untuk dinikmati.Di Melaka juga terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk melancong.

A' Famosa yang terletak di Bandar Hilir,Melaka yang bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka & Gereja St. Paul.Kota A' Famosa ialah bermaksud 'yang termasyur' dalam bahasa Portugis.Pintu ini ialah pintu yang ditinggalkan oleh orang Portugis di Kota A' Famosa yang dipanggil Porta de Santiago (Pintu Santiago).Ia telah dibina oleh Portugis sejak Portugis berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.A' Famosa ini merupakan seni bina Eropah yang tertua yang masih tinggal di Asia.Nama A' Famosa seringkali disalah sebut begitu juga dengan orang Malaysia.Mereka seringkali menyebut /ei/ Famosa.Sedangkan sebutan yang lebih tepat ialah /a/ Famosa dimana bunyi /a/ nya itu seperti bunyi "ah".

Beca Melaka yang terletak di Bandar Hilir,Melaka.Cara yang terbaik untuk menikmati pemandangan di Melaka serta untuk bersuka-ria adalah dengan cara menaiki beca sambil menghayati panorama di Bandar Melaka sambil duduk berehat di atas beca.Beca ini akan membawa anda melalui jalan-jalan dan lorong-lorong di pusat bandar bersejarah Melaka ini  yang selalunya akan tertinggal jika kita membuat keputusan untuk berjalan sendirian.Beca ini juga boleh disewa mengikut jam ataupun mengikut jarak perjalanan dan ia berpengkalan di Bangunan Stadthuys.

Sungai Melaka merupakan sungai yang terpenting semasa kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dari tahun 1402-1511.Sungai ini juga memberi perkhidmatan menaiki bot sepajang sungai ini & dinamakan perkhidmatan tersebut sebagai River Cruise.Sungai ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri kerana di kiri kanan sungai ini merupakan kawasan perbandaran,petempatan,perkuburan,perniagaan, perkapalan,pelabuhan dan lain-lain sejak ratusan tahun yang lalu.

Untuk bercuti di Melaka, anda pasti tertanya tanya apakah hotel yang paling sesuai untuk menginap di Melaka. Mesti tak lengkap percutian kalau tak dapat tempat penginapan yang menarik dan selesa kan? Untuk pengetahuan anda, Hotel Seri Malaysia Melaka adalah hotel yang terbaik untuk menginap bersama yang tersayang. Hotel ini terletak di kawasan / bandar Ayer Keroh. Terdapat banyak tarikan pelancongan yang berdekatan, contohnya Zoo Melaka dalam 1.38 km, dan Cheng Hoong Teng Temple dalam 11.9 km.

Dari acara perniagaan ke majlis korporat, Hotel Seri Malaysia Melaka menyediakan perkhidmatan dan kemudahan lengkap yang anda dan rakan sekerja perlukan. Bergembiralah dengan pelbagai kemudahan hiburan yang tersedia untuk anda dan seisi keluarga di Hotel Seri Malaysia Melaka, sebuah penginapan yang menarik untuk percutian keluarga anda.

Jika anda merancang menginap dalam jangka panjang, penginapan di Hotel Seri Malaysia Melaka ialah pilihan yang tepat bagi anda. Dengan pelbagai kemudahan dan kualiti perkhidmatan yang hebat, tempat penginapan ini pasti membuat anda berasa seperti di rumah. Perkhidmatan terbaik dan pelbagai kemudahan yang disediakan akan membuat anda berpuas hati sepanjang penginapan anda di Hotel Seri Malaysia Melaka. Nikmati hari yang menyeronokkan dan santai di kolam, sama ada anda mengembara secara solo atau bersama orang yang tersayang.Meja depan 24 jam tersedia untuk memberikan perkhidmatan kepada anda, dari daftar masuk hingga ke daftar keluar, atau sebarang bantuan yang anda perlukan.

Jika anda inginkan lebih lagi, jangan ragu untuk bertanya kepada meja depan, pihak hotel sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan anda.Nikmati hidangan kegemaran anda dengan makanan istimewa dari Hotel Seri Malaysia Melaka eksklusif untuk anda.

Hotel Seri Malaysia Melaka adalah hotel yang memberikan keselesaan hebat dan perkhidmatan terbaik menurut kebanyakan tetamu hotel ini. Dengan semua kemudahan yang ditawarkan, Hotel Seri Malaysia Melaka adalah tempat yang sesuai untuk menginap.So, do not hesitate to find best price on Hotel Seri Malaysia Melaka!

 

Hari 8 : Tak larat sudah

Bismillah.

Alhamdulillah hari ke 8 berlalu dah semalam.Tak sempat nak update.KO dah.Pagi tu rasa macam sedih je sepanjang perjalanan.Tambah lagi ditemani lagu tergantung sepi..hahaa..sayu lak aii..

.

Maybe sebab malam tu dapat berita tak dijangka.Pihak hospital dah rancang untuk buat majlis perpisahan untuk kitorang tapi ada student request nak cuti.So mungkin tak sempat nak buat majlis perpisahan tu kalau cuti awal.

Masuk je lab like seriously.Penat lak aii..tagging staff buat itu ini.Tak henti.Setiap minit ada je benda yang nak dibuat.Aku catat tiap benda jadi macam banyak la pula.Tak cukup dua helai kertas😂

Lagi banyak aktiviti giliran staff kedua ni daripada aktiviti staff yang first.Bravo!!
 Pastu rehat tu kami bersantai di pondok depan hospital.Murah giler la nasi lemak dan air dia.Semua seringgit.Walaweh.Bukan senang jumpa ni.Jimat duit aku.Kenyang pun kenyang.Alhamdulillah.


Hari ke 8 sampai rumah awal sebab tak jem mana.Tapi sampai je rumah tu pengsan terus aii.Exhausted~

Hari ni SV diorang pula.OMg semoga dipermudahkan untuk hari ni.Jia you! Kurang 48 jam lagi akan berakhirlah IE ini.Yeahh!

27 July 2017 07:27 AM
RUMAH SEWA 2-3A-3A

Hari 7 : Macam SV dah aku.

Bismillah.

Alhamdulillah hari ke 7! Yeayyyy..semakin seronok menghampiri penghujung hari.Mengira detik-detik pengakhiran IE ini.Hari ni sangat seronok.Syukur tak terkira rasanya.

Seawal jam office hour masuk kerja terus bagi sedikit penjelasan pada target staff apa yang akan aku catat.Lepas tu bermulalah episod aku mencatat segala aktiviti yang dilakukan.Dari penerimaan sampel sehinggalah keluar keputusan dan deliver pada doktor atau patient.

Sedang syok tulis tiba-tiba ada satu sampel daripada labor room.Target staff suruh aku pula buat.Katanya takkan aku nak catat je sepanjang hari.hohoo.

Lepas tu dengan terkial-kialnya aku buka la ..daftar slow je dalam sistem.Teragak-agak gitu..entah tak tahu kenapa bila diperhatikan rasa macam tak confident je nak buat..😑 cisss..jatuh saham aku nak masuk line kerja ..adoii..kena baiki banyak giler tang konfiden tu.Dah la tu boleh pula aku nak tersalah buat test.Sepatutnya buat blood grouping tapi pergi invert tiub tu nak buat full blood count pula..aigoo..mamai betul..hahaha..lepas tu staff tegur.Baru aii tersedar..😰

Padahal dah rasa lain macam dah.Adehh! Ni gara-gara mamai tengok jenis tube la ni.Dah tube tu aku selalu buat full blood count.Tiba-tiba cord blood pula dalam tu,memang kena lebih peka dan waspada lepas ni.😵

"Well,nobody's perfect..everyone make mistakes"

Yang penting jangan takut mencuba dan tak ulangi kesilapan yang sana.Kalau tak sampai bila baru boleh pandai kan.Latihan tu membuahkan hasil.Alah tegal biasa gituu..bak kata pak cik WP.Sorry tak sempat nak blogwalking lagi.Lepas isyak je pengsan uols~


Ni la contoh catatan yang aku kena isi.Ambikk! Setiap minit weyhh..aku perhatikan je target staff buat apa.Lepas tu tengok jam sebab nak kira masa.Hahaaa..sabar je la.Staff pun sabar je dengan aku takut aku tulis yang bukan-bukan pasal dia😅

Lepas tu lepas target staf habis shif aku ingat tak nak keluar lagi tapi tengok semua kawan dah keluar.Apa lagi aku pun cabutt juga.Lepas tu melangok la kepishangan tunggu kawan sorang lagi tak boleh balik lagi.Target staff dia balik office hours.Huhuhu..bersabar la selalu.

So esok lebih baik i stay je dalam lab.Lepas tu masa perjalanan balik..macam-macam lawak keluar bila menyembang ..hinggalah berhenti dekat stesen isi minyak kereta


Boleh pula minyak melimpah dari tangki.Kawan yang isi minyak tu panik.."

"Panggil laki..panggil laki.."

Aku termangu dan blur-blur

"Panggil lelaki mana?"

"Laki mana-mana lahh"

Dengan paniknya dia..lepas tu dia nampak abang stesen minyak tu dan terus panggil.

Hahhaaa..berdekah kitorang ketawa dalam kereta cerita balik kejadian tu.Yelah tak pernah experience kan.Typical perempuan panik gilerr..Balik tu dia nak simbah air lagi dekat tempat minyak tadi.Padahal tadi abang kat stesen minyak tu dah simbah air dah.

btw good sign la kalau nanti kena lagi macam tu tak la panik macam tu dah...hahaha..sakit perut gelak sepanjang perjalanan.Boleh pula lagi buat lawak yang minyak turun harga.Siap nak tangkap gambar dan hashtag lagi.selalunya isi harga tu minyak tak penuh.Ni sampai melimpah pulak😂😂

Nak cerita banyak lagi tapi cukup la tu..haha.macam biasa balik hampir senja.


Dan hari ni tak jem sangat la.Pelik..ramai MC ke ea..hehe..ok sekian je cerita hari ni.Semoga dipermudahkan urusan kita esok hari.InsyaAllah.Daaaa!

Fighting!

25 Julai 2017 20:50 PM
RUMAH SEWA 2-3A-3A

Hari 6 : Santai-santai jer ~

Bismillah.

Alhamdulillah hari ini dah hari ke 6 yeayy! Dah nak habis..tinggal 4 hari je lagi.Hohoho.Hari ni dah buat sharing session dan apa yang kitorang buat dekat department yang ditetapkan.

So esok mulanya proses untuk catat perjalanan rutin seharian seorang staff pula.Staff yang berbeza setiap hari.Sampai khamis saja.Lawak sungguh.Selalunya student praktikal yang diberi evaluation.Ni staff pula yang kena dengan kitorang.

Pandai HR diorang ni.Memanfaatkan student praktikal sebaik mungkin😏 Tapi alhamdulillah dapat belajar juga tak la rasa dipergunakan.Orang putih cakap "give and take" gituu.Sama-sama memberi dan menerima.

Jadi,beban terasa semakin ringan.Esok macam jadi PA staff la pulak.lol.Catat,catat dan catat lagi.Harap tulisan aku tak buruk.hahaa~ dah la tak suka menulis😪 Siap sedia la mereka semuaaa~

Ok itu saja nak cerita hari ini.See yaa! Btw result exam i keluar 1 Ogoss nie! Bagai nak luruh jantung i .😨 doakan semoga semuanya baik-baik saja.

Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini.😘


24 Julai 2017 20:35 PM
RUMAH SEWA 2-3A-3A

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net