Ma Robbuka !!



Tiba-tiba...

mata aku ditutup,ditarik pegangan tanganku dari kawan itu.Diikat dan dibawa ke suatu tempat yang gelap.Dibaringkan seperti berada di kubur.Kami dalam kegelapan.Takut dan tak tahu apakah yang akan berlaku.Kemudian suara menyoal dengan keras kedengaran membentak dan menyoal.


"Ma robbuka!!"

"Ma nabiyyuka!"

"Ma dinuka !!


Setiap pertanyaan yang diajukan aku jawab di dalam hati dengan penuh ketakutan.Kedengaran sesuatu dilibas kiri dan kanan.Terasa titikan sesuatu yang panas di atas tangan.Sementalah itu,ku mendengar esakan rakan di sebelah pembaringanku.

Macam-macam yang bermain di fikiran ketika ini.Bagaimana jika aku telah mati dengan keadaan yang sebenar di dalam kubur.Mampukah aku jawab.Ataukah akan aku dilibas oleh malaikat Munkar dan Nakir.



Tak lama kemudian.

Suara meluruhkan jiwa melantunkan pertanyaan demi pertanyaan.Mengajak ke arah kebaikan dengan penuh kelembutan.Memberi kata-kata menusuk jiwa memuhasabah diri.Esakan dan tangisan mula kedengaran.Kami diarah bangun dengan mata yang masih lagi tertutup.

"Di hadapan kamu syurga,dan di belakang kamu adalah neraka..""

"Jika kamu telah menghafal Al-Quran,sila melangkah ke depan 3 langkah.."

""Jika kamu masih lalai dan melengah-lengahkan solat hingga ke hujung waktu,undur 3 langkah ke belakang...""

"Jika kamu telah berusaha mengajak kawan-kawan dan keluarga ke arah kebaikan,langkahkanlah kaki kamu selangkah ke hadapan.."

"Namun jika kamu sampai sekarang masih beralasan untuk mengajak manusia ke arah kebaikan..undurlah kaki kamu selangkah ke belakang..""


Aku terkaku.

Esakan dan tangisan semakin kuat kedengaran.Kami dibenarkan duduk.Sama-sama beristighfar mengikut narrator.

Kami dibenarkan membuka ikatan mata.

Kelihatan semua basah dengan air mata.Dan masih tiada tanda-tanda mahu berhenti.Setelah itu masing-masing saling berpelukan dan meminta maaf.

Maka tamatlah sudah.

Kami dibenarkan masuk semula ke dalam rumah.

Setelah diuji dengan drama perasaan takut,tangisan dan air mata jadi lapar pula aii.Kami dihidangkan dengan pulut kuning dan rendang ayam.Amboi.amboi.amboi.Sedapnya! Bertambah sedap bila kongsi ramai-ramai gituhh.

Nampak semua sangat terkesan dengan program muhasabah diri ini.

Aku pula terkesan time dipertontonkan persembahan malaikat maut tu.Sangat menggugah jiwa.Menakutkan sangat-sangat.Ya Allah,tak tahu nak gambarkan macam mana dah.Nak je bagi kalian tengok keadaan masa tu.Tentu semua akan takut untuk berbuat dosa dan maksiat dan memang tak sanggup ke neraka walau untuk sekecil-kecil hukuman.

Lakonan yang sangat mantap beserta dengan effect yang sangat hebat.

Semoga kita sentiasa memuhasabah diri.Tidak terlupa apa tujuan hidup kita di dunia ini.

"Dan tidaklah aku menciptakan Jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaku.."

(Adz-Zariyat : 56)

Memakmurkan bumi ini mengikut syariat Allah,tidak memusnahkan bumi dengan tangan-tangan maksiat dan melakukan kerosakan.Memberi alasan yang tak sewajarnya kerana mempertuankan nafsu.Berhelah untuk penuhi kewajipan.

Kenapa si Kafir tak henti memerangi kita? Kerana mereka fikir dunia ini mereka yang punya.Begitulah juga kita,jangan henti menjaga agama ini sehingga helaan nafas yang terakhir! Kerana akhirat itu pasti untuk kita.



Kita datang daripada Allah akhirnya akan kembali pada Allah.Sediakah kita dengan pertanyaan demi pertanyaan bila kembali pada Allah nanti?Apakah kita telah laksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya?

Semuanya akan dijawab di akhirat nanti dengan amalan kita dan anggota badan kita semua akan menjadi saksi sama ada syurga atau nerakakah kita ditempatkan.

Allahu Rabbi.

Semoga kita semua dipertemukan di syurga dan bersukaria di sana.

Semoga kita dijauhkan sejauh-jauhnya dari neraka.Nauzubillah min zalik.

Kurniakan kami syurgaMu Ya Allah.



9 comments:

  1. perkongsian yg baik mas.. semoga kita sama2 memperbaiki diri kita.. sangat terkesan.. :'(

    ReplyDelete
  2. tak dapat digambarkan apa akan jadi pada kita dan keluarga diakhir zaman nanti...semoga yg baik2 aja
    https://umifuzy.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. Bila difikirkan, memang terasa gerun di hati tapi itulah hakikatnya, yang hidup pasti akan mati dan yang mati pasti akan didatangi Malaikat Mungkar dan Nakir untuk disoal..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih kongsi ni. Dalam waktu mengantuk ni, saya habis juga baca.

    Selamat hai raya dan jangan lupa main meriam buluh malam raya.

    ReplyDelete
  5. Amin amin amin ya Rabbal'alamin

    ReplyDelete
  6. Semoga kita semua dipertemukan di syurga . Aminn

    ReplyDelete
  7. Seramnya.. :(
    Terima kasih atas peringatan.

    ReplyDelete
  8. Allahu.. Yang memabaca nie pun terasa keseramannya..

    ReplyDelete

Current Status ( 30 JULY 17) : "Welcome Sem 5 ! May Allah bless💕 this journey! Bittaufiq wannajah!"

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net