Ber"AnnaBelle" di MyTown !

Bismillah.

Alhamdulillah.

Di sini lagi.Jumaat yang indah.Tiada kelas jadi kami berzumba-zumba hari ini! Di mana? Jeng...jeng..jeng...sudah tentulah di MyTown di Cochrane.Dahsyat betul bulan ni berjoli sakan oii.Tak sedar diri tu FYP dah😑 huhuhu.

Perjalanan kitorang pergi ke MyTown tak lama pun.Bawa kawan-kawan naik MRT untuk pertama kali gituu.Buat aku yang baru naik tiga kali ni rasa biasa-biasa je.Hahaa..bajet je.Bosan la..lama sangat nak tunggu ke destinasi tu.Banyak woo stesen sebelum tiba ke destinasi.Tapi untungnya murah *harga student~ dan senang nak ke mana-mana.

Cakap je nak ke mana.MRT setia membawa anda.Gituhh.Hahaaa.Tak lupa kalau dari tempat kitorang memang banyak kosong la tempat duduk.Maklumlah perhentian di penghujung.


Nak balik tu je la seksa sikit.Tapi mujurlah hari biasa kalau hujung minggu confirm peratus nak dapat tempat duduk tu amat tipis.Jadi bersyukurlah alhamdulillah.Tak sabar nak tengok Annabelle.Tapi lapar la pula.Sebaik sampai kitorang pun membeli tiket wayang dulu.Untung weh jadi student nie..


Hari weekday je dapat promotion harga student sampai pukul 5 petang.Kalau weekend jangan harap la.Harga tetap macam biasa.Pandai kan dorang.Kalau full je kelas sampai pukul 5 memang tak merasa la student nak dapat diskaun.😂 Berniaga mesti mau pandai maa.Hohoo..

Dah beli tiket so apa lagi! Lapar wehh..cari makanan laa.Malangnya tak ada kedai makan yang special la.KFC pun tak ada?😅 Macam tak banyak kedai makan je dekat sini.So kami nampak IKEA je la pilihan yang ada.Umangg aii..beratur panjang orang membeli makanan.Meja pun hampir full.Hasrat untuk makan terpaksa dibatalkan.Kita tunaikan kewajipan fardhu dulu sebelum tengok Annabelle.

Dalam perjalanan ke panggung wayang,terasa nak makan juga.Kalau tak mana syok layan cerita kan.Kitorang pun merayau kejap cari kedai.Maka jumpalah kedai roti.Yummy! Rambang mata tengok beraneka jenis roti nie.Kesudahannya pilih dua jenis roti sebagai alas perut.

Jom kita tengok Annabelle sambil makan roti.Takut juga beg kena check sebab bawa makanan luar.Mujurlah tak.Dapatlah kami menikmati roti sambil tengok Annabella.Kerusi belakang pun kosong jadi kami buat tempat tu macam rumah sendiri.Selesakan diri.😝 Mula la sesi jerit menjeritt..waaaaaaaaaa~!!!


Meriah Cinema.Bukan je jeritan.Gelak tawa pun ada.Kitorang pun lepas jerit gelak..pastu jerit lagi..pastu hadang mata dengan jari jemari pula.😂Aduyaii.jadi tak betul tengok cerita nie.Galak sungguh.Banyak part yang terkejut.Itu pasal la.Ngeri pun iya juga.Kejam betul iblis tu.Hmm..dah nama pun iblis.Aku jerit bukan apa.Jerit suruh watak-watak selamatkan diri daripada mati kena bunuh dengan iblis tu😢 Gelak pula sebab lawak dengan diri sendiri.Dah kenapa over sangat jerit padahal tak takut mana pun.Cuma  banyak scene terkejut je😂😂.Tapi sungguh puas hati juga la.


Dah puas tengok cerita apa lagi.Balik laa~ Tapi tetap nak menyinggah makan dekat IKEA juga.Lapar pun lapar ni.Tak menahan nak pesan macam-macam.Sekali hambekk! Penuh perut sumbat dengan makanan.Meatball dia padat sungguh la.Sup lagi,roti pula dua keping.Tak cukup dengan tu tambah pula pasta.Lauk meatball juga tuu..Aigoo..aigoo..nafsu nafsi betul.Kesudahannya 6 ketul juga la meatball tak habis.Terus bungkus letak dalam bekas yogurt kawan.😂Malas nak beli bekas punya pasal.

Fuyoo.Sehari je dah habis banyak ni.Macam ni la hidup,kalau keluar je dah tentu kering duit.Baru makan roti dengan IKEA je tu.Nasib baik tak singgah kedai makanan Korea bagai.Kalau tak,naya wehh nak hidup 2 minggu lagi sebelum elaun masuk😂 Banyak habis dekat makanan je sebenarnya.Nak jimat memang tak keluar rumah la jawabnya.

💕

Jumpa lakaran ni.Jadi kitorang tak lepaskan peluang tangkap gambar dekat sini.Berjodoh rupanya aku dengan dinding ni.Sepadan pula baju dengan lakaran😂 Hearts and Smiles.Nice one.Jantung dan senyuman aku limited edition 👅Ini je la satu-satunya dinding yang kitorang tangkap gambar. Tak sempat pusing-pusing dah.Lewat dah.Nak balik sebelum Asar.Kalau tak gerenti lagi banyak gambar kitorang tangkap nie.

Okay tak tipu.Ni gambar kenangan terakhir sebelum melangkah masuk ke stesen MRT Cochrane.Bye-bye MyTown!💕Saya gembira hari ini bersama housemates di MyTown.Poket je yang agak bersedih dengan kehilangan duit yang dikorbankan demi kepuasan diri😂 Panjang wehh post ni.Lama ai menaip di henset nie haa.Okay la semoga berjumpa lagi.Happy blogging ! Terima kasih sudi meluangkan masa melawat blog saya💕

Daaaa!

11 Ogos 2017 23 :14 PM
2-3A-3A 

4 comments:

  1. wah bestnya nak tengok jugakk nanti

    ReplyDelete
  2. Seronok baca aktiviti Mas_FVOME.. best release tension.
    Tapi bab movie Annabelle sis surrender, memang tak akan tengok.
    Serammmmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best la sis..x la seram sgt😂 pegi je tgk..pling kurng jerit je.x kena histeria insyaAllah😆

      Delete

Current Status ( 30 JULY 17) : "Welcome Sem 5 ! May Allah bless💕 this journey! Bittaufiq wannajah!"

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net