Giveaway Qaseh's 4th Birthday by DeariesCouple (6 Oct 17)

Bismillah.

click banner



Titian Cinta (Drama TV3)

Bismillah.

Woo..adakah Titian Cinta sekarang tengah trending? Zul Ariffin berlakon woo..dulu minat sangat sebab typical melayu hensem..hahaa..tapi sekarang kurang minat dah sebab dia seksi sangat harituπŸ˜‘ mula-mula tak ambil pusing pun cerita ni.Yelah ai ni kan student jadi buzy la..bila cuti mid sem ni barulah nampak TV.Hahaa..Tengok adik dok syok betul tengok cerita ni..apa yang best?..Aku tak betah tengok cerita bila dah sampai pertengahan.

Tak boleh jadi ni maka aku pun google la Titian Cinta..Omg ! Rupanya ada blog la penulis cerita ni.Dia tulis cerita ni dalam blog.aku prefer baca daripada tonton..so ini adalah adaptasi dari blog Ridhya Iman la rupanya ya..mungkin dah jadi adaptasi jadi novel juga kott..aku tak tahu.Baru je baca cerita ni kat blog dia semalam tapi tak habis lagi.

Pada aku memang mainan jiwa orang melayu la cerita ni..bestfriend tikam bestfriend sendiri..giler kejam.Musuh pun tak kejam macam ni.Ini musuh dalam selimut namanya.Dah la tu..masih lagi terkinja-kinja dekat ex fiance lepas orang tu dah kahwin.Aku tak boleh brain la dengan orang macam ni.Dengan muka tak tahu malunya datang tergedik-gedik.

Aku dah baca dekat blog sampai part Aisy further study dekat london..Sadis part sebelum dia pergi London tu.Kesian sangat bila baca.Tergamaknya seorang suami memukul dan menghina sebegitu rupa.Apatah lagi bila dia tak bersalah sama sekali.Seandainya bersalah sekalipun seorang lelaki atau suami yang soleh takkan tergamak dan tak berhak menghalau dan menghina sebegitu rupa.

Lepaskanlah dengan baik.Ambil dengan cara baik dan lepaskanlah juga dengan cara baik.Segala yang berlaku ada hikmah.Ada kifarah pada perbuatan sedemikian.Itu kalau bersalah ! Ini tak bersalah woo!! How come ...itulah kalau bertindak dengan emosi.Pesanan pada semua.Sila buat keputusan berdasarkan bukti dan keterangan dua belah pihak.Bermusyuwarah la.Jangan mengikut emosi semata-mata.'


Faham Haris? kan sukar dah  nak pujuk balik..hati yang dilukai sukar untuk diubati parutnya sampai bila-bila tahu..~ ish--ish..ish..kenangan yang pahit akan berputar seumur hidup menjadikan trauma sehingga akhir hayat.Hanya masa yang menentukan penerimaan takdir.Bukan mudah tahu.

Jengg!...Ok bye!

21 September 2017
Khamis 10:29 AM
Home Sweet Home

MYLARA Skincare (15 Oct 17)

Bismillah.

Click banner

Syarat-syarat

Syaratnya mudah sahaja
Follow blog Sha & INI.
Buat entry mengenai MYLARA Skincare boleh salin di SINI.
Tajuk entry anda mestilah "MYLARA Skincare"

Jom pakat-pakat join sesama.


Mengenai MYLARA SKINCARE

MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!

MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan.

Berkesan merawat
1. Kulit kusam
2. Kulit berminyak
3. Jerawat
4. Jeragat
5. Parut jerawat
6. Hiperpigmentasi

Kelebihan MYLARA
 
SELAMAT
Mylara diformulasi oleh YANG PAKAR tanpa bahan kimia bahaya dan telah mendapat kelulusan KKM dan dijamin halal

PROVEN
Mempunyai lebih daripada 99 testimoni terkumpul

MUDAH DIGUNAKAN
Hanya menggunakan 4 item asas penjagaan wajah. Tak sampai 5 minit dah boleh look amazing

KULIT WAJAH SEMAKIN SIHAT 
Kulit sentiasa terawat dan Mylara meminimumkan pertumbuhan jerawat/jeragat/parut.

TIADA KESAN SAMPINGAN
Menggunakan 98% bahan organic dan mempunyai 0.01% risiko menyebabkan alahan atau kesan sampingan di wajah.

4-in-1 Collagen Cleanser (60ml)

Pencuci wajah yang mempunyai 4 fungsi utama yang boleh menghapuskan kesan-kesan make-up, minyak dan kekotoran. Menghapuskan make up pada mata dengan lembut serta ekdfoliasi ringan untuk wajah yang lembut, licin dan cerah.

Cara Penggunaan : Cuci muka dua kali sehari dengan mengikuti dua langkah berikut:
- Pamkan 1-2 kali pencuci muka ke atas tangan yang basah , buihkan dan ratakan ke atas muka dan leher.
- Bilas dengan air suam secukupnya dan biarkan kering sebelum menggunakan Mylara Pore Refining Facial Toner.

Facial Toner (60ml) 
Pelembap wajah yang membantu prose semulajadi kulit iaitu membersih dan membaikpulih dengan mengecilkan pori-pori, menyeimbang kelembapan dan kandungan minyak, membuat kulit terlihat sihat, tegang dan berseri.

Cara Penggunaan : Selepas mencuci muka, di atas permukaan kering; 
- Basahkan kapas dengan toner secukupnya. Ratakan perlahan di muka dan leher dengan arah ke atas. - Untuk perlindungan optimum, gunakan Mylara Matte CC Cream atau Mylara Revitalizing Night Cream selepas toner.

Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g)

Krim multifungsi yang berkesan melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang bahaya dengan SPF 30. Terbukti secara secara klinikal dapat meningkatkan tekstur kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya dengan warna matte yang elegan. “CC’’ bermaksud color corrective, dan ia terdiri dari primer pencerah wajah, foundation ringan, pelembap, dengan bahan-bahan anti-penuaan dan pemangkin kolagen.

Cara penggunaan : Selepas penggunaan toner, sapukan CC Cream 15 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari. Adalah digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari.

Revitalizing Night Cream(7g)

Krim malam yang berfungsi mencerah yang masuk jauh ke dalam lapisan wajah untuk menyubur dan melembap kulit sehingga 8 jam. Membantu menghapus noda dan mencerah seawal 14 hari pemakaian dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinis.

Cara Penggunaan : Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka dan toner

Kenapa MYLARA SKINCARE pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit dan ingin merawat kulit mereka? 

Ini kerana MYLARA SKINCARE memiliki doktor dan staff-staff yang mahir di bidang masing-masing. Dengan adanya kumpulan serba mahir ini, MYLARA SKINCARE memberi jaminan produk dan perkhidmatan yang bakal membuat anda selesa dan yakin menggunakan produk yang berasas sumber alam yang diiktiraf selamat.

MYLARA SKINCARE membawa aspirasi Awaken Your Best Skin khusus buat para remaja serta wanita dan lelaki untuk menampilkan sisi terbaik anda dengan bahan-bahan dari alam semula jadi. Kecantikan dan keyakinan berhak anda miliki. Keselesaan dan keselamatan pengguna adalah matlamat MYLARA SKINCARE.

MYLARA SKINCARE memiliki produk dan perkhidmatan yang berasaskan ekstrak tumbuhan dan buah berkualiti. Diformulasi dengan teknologi terkini di kilang yang diiktiraf GMP pasti bakal memberikan hasil yang optimum dan selamat untuk kulit para remaja, lelaki dan juga wanita.

Dekat mana boleh dapatkan MYLARA SKINCARE ni?

Boleh juga whatsapp terus ke 013-9200960
atau e-mail ke mylaraskincare@gmail.com

GIVEAWAY FM FROM CANADA (30 Sept 17)

Bismillah.

Click banner

Syarat-syaratnya:

1) Follow blog 
www.eldarwena.com


3) Follow instagram 
www.instagram.com/el_darwena

4) Follow twitter (xde pun bole)
www.twitter.com/edarwena

5) Follow +google 
 https://plus.google.com/u/0/+ElDarwena

 6) Buat satu entry dengan menggunakan tajuk GIVEAWAY FM FROM CANADA

 
7) Letakkan banner pada entry

8) Banner hendaklah dibacklink kan

9) Tinggalkan link penyertaan/url blog pada komen di bawah

10Sertakan link social media anda

 untuk El check nanti

11) 4 Pemenang akan dipilih secara random

12) Tarikh tutup penyertaaan sehingga 30 September, 2017

Alhamdulillah cukup la untuk malam ini..mimpi Canada ler kitaa.Hehe..night!

Giveaway Comel By Syahirah Valiant (9 Oct 17)

Bismillah.

Click banner


SYARAT-SYARAT SIMPLE

1. Follow blog Syahirah Valiant

2. Follow Instagram Nurul Pick Me Lifestyle

3. Like Fb Page Syahirah Valiant Dot Com

4. Klik SINI

5. Buat entri bertajuk "Giveaway Comel By Syahirah Valiant" , letak banner di atas serta backlinkkan 


Giveaway Date : 9 September 2017 - 9 October 2017


Giveaway Blog Bycikrenex (24 Sept 17)

Bismillah.

Click banner

Syarat-syarat

Wajib:

1. Follow Blog Bycikrenex

Tak wajib tapi digalakkan: *hahahaha


7. Buat entri bertajuk "Giveaway Blog Bycikrenex", letak banner di atas di dalam ruangan entri  dan backlink sekali

Moh ler kita join Cik Renex punya giveaway pula.Juga team pantai timur wehhh!..Cik Renex actually kita dekat je tau..daerah sebelah menyebelah je..hehee

Tarikh tutup penyertaan : 24 September 2017. 


Segmen Paling Mudah Menang Hadiah Misteri Ashrin Food (1 Oct 17)

Bismillah.

Click Banner

Syarat-syarat

1.  Follow Blog Rin Hijabist 
2.  Like page facebook ASHRIN FOOD dan page RIN HIJABIST.
3.  Komen di Shoutbox atau ruangan komen.

Tamat : 1 Oktober 2017

Yang ni lagi senang..Tak payah buat entri pun sebenarnya tapi katanya markah bonus kalau buat entri..hehe..jom join kawan-kawan.!


Giveaway by Alia Farhan (30 Sept 17)

Bismillah.

Click banner

Tak habis lagi..giveaway ni paling mudah..jom join !

Syarat-syarat


* follow @aliafarhan

*follow @aliafarhansaid

* follow @scandi_scandu


Wordless Wednesday : Secret of Success





SUPPORT ME!! POKUCU Contest (15 Oct 17)

Bismillah.

Click Banner


SYARAT-SYARAT

  • 1 - Follow blog POKUCU.COM , SISHAWA.COM dan SISHAWADESIGN
  • 2 - Like fanpages rasmi POKUCUDOTCOM dan SISHAWADOTCOM 
  • 3 - Follow IG @Kaymieyarahman
  • 4 - Buat sebuah entry yang bertajuk SUPPORT ME!! POKUCU Contest 
  • 5 - Letakkan banner di atas ke dalam entry terbabit dan berikan pendapat, ulasan atau apa saja kata-kata yang bernas terhadap blog POKUCU.COM dengan seikhlas hati mengikut kreativiti masing-masing.
  • 6 - Publish entry terbabit dan tinggalkan link entry berserta dengan email di ruangan komen post ini.


TARIKH PENYERTAAN


Contest ini akan berlangsung dari 15 Sept 2017 sehingga 15 Oktober 2017.

Moh ler kita support Blogger Pantai Timur ! Ehh..tetiba..haha..Pok Ucu ni salah seorang Blogger Pantai Timur.Kira team juga lah ni.Kalau bukan dari pantai timur pun boleh join maaa..mai-mai kita meriahkan kontest ini! Lumayan wehhhhh..berbaloi-baloi kalau menang gituuhh~



COMEBACK GIVEAWAY ! Cik BEBEL (30 Sept 17)

Bismillah.

Click Banner


TAMAT : 30 SEPTEMBER 2017

Jom meriahkan giveaway Cik Bebel nie! Kita bagi bunga skett sebab dia buat comeback.



First Giveaway by bukupinky.blogspot.com (5 Oct 17)

Bismillah.

Click Banner

Syarat-syarat

1.Beralamat di Malaysia.
2.Follow Blog  Buku Pinky
3.Follow Google+
4.Buat entry ringkas dan letak banner giveaway ni serta backlink pada gambar.
5.Copy & paste URL entry korang ke dalam ruang komen.

Hadiah

Hadiah pertama : RM30
Hadiah kedua: RM20
Hadiah ketiga:RM10
Hadiah keempat: Reload RM5
Hadiah Saguhati (5 Orang) : Bookmark magnet comel

Entry paling kreatif: RM20

Sponsor Giveaway


Jom join ramai-ramai.!


Mood tengah rajin join giveaway nie..heheee..πŸ’—


First Beauty Box Giveaway by Us with Love ❤ (20 Oct 17)

Bismillah.

Click Banner

Syarat :

Follow  Mellya dan para sponsors;


Follow Instagram:


Like page:

    
Facebook : Mas FVOME
Instagram : Mas_FVOME

20 September 2017 until 20 October 2017.

Awasilah telefon anak-anak anda!

Bismillah.

Saya mengikuti Telegram Tarbiah Sentap @tarbiahsentap ni dah lama.Tarbiah Sentap ni sangat bagus dalam perkongsian dakwah pada semua agar kembali ke pangkal jalan.Jadi saya terpanggil untuk share entry ini.Semoga dapat mengambil iktibar dan mencegah anak-anak sebelum terlambat.

Tarbiah Sentap:
SEKOLAH RENDAH DAN DADAH?

Minggu lepas, saya sampaikan ceramah (talk) di sebuah sekolah asrama harian di Kuala Lumpur (saya rahsiakan nama sekolah itu). Pelajar yang terlibat adalah dari kalangan tingkatan 1, 2 dan 4.

Usai habis ceramah, seperti biasa, ada beberapa orang pelajar jumpa dengan saya secara peribadi. Kemudian, ada seorang pelajar tingkatan 2 ingin berjumpa saya secara peribadi. Betul-betul peribadi.

Saya pun bawa dia ke sudut yang jauh dari pelajar lain di surau sekolah itu. Baru mukadimah saja, dia dah mula sebak,

"Ustaz, Allah terima ke taubat saya?"

Saya senyum dan usap belakang dia,

"InsyaAllah, apabila anta taubat sungguh2, confirm Allah ampunkan. Allah kan Maha Pengampun.."

Jeda. Kemudian dia sambung,

"Betul ke ustaz? Walaupun dosa saya besar?"

Saya mengangguk dan senyum. Kemudian dia sambung,

"Ustaz.. Dulu.... dulu saya.. saya jual dadah.."

Gulp. Saya menelan air liur.

"Pusher dadah?"

Dia angguk.

"Ya Ustaz. Saya dulu pusher dadah. Saya jadi pusher seawal DARJAH 6. Hinggakan saya berjaya untung sampai belasan ribu ringgit. Bukan setakat jadi pusher, saya pun ambil dadah juga. Saya ambil suntikan. Tetapi masa pertengahan form 1, saya 'cuci tangan'. Saya rasa berdosa.

Saya cuba lari dari semua itu. Saya merayu pada mak untuk masuk sekolah asrama yang ni. Mak saya setuju. Tapi ketua lama saya cari saya, dan dia ugut saya supaya pulang baik semua keuntungan duit tu pada dia, dan jangan report polis. Kalau tak, nasib saya dan keluarga bahaya.

Abang tolong rahsiakan tentang saya bang. Saya dah taubat. Tapi Allah terima ke taubat saya?"

Saya hampir menangis. Tiba-tiba terlintas kenangan jahiliah saya masa zaman underground dulu. Saya dahulu seawal darjah 5 sudah mula bergaul dengan kawan-kawan yang kaki gam, arak, ganja, bahkan kawan saya yang darjah 6 sudah pandai hisap ice baby (syabu). Malah ramai yang seusia kami masa itu dah pandai buat "dapur" (untuk ganja).

Dan ada juga darjah 6 sudah pandai minum Arak. Dulu biasanya minum Arak Thai Song (Sebab murah). Itu semua pada tahun sekitar 2002.

Tetapi syukur pada Allah, saya LANGSUNG TAK TERLIBAT SEMUA ITU. Cuma saya terlibat dengan gangsterisme (Skin Head) dan ponteng sekolah selama 6 bulan in a row sehingga akhirnya kena buang sekolah.

Saya tak nak cerita pasal diri saya yang lalu. Tetapi apa saya nak beritahu kepada anda, zaman saya dulu, iaitu seawal tahun 2000, pelajar sekolah rendah pun sudah pandai mengambil syabu (kami panggi ice baby), ganja, gam, dan seumpamanya.

Sekarang, tahun 2017, dah ada pelajar sekolah rendah yang DAH JADI PUSHER DADAH!

Itu baru dadah, belum lagi kes berzina, homoseksual (Gay lesbian), video lucah, dan lain-lain. Ini adalah 'bitter truth' yang terpaksa orang dewasa hari ini terpaksa telan. Stop being ignorance.

Saya amat-amat memahami apa yang dialami oleh kebanyakkan remaja yang bermasalah moral. Nak tahu apa yang 'kami' rasa?

Kami hanya MAHUKAN PERHATIAN. Ya, PERHATIAN. Saya dulu buat semua perkara teruk (bahkan sebahagiannya dikategorikan sebagai juvana), adalah untuk meraih perhatian semata-mata!

Perhatian siapa? Perhatian orang sekeliling!

Sebab itu kami di Tarbiah Sentap berusaha semampu mungkin dengan bertungkus lumus menjelajah seluruh sekolah, di seluruh negara yang kami mampu masuk, untuk memberi sedikit perhatian kepada anak muda dan suntikan kesedaran pada mereka.

Dan sebab itu juga, Tarbiah Sentap fokusnya hanyalah pada REMAJA dan BELIA UNIVERSITI SAHAJA. Kami tak fokus ekonomi, politik, dan lain2.

Walau kami yakin, memang takkan dapat 100% selamatkan mereka, tetapi at least, ini adalah usaha kami untuk selamatkan masa depan Malaysia.

Tujuan saya tulis status panjang berjela ini mudah saja, ia berkaitan dengan kes 7 remaja yang terlibat dengan kebakaran yang membunuh sekitar 25 orang di Maahad Tahfiz tempoh hari.

Kepada ibu bapa sekalian, ini adalah WAKE UP CALLS kepada kalian. Perhatikan siapa anak anda berkawan, khususnya APA YANG ADA DI DALAM TELEFON BIMBIT MEREKA.

Kalau dapat, bacalah secara rahsia perbualan anak-anak anda di aplikasi whatapps, wechat, beetalk, bigo Live, dan lain-lain.

Kalau boleh tukar smartphone kepada telefon setaraf Nokia 3310, tukarlah.

Untuk kebaikan anak anda. Serta cukuplah jadi 'ignorance' dengan memikirkan 'insyaAllah anak aku tak ada apa-apa. Dia mesti tak terlibat punya. Anak aku kan baik..'

Cukuplah menafikan realiti. Kita tak kata anak-anak tuan puan confirm ada melakukan perkara nakal ini, tetapi sebagai ibu bapa, bukankah tabayyun (menyelidik) itu sebahagian dari perintah Islam?

Di sebalik Tarbiah Sentap, kami menyimpan 1001 kisah menyayat hati lagi menyiat-nyiat tangkai hati berkaitan dengan kehancuran maruah anak remaja kita.

Moga peristiwa kebakaran itu membuka mata kita semua. Tidak cukupkah "harga" yang TERPAKSA dibayar oleh para syuhada tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah untuk menyedarkan kita?

Harga yang berupa NYAWA. Tidak cukupkah?

Shukery Azizan
Shah Alam.
17 September, 2017

p/s: kalau nak share, dipersilakan. Tiada masalah. Moga bermanfaat.

#ShukeryAzizan
#AkuBUkanMalaikat
#TarbiahSentap
#Share

Tak dapat dinafikan zaman sekarang lagi sukar untuk menjaga anak-anak.Semoga ibu bapa tidak sambelewa menjaga anak masing-masing.Semoga terpelihara daripada kejahatan dunia hendaknya.

Nantikan! terjahan blogger Mas_FVOME di hujung minggu!

Bismillah,

Alhamdulillah.Hari ni dah ada dekat kampung memulakan cuti mid sem seminggu.Maka!..Hari ni saya nak luangkan masa untuk terjah blog korangg!tunggu! Akan luangkan masa satu hari ni untuk terjah blog korang...amboihh sangat tajuk kan..hahaa..bukan selalu ada masa..

Kita kena pandai gunakan masa kalau tak apa pun tak jalan..Wuwuwuwu..peringatan untuk diri sendiri..penat la asyik lemah semangat je..walau apa pun..hidup perlu diteruskan..waktu terus berjalan tak menunggu kita..sedang jasad dimamah usia..jika tak luangkan waktu untuk kebaikan..sudah tentu hal yang sebaliknya berlaku..

Acap kali terhanyut dengan waktu yang tiada henti.Bila sedar je masa dah jauh meninggalkan kita.Tak tentu lagi bila kebahagian akan muncul.Untuk mencari kebahagian kita kena bahagiakan diri kita terlebih dahulu.Lakukan sesuatu yang boleh puaskan hati kita sekali sekala...contoh macam?..blogging! jyeahh ! Yang penting apa-apa yang kita lakukan tak mengundang murka yang Maha Esa.

Bila fikir masa depan..takkan pernah habis..bila fikir akhirat..redha sebentar rasa perit di hati.Sukar untuk hidup di dunia sukar lagi untuk hidup di akhirat jika dunia ini tak kita gunakan sebaiknya untuk tujuan akhirat.

Cintakan dunia,dunia akan lenyap.

Cintakan saya..saya akan terjah hati awak...ehhh!

Cintalah akhirat,itulah tempat kita selamanya.



17 September 2017
Ahad 10:41 AM
Home Sweet Home

Mid sem break..I'm breaking ~

Bismillah.

Alhamdulillah.

Selesai jawab biostatistics yang maha senang soalan tapi maha tak cukup masa dan masa blur tak ingat maksud formula.OMg!! Lepas tu boleh pula lecturer sibuk kacau tengok orang buat jalan kira.πŸ˜₯ Entah betul entah salah..hmm..

Apa-apa pun selesai sudah kesengsaraan yang sementara namun bakal berdukacita bila keluarnya keputusan nanti.Tak banyak yang dipinta.Moga lulus dengan jayanya.

Like seriously wehh!πŸ˜ͺ

Minggu ini dua mid term dah settle.Lepas mid sem break ni tiga paper menunggu giliran tak termasuk due date presentation FYP tiga minggu dari sekarang!! Alamak aku dah panikkk!

Feel like my heart will breaking apart.Not just my heart the whole anatomy of my body would be destroyed with this pressure.

Semoga dipermudahkan saat-saat akhir nak habis degree ni.Tolongg! Dah tak sanggup rasanya.Masih lagi cuba mengumpul kekuatan yang masih tersisa.


I can do it!

Fightinggg!!!

15 Sept 2017
Friday 20:43 PM
2-3A-3A

☂Bukan Susah Pun Nak Solat ☂


♪ Kelabu ♪

Melangkah.

Aku melangkah .Merangkak mencari erti kehidupan.Tiba masa aku jatuh sukar untuk bangun kembali.Kekuatan yang sukar untuk didapati seolah-olah terkubur jauh dalam sanubari.Hati yang tiada di dalam tubuh.Seumpama tiada lagi hati yang beremosi.

Hilang.

Emosi yang terpadam.Entah apa yang patut dilakukan.Perjalanan yang pudar tiada warna ku cuba ertikan dengan tugasan yang saban hari membebankan perasaan.Entah ke mana hilang jiwa yang hidup.Tiada kehidupan yang mampu memberi erti.Tika yang lain bergembira sekali lagi ku hadapi kelabunya kehidupan.

Kelam.

Langkah ini tiada erti.Ku cuba bangunkan semula jiwa dalam kehidupan yang hanya sementara.Cahaya yang sukar digapai.Ku cuba membina kembali rohani yang semakin malap menghantui diri.Semakin laju waktu bergerak seiring kemamahan usia.Sering bermuhajadah atas suatu benda yang sama.

Jawapan.

Persoalan yang sukar dijawab.Permainan perasaan dan fikiran membuntukan perjalanan kehidupan.Sukar untuk dipercaya keadaan diri yang berulang kali menyesakkan jiwa.Jatuh ke dalam lubang yang sama.Bukan sekali dua.Tidakkan mampu membelah badai yang melanda melainkan hanya melalui kekuatan Dia Yang Esa.



12:34 PM
13 September 2017
LIBRARY UNIVERSITY

Jom join whatsApp Blogger Pantai Timur!

Bismillah.

Alhamdulillah dah letak logo blogger Pantai Timur dekat sidebar ! Yeay.Alang-alang sementara menanti kelas pukul 3 kita update blog kejap.Sesiapa yang rasa diri dia blogger pantai timur sudi-sudikanlah komen blog dan no.telefon di bawah post.No worries.Saya takkan publishkan comment anda.Private and Confidential gituu.Nanti kita letak dalam group.Setakat ni.baru 14 blogger dalam group termasuklah saya.Nanti kita meriahkan lagi dengan kehadiran korang ! Moh ler kita ! *Aku jadi silent reader je πŸ˜‚

Nanti semua ni akan dimasukkan dalam bloglist aku.Bila aaii free nanti ye..heee.


🌟Salam kenal semua #bloggerpantaitimur..
πŸ‘‰ Meh sini listkan link blog masing2.. mudah nak letak kat bloglist utk blogwalking nanti..

1. www.sishawa.com
2. www.rosbirumuda.blogspot.com
3. www.sisgee.com
4. Www.shalimaryusof.com
5. www.leaazleeya.com
6. www.ehbelogaku.blogspot.com 
7. www.norminieza.blogspot.com
8.www.akukaudansesuatu.blogspot.com
9. http://www.pokucu.com/
10. www.cikash.blogspot.com
11.http://renex89.blogspot.my/
12.http://masturanasarudin.blogspot.com/
13. http://robiahtul.blogspot.com
14.http://kebaikankeindahan.blogspot.
15. http://www.zukidin.com
16. (Shikin Razali) http://starlavenderluna.blogspot.my
17. Ajussix.blogspot.com
18.https://eyranasrin.blogspot.my (AIRA)
19.www.yunfila.com
20. www.sheilainspire.com
21. Www.abejaq.com 
22.www.mimpiwani.com
23. http://soobeey.blogspot.my/
24.https://najahmustapa.blogspot.my/
25.https://nicknashram.blogspot.my
26.You're next!

Update 25 dah!


Carikan hati aku pleasee~

Bismillah.

Alhamdulillah lama tak bersiaran.Sekali aku buka facebook ternampak la Sis Hawa post pasal siapa blogger pantai timur.I komen la then sis Hawa suruh pm untuk dimasukkan dalam group.Jadi saya dah ada group! #BloggerPantaiTimur

Tapi aku dah lama tak update ni.Buzy uols.Dah start buat FYP lepas tu esok mula quiz biostatistics.Mati la nakk😢 Minggu ni akan mula sibuk dengan mid term untuk certain subjek.Lepas minggu ni cuti mid sem seminggu.Naik cuti terus mid sem untuk subjek yang berbaki.

Bila aku tengok subjek tak adalah berat sangat.Apa yang berat ialah aku tak ada hati sekarang ni.Bukan sekarang je tapi kebanyakan waktu.Ke mana harus aku cari hati untuk menghabiskan degree yang berbaki ini😢 Merangkak rasanya untuk menghabiskan degree yang masih berbaki 2 sem je lagi.

Dari kampung singgah ke Majlis Walimatul Urus Perdana anak buah atok belah mak.Oh my! Tension.tak ada tempat duduk..lebih 8 pasangan pengantin diraikan.Maka berhuhuhu la makan di tepi-tepian batu sebelah khemah beramai-ramai..

Dari sana family hantar ke ktm untuk balik semula ke rumah sewa.Ditakdirkan aku senyum dengan seorang perempuan di sebelah.Ehh! Peramah pula kakak ni.Kebetulan rajin pula aku berbasa basi.Maka tahulah asalnya kakak ni dari Palembang.Point yang selalu ditekankan..berbisneslah! Omg!

Keuntungan yang dia peroleh hasil berniaga berlipat kali ganda.Katanya akan kembali ke tempat asal dan buka perniagaan di sana lepas dah beberapa tahun duduk sini dan tahu serba serbi teori perniagaan.Sehingga la beralih ke cerita rumah tangga.Rupanya dia bercerai sudah.Lelakinya kaki pukul sebab menagih dadah.Kaya pun kaya tapi katanya tak pandang tu semua.

Semua yang kakak tu cakap penuh keredhaan dan pengalaman mengajarnya lebih tabah.Katanya dulu lelakinya hanya pemarah orangnya tapi bila dah kahwin jadi kaki pukul pula.Aisehh! Dia seriusly sangat baik.Andai itu takdirnya.Ada hikmah la.Katanya dia bawa hati yang terluka terbang ke Malaysia mencari kerja.Pengorbanan yang harus dibayar.Anaknya ditinggalkan dengan ibunya di sana.

Sekarang alhamdulillah masyukk! Sejak kerja,dia dah mampu beli rumah dan tanah di halamannya sendiri.Kini modal dia dah lebih daripada cukup untuk kembali pulang ke tanah air.Terharu! Luka yang mendapat pulangan yang berbaloi-baloi.Sangat menjaga pergaulan.Ramai nakkan dia di sini..cantik pun cantik tapi dia tak nak sebab dia nak pulang ke kampung halaman.

Bagusnya kakak ni.Sayangkan kampung halamannya.Bisnes?hmmm....😰 kaya tu kaya tapi tak terbuka hati lagi..ehh..lupa..bukan tak terbuka hati...aku tak ada hatiii😭 Housemates tengah berjemaah study biostat aku tengah menaip pula..hahaha..okay gerak lu! I ada tutor lain sebenarnya dekat rooftop! Daaa..see yaa!

10 Sept 2017
20:38 PM
2-3A-3A

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net