⚔ Welcome To From View of My Eyes.This is a Personal Blog.You are allowed to read the blog post as long as you have a good intention.If you're not,please leave without sound.May Allah Bless.⚔

♪ Negara Jajahan Takluk ♪

Tercipta suatu lembaran sejarah.Negara yang dulunya merdeka kini dijajah.Dijajah oleh tinggalan penjajah.Berjaya ! Walaupun aku mengangkat kaki dari negeri ini namun tinggalan-tinggalanku akan menguasainya sedikit demi sedikit.Hahaha.Negara yang bebas kononnya.Namun penduduknya tiada pendirian.Negeri yang bebas kononnya namun penduduknya mengikut telunjuk.

Padanlah penduduknya tidak mahu berfikir.Padanlah penduduknya tidak mengerti akan hebatnya ilmu pengetahuan.Padanlah penduduknya jauh sekali ingin menyembah tuhan.Hanya yang sedikit saja yang beriman.Yang lain hanya percaya dijadikan sebagai syarat tradisi semata-mata.

Kau takkan berjaya.Hanya sia-sia.Kau takkan berjaya.Hanya mampu mengikut.Kau takkan berjaya.Hidup bergelumang noda yang dirasakan biasa.Kejayaan kau di bawah kaki.Kaki sang penjajah.Sekian lama dunia maju namun otakmu terus membeku.Sekian lama dunia maju namun fikiranmu buntu.Sekian lama dunia maju akhirnya kau tenggelam menuruti ombak.Ombaknya dunia jajahan nafsu dan iblis.

300820130609PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

♫ Tak rela ♫

Aku tak rela dipaksa
Jadi aku gerak dahulu

Aku tak rela dipaksa
Jadi aku bangun sendiri

Aku tak rela dipaksa
Jadi aku menjauhi

Aku tak rela dipaksa
Jadi aku baik sendiri

Aku tak rela dipaksa
Jadi aku mati.

Dengan sendiri.

300820130200PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ 21 Syawal 1434 H : Bunyi apa tuhh??



Pagi.

Tolong mak lipat surat mesyuarat.Menimbun.

Petang.

Pergi kelas Fardhu Ain kat Masjid.Cerita pasal persoalan dan hukum nazar dan juga riba.Secara ringkasnya.Nazar ialah perjanjian kita dengan Allah.Wajib tunaikan.Kalau tak mampu tunaikan ada dendanya.Ikut turutan.Kalau tak mampu yang pertama barulah boleh yang kedua dan seterusnya.Pertama.Merdekakan seorang hamba yang beriman.Kedua.Bagi makan fakir miskin.Ketiga.Beri pakaian pada fakir miskin.Keempat.puasa selama tiga hari.Itu yang aku ingat la.Kalau salah bagitahu.

Pasal riba pula.Pertambahan hutang.Contoh.Pinjam RM10 ringgit tapi kena bayar RM12 ringgit.Contoh lain.Pinjam beras sekilo.Kena bagi balik 2 kilo.Lepas tu ada la masuk perbincangan apa hukum ASB dan sebagainya.Dan ustazah kata kalau ikut hukumnya riba lah tu.Tapi ada perbezaan pendapat antara ulama' dan mufti-mufti.Diharuskan sebab dia ambil duit tu untuk diniagakan.Main saham.So ada untung dan rugi.So bonus tu dapat daripada situ.Terpulanglah pada kita untuk yakin yang mana.Wallahu a'lam.

Lepas tu ada ustazah cakap ustaz Azhar idris..apa tu..yang selalu keluar radio Pahang fm setiap hari pukul  1.30 tengahari tuu.Haha..ustazah lupa nama dia..tapi aku rasa Ustaz Izhar Ariff kott.Aku pun tak pasti..aku bukannya dengar radio pun.Hehe.Dia ada datang kat sekolah bagi motivasi untuk murid-murid tapi ceramahnya dituju terlebih dulu khas untuk ibu bapa.

Ustazah bagitahu secara ringkas apa yang ustaz tu bagitahu.Ciri-ciri suami soleh.Salah satunya sejuk mata memandang.Kalau menyampah susahlah kan.Haha.Lepas tu kalau nak bergaduh laki bini jangan gaduh depan anak-anak.Contohnya..anak ada kat rumah lagi..tak pergi sekolah..so tahan dulu..lepas anak pergi je sekolah..ting..ting ! round pertama ! Bergustilah kau !..Lepas tu anak balik sekolah..berhenti dulu..ahaha..anak tanya kenapa mata mak lebam? pandai-pandailah nak jawab..

Jawab mak main kejar-kejar dengan ayah..jatuh..lepas tu anak cakap..ganas ayah ..haha..lepas tu tengok ayah putus telinga pula..ye lah tadi mak gigit telinga ayah..haha..ayah pun jawab..jatuh juga..main kejar-kejar dengan mak..kekekeke.Ini version aku cerita balik..mesti dah lain macam cerita dia..hahaha.Itulah yang ustazah sampaikan tadi .Tak kering gusi kitorang gelak.

Lepas tu ada tragedi pula time nak balik tu..semua dah balik..tinggal aku dengan mak aku last.Mak aku suruh tutup pintu pagar masjid..tetibe ! Dummm ! Bunyi apa tuhh?Mula-mula cemas lepas tu..hahaha.pecah perut gelak dengan mak..pintu pagar masjid tumpang..Kuang kuang kuang..nak angkat balik memang berat la so tinggal je lah kat situ..kikiki.Aku tak bersalah okay!

Mak aku cakap nasib baik tak kena kereta.Aiseyh.Nasib baik tak kena kereta ya...Kalau kena aku siapa nak jawab tu.Huahuahua.

Malam.

Santai.Qaisy dan Laila.Tengok cerita tu.Tak habis lagi.Sambung esoklah.Diandra pun tak habis tengok lagi.Heaven betul duduk kat rumah ni.Huahuahua.Banyak betul benda lagha yang boleh buat kan.Arghh! Sadis giler.

290820130146AM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

♫ Jeritan kelalaian ♫

Perbaiki.
Detik demi detik.
Selalu saja kecundang.

Sempurna.
Tiada yang sempurna.
Dilimpahi noda dan dosa.

Kesal.
Setelah puas menikmati.
Terfikir untuk menginsafi.

Taubat.
Takkan mengulang lagi.
Namun selalu terkalah.

Insan.
Pelupa.Lalai.Leka.
Dunia yang hanya sementara.

Bala.
Meratap meraung menangisi.
Namun sudah terlalu lewat.

0117PM28082013
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ 10 Syawal yang terakhir

Alhamdulillah.

Masih berhari raya? Haha.Kuih raya kat rumah aku dah nak habis pun dah.Maknanya ada lagi laaa.Ada la sikit-sikit.Kurma pun ada lagi.Nak datang raya..? meh..meh..hahaha.Bukan 10 Ramadhan yang terakhir je istimewa tau.1O syawal yang terakhir pun istimewa juga kan? Macam mana tuhh..Haa..sempat lagi siapa yang rasa nak puasa sunat 6 tuhh.Sebelum berlalunya syawal yang penuh dengan kemenangan ini.

.Kemenangan dalam jiwa hamba.Mereka di sana yang begitu tabah dan kuat mengharungi dugaan.Bermandi darah.Semangat badar yang membara.Yang lemah dizalimi.Pengecuttt!!!Sakitnya hati tengok keadaan dorang yang macam tu. ..tapi lebih sakit hati lagi bila tengok negara sendiri..seolah-olah tak peduli..masih lagi mengikuti trend barat yang terkini..bermegah-megahan dengan kecantikan ..kekayaan..dan pengetahuan..

Tanpa sedar..bukan milik kau semua tuu!! Sedihnya rasa hati..hiba tak terkata..andai bisa ku takluk dunia..akan ku musnahkan jiwa mereka yang berdustaa !! Di sini akan ku lakukan apa yang termampu.
Suatu kepastian.Kemenangan begitu hampir buat mereka yang berjiwa putih.Bersabarlah dan solat.Fi hifzillah.

270820131109PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ 16 Syawal 1434 H : Home Sweet Homee! *pics

Imbas kembali.

Pagi.

Hujan lebat turun mencurah membasahi bumi di sepertiga malam sehinggalah azan subuh berkumandang sayup-sayup kedengaran di kejauhan.Bersiap ! Hari ni satu lagi paper.Kita goreng jer !! Turun je bas dah lepas.Terpaksalah tunggu bas pukul 7.30 pagi baru gerak.Okay.

Ada hikmahnya.Aku tertinggal docket dengan ID.Cabuttt!! Naik balik ambil docket dengan ID sebelum bas gerak.Relakss je.Masa banyak lagi.Hujan masih turun lagi.Renyai-renyai.



Hujan oh hujan kenapa engkau turun? Macam mana aku tak turun suka hati akulah nak turun.Hehe.Nyaman terasa.Seronok tidur dalam bas.Hahaha.Lena sepanjang perjalanan.Kadangkala termenung.Tembus melintasi garisan langit.Indahnya mereka di atas sana.Bertasbih memuji ilahi.Ketenangan yang abadi.

Sampai kolej.Beli nasi lemak Mak Cik LRT yang begitu femes.Sedap wehhh ! Rugi kalau korang tak belii..Hahaha.Promote skett.Dia punya sambal ..perghh! mengancam..dia punya lauk..perghh ! menjilat jari.Nasinya..perghh! Sedap nak tambah lagiii kata kauu ! Dia punya anak dara..perghh..solehah semuanya..hahaha.Over dah.! Opss.Mampus kalau sanak saudara Mak Cik LRT baca nehh.Kekeke.

Pukul 9.Tibalah masanya untuk menjawab exam.Sempat lagi aku dengan kawan aku merayap ke tandas.Lepas tu ke library kejap.Masih berharap pendrive tu ada kat situu! Huwaaa.Sudahlah labuu.Bukan rezeki kau laa tu.Tak ada.Hampa.Nak tanya kakak kat library tuu tapi tak tahu nak tanya macam mana.Lagi pula dah lambat nak exam kan..Hmm.Redha.

Habis jawab exam yang tak abis ! Aku ada tinggal kosong.Malas fikir dah sebenarnya sebab tu aku tinggal kosong.Aku kaut alat tulis ..ambil beg..lepas tu blaa ! Balik la sensorang.Sebelum exam dah bagitahu kawan yang aku akan chow dulu.Dia nak balik negeri dia.Aku pun nak balik negeri aku.So berpisahlah kami dalam dewan exam tuhh tanpa mengucapkan selamat tinggal buat terakhir kalinya.Hahaha.

Sebab awal lagi.Bas kolej takkan datang punya.Exam time pun tak habis lagi.Ramailah tak keluar lagi.Dan yang selebihnya setia menunggu kawan masing-masing.So terpaksalah aku naik bas rapid KL.Seram juga aku nak naik sorang-sorang.Selama ni berteman.Hari ni sorang-sorang pula.Dalam pada tu aku berdoa la supaya ada orang yang sama tempat tinggal dengan aku ada naik sekali.Tak lah cuak sangat.



Alhamdulillah.Termakbul.Ada kawan-kawan sekelas 3 orang naik bas tu juga.Huhuhu.Syukur.Tenang sikit hati.Tapi dari awal muka tetap stay cool.Konon dah biasa.Hahaha.Apa pun tak boleh.Air muka kena jaga juga kan.Kekeke.Aik.Bas kosong?Kitorang perhentian terakhir.Sebab tu tak ramai orang.Huahuahua.

Sampai hostel.Kemas-kemas apa yang patut.Sempat tidur lagi.Abang aku call.Kata jemput pukul 2.
Ok.No problem punyo !Barulah tak ternanti-nanti.Tak lah terkecoh-kecoh menyiapkan diri.Ahaaii.

Petang.

Pukul 2.Turun bawah.Tunggu abang aku.Seminit..dua minit..tiga minit..aduyai..kenapa lama sangat nihhh? Tak senang aku duduk.Orang balik kerja lagi nii.Lari masuk surau kejap.Tak lama tu..Abang aku call pula.Suruh turun.Wehh! Aku dah lama turun laaa.Tapi tak cakap punn.Aku cakap ok jer la.


Tunggu lagii..seminit..dua minit..huwaaa !! Relaks..relaks..ada Al-Quran sebagai peneman.Ada lagu sebagai hiburan.Stay Cool.Tak lama tuhh..bukan abang aku yang datang..orang balik solat jumaat yang balik.Aiseyh.Mana aku nak lari nehhh.Terpaksalah buat dek je la.Buat selamba.Baik-baik orangnya.Terpancar kesolehan.Jalan pun menunduk je.Aman dunia.


Haih.Abang aku tak jemput lagi.Cleaner dah ready nak mop lantai tuhh.Terpaksalah aku beralih ke tempat lain.Silakan kak..Saya takkan kacau kerja akak.Huhuhu.Pergi duduk kat taman permainan pula.Lama sikit..Fuhh..sampai juga akhirnya..berakhirlah penantian ku untuk pulang ke kg.Pukul 2 tunggu..pukul 3 datang..gerak terus balik kg.Sampai dalam pukul 4.30 lebih kurang..memang rapid Car la kata kauu.

Sampai je rumah..Perghh!acid daripada dalam perutt dah menggelegak.Apa lagi berlarilah ke sinki.Muntah merah kata kauuu.Huhuhu.Tersedak lak tuhh.Aduh pedihnya.Muntah keluar ikut rongga hidung juga.Tak boleh nak kata apalah.Tak boleh control.Pengsann !.Pening kepala.Rehat jap.Dah rasa lega sikit barulah tunaikan kewajipan.

Malam.

No more..no more..tak ada buat apa pun lah.Online dan tidur.

270820131057PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ 15 Syawal 1434 H : Start exam !

Imbas kembali.

Pagi.

Bersiap-siap.6.10 pagi dah kena gerak.Hari ni examm bermulaaa !Lepas puas cari port yang selesa akhirnya lepak kat ruang tengah bangunan tingkat 2.Terkeluar pula isu mesir.Oh.Rupanya kawan aku blank pasal apa yang jadi kat Mesir.Dan hanya tahu peperangan je dan tak tahu langsung kenapa jadi macam tuhh..

Ok fine.Sadis.Terpaksalah aku terangkanlah seperti mana yang aku tahu setelah didesak berulang kali.Sebelum cakap hal yang sebenarnya aku nak tahu pasal pandangan dorang..last-last aku yang terkena balik.Lepas aku bagitahu barulah sorang tu cakap yang dia dah tahu dah....Sabar jer la.

Lepas exam lepak kat library pulak.Sementara tunggu zohor.

Petang.

Tempat exam dibahagikan 2 pula.Inilah exam yang paling pecahh otakkk !
Habis exam..balik..yahooo !!

Eh..tak lagi..kena pergi ukur baju uniform.Berapa kali daaa.Aku pun tak tahulah.Baju pula tak dapat-dapat lagi.Resit diberi.Okeyh.Masa ni lah yang ..Ya Allah..malunya..ukuran diambil depan lelaki yang berbaris belakang aku.aku perempuan kedua last yang ukur...

Takut lebih lagi..entah apalah dorang fikirkan..lagi pula..yang catat ukuran tu pula lelaki juga...memang kerja gila ! Taubat tak nak ukur dah! Kalau nak ukur pun pastikan clear daripada pandangan lelaki..Aduyaiii..menyesal aku tak ukur awal-awal...Huwaaa !!

Balik.Menanti bas pula.Suatu seksaan..Nak dekat pukul 7 barulah sampai..Memang berbuka dalam bas lah nampak gayanya.Azan je kawan aku hantarkan air kat aku.Air teh pula tuu..ok la daripada tak ada langsung kan.Sampai hostel dah nak dekat pukul 8.Apa lagi..cepattt !! kejar solat maghrib laa ..apa lagi..masa berbaris turun dari bas keluar pula lagu.."dunia ini penuh kepalsuan ..mungkin tiada keikhlasan.." Haaii..sayu jer rasa..huhuhu.

Malam.

Lepas solat maghrib.Bersihkan diri dulu..Basuh baju.Solat Isyak.Ampai baju.Lepas ni nak keluar lagi..makan..Lapaq.sekali study sikit-sikit..dah kenyang ..kawan aku online pula.Netbook aku tinggal kat kampung memang tak lah nak online.Oh bosan ! Mengantuk ! Tengok je la tv3 tuu..bersamamu..alamak aii..sedih pula..anak yatim piatu..dulu kecil lagi..sekarang dah besar dah..sebatang kara.

Nak dekat pukul 12 barulah balik..hailaa..kawan aku download cerita..satu je dapat..hahaha..padahal dari datang tadi punyalah banyak didownloadnya..yang selesai satu je..kekeke.Sabor jer la ea.Kedai makan pun nak tutup dah..aku pun nak tidur dah..huhuhu..Balik rumah..tengok bilik dah gelap.Tidur la.ZzZzZz.

270820131250PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Itu bukan paper aku !

Habislah...

Miss dah luahkan kekecewaan kat Facebook..Hmm..sedihnya baca..walaupun ayat tu tak panjang..memang terasa..cukup tulus dari hati ..maafkan saya Miss..oh my..nak buat macam mana...ingatkan tak ada siapalah yang akan kecewa..tapi bila tahu aku telah kecewakan seseorang..sedihnya rasa..saya pun turut kecewa Miss..

Tapi segalanya dah terlambat..exam dah dijawab..paper dah dimarking..dan..tinggal tunggu result saja..yang ku jangka..namun harapan masih berbisa..tetap juga mengharapkan yang terbaik..walaupun jawab dengan sambelewa dan tak sungguh-sungguh...Huwaaaa !!!

Aku tak rasa jadi pengajar ..mungkin tak tahu macam mana rasanya pengajar rasa bila pelajar main-main..dan..rasa yang ditunjukkan..mungkin itulah rasanya..aku rasa bersalah sangat..mungkin tak mention nama aku dan berkata secara umum..tapi..aku terasa..dan masih berharap..itu bukan paper aku !

260820130607PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ 14 Syawal 1434 H : Balik Hostel *pics

Imbas kembali.

Pagi.Kemas barang semua.

Tiba masanya untuk balik Hostel.


Lepas Zohor.

Mak dengan ayah hantar.

Sampai satu tempat tu nampak orang-orang Cina berkumpul bawah khemah.Macam ada perayaan je.Tepi dorang pula ada tanglung besar.Dan ada wang kertas juga kalau tak silap.Aku tak perasan sangat.Huhu.Masa berhenti makan kat R& R tol gombak bertalu-talu ambulans dengan bomba lalu lebuhraya tuu.Kitorang pun pelik.Ingatkan apalah.Macam-macamlah spekulasi yang dibuat.
Rupanya-rupanya baru tahu yang ada tragedi bas jatuh gaung kat Genting.Takziah untuk keluarga dan Mangsa.Itupun ada seorang Cina tu bagitahu masa tengah makan.Seram dengar dia cerita..Katanya banyak mati..Lepas tu lagi..Cina tu cakap hari ni hantu manyak keluar..sebab tu lah.


Dah sampai Hostel ! Salam dan muah muah mak ayah..naik atas terus.Solat Asar dan rehat.Terdetik pula nak tinjau kat tingkap.Ohooii! Jam giler.Habislah mak dengan ayah aku dalam kereta tuhh.Salah timing pula.Orang berpusu-pusu balik kerja.

Malam.

Ajak kawan aku pergi lepak kat surau bawah.Study ! Study konon.Menyembang je lebih.Haha.Akulah yang buat kacau.Kacau kawan aku study.Baru buat nota?.Padahal esok exam kott.Lepas beberapa ketika,kawan aku naik atas kejap ambik rendang untuk akaknya.Akak dia jemput rendang tu.Dan kuih raya untuk makanan kitorang ! Kitorang habiskan nota dalam pukul 11 macam tu dan balik.Nota aku tak habis lagi.Tinggal nota dia je yang dah habis buat..Then? Habislah akuuu..

Balik hostel pula kat tingkat atas..Juniors pula buka cerita ngeri.Cerita Indonesia.Perempuan tu pergi potong badan mangsa-mangsanya yang lelaki je..Sebelum potong dia bagi makan mangsa tu daging mangsa sebelumnya yang dia potong dan masak.,.konon dating la tu kat umah sendiri...Uweeekkk! Nak muntah aku tengok.Lepas tu dia tembak guna panah..dan rantaikan dorang..lepas tu dia potong orang tuhh guna chainsaw! Hidup-hidup lak tuu..Heishh..memang gila la punya ceritaa..

Sambil tu aku sambung buat nota kejap..
Tak tahan aku tengok.Aku tutup muka dan tekupkan telinga dengan bantal.
Dan.Okeylah.Tidur tu lebih baiklah.Nitee !Haha.

250820130247PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Hangat-hangat Tahi Ayam

Busuknyaaa !!

Macam tu lah hangat-hangat tahi ayam.Lama-lama sejuk tapi busuukk juga ! Jijik? Haila.Itulah semangat aku.!Study last minit konon.Cakap je lebat ! Buatnya apalah sangat.Teruk sangat dah perangai kau niii.
Padahnya! Aku exam dengan relaks dan selamba badak.Tak tension tak kusut pun ..pening je.Haha.
Tak tahu nak letak apa kat tempat kosong tuhh.

Kusut bukan sebab tak boleh jawab.Tapi kusut sebab tak dapat fikir apa yang nak dihentamkan kat tempat kosong tuhh.Haii kawan-kawan.Dengar ini nasihat.Kalau malas sangat nak baca buku pastikan anda tahu apa yang perlu dihentam di atas kertas jawapan.Jangan biarkan kosong.Itu baru loserr namanya!

Aku dah rasa macam seorang yang loser je ni.Dah pasrah keputusan exam nanti.Aku nak menangis dan meraung sekarangg!! Huwaaa!!! Nanti dapat result tak payah meraung dah.Watlek jee.

Jangan biarkan buat kesilapan berulang kali.Sekali boleh dimaafkan.Dua kali tak mampu nak kata apa dah..kecuali..Apa ke kau bodoh sangatt?? Bukan takdir tapi pilihan.Kau sendiri yang cari pasal !
Bertambah masalah bila Pendrive 16 GB pula hilang kat library ! Akibat lupa.
Maunya tak dikebas orang.16 GB tuhhh.Meratap jer la mampu.Redha.

240820131034PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

♫ Aku benci malas ! ♫

Aku benci malas!
Kerana dia aku gagal
Aku benci malas!
Kerana dia aku bodoh

Aku benci malas!
Kerana dia aku bersepah
Aku benci malas!
Kerana dia aku lapar

Aku benci malas !
Kerana dia ramai pentingkan diri
Aku benci malas !
Kerana dia sifat mazmumah

Aku benci malas.

230820130944PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Sakit pula hati kita

Apa yang sakit sangat tuhh?

Jadual exam laaa..Sakit pula hati kita..kejap macam tu kejap macam nie..buat aku pening je.Dah la aku jenis yang set ! Kalau itu..itulah..itulah pentingnya jangan mudah percaya pada apa-apa je kecuali Dia.

Semua yang ada kat dunia ni semuanya sementara je..apa-apa yang berlaku takkan kekal buat selamanya.Kita pun..apa kau ingat kita hidup untuk selamanya? haaa..kelas kauu..tak ada maknanya..pun ..akan mati juga..Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati..tak percaya? Tengoklah kat kubur..agak-agak dorang pernah hidup tak?

Ce korang tanya dorang..agak-agak dorang jawab tak? Korang boleh semak dalam Al-Quran..apa yang Allah kata..apa yang Allah perintahkan..dan apa yang Allah larang..jangan malas sangat nak bukanya..

Untunglahh kita ada petunjuk..untunglah kita ada pedoman kat dunia ni..tengok orang yang tak ada pedoman..tak tahu nak ikut apa..kesian kat dorang..dorang buat apa-apa je untuk puaskan hati dorang..untuk gembirakan diri sendiri..tapi malangnya semua tu tak berkekalan..lagi rosakkan diri adalah..so bersyukurlah sikitt yaa..

Aku pun nak start study nie..huahuahua..study last minit..jadual exam pun bertukar last minit..Nak buat macam mana lagi..telan jer la..exam aku start hari khamis nie..dua sesi..jam 9 hingga 12..dan jam 2 hingga 5..hari jumaat pula jam 9 hingga 12..#PrayForMe #PrayForEgypt #PrayForUmmah

200820130203PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

♫ Yang belum selesai ♫

Yang belum selesai.
Kenapa lepas pada orang?
Yang belum selesai.
Kenapa meminta tolong orang?

Yang belum selesai.
Upah telah dibayar mewah.
Yang belum selesai.
Segalanya telah diberi.

Yang belum selesai.
Arahan yang tak pasti.
Yang belum selesai.
Lepas tangan pada yang tak mengetahui

Inilah dia yang belum selesai.
Tak tahu memimpin.
Tak mengenal amanah siapa.
Bergerak ke kerja lain sebelum sudah.

170820130847PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ 8 Syawal 1434 H : Jamuan raya YB


Semalam.

Aku malas nak taip.Itu pasal lah lambat update.Hoho.

Semalam ada jamuan raya seorang YB berketurunan Cina kat dewan kampung aku.
Yang banyak menyumbang pada kebajikan orang kampung.Seorang yang menepati masa.
Dan sangat baik hati.Vegetarian orangnya.Jamuan tu belah petang.Lepas Asar.


Relaks relaks dulu sementara menunggu ketibaan YB.Budak-budak kat gelanggang tu main badminton korang tahu.Yang kreatifnya dorang guna kertas yang dikepal lepas tu pukul pakai selipar.
Ini baru traditional.


YB dah sampai ! Lepas selesai ucapan dikumpulkan budak-budak suruh berbaris.Satu barisan untuk budak lelaki.Satu barisan untuk budak perempuan.Duit raya wehh!! Apa lagi menyerbulah semua.
Huahuahua.Aku pla?.Tak tua tak budak dan tak besar lagi.Tsk..Tsk..Tsk..

Lepas tu untuk warga emas 65 Tahun ke atas.Pun dapat duit raya juga.Alhamdulillah.
Jangan merungut dah ye.Bersyukurlah banyak dah bantuan dapat.Huhuhu.
Kekadang geram betul dengan orang yang tak tahu bersyukur nieh.
Kitorang nie tengok pun jadilah.



Masa untuk makan ! Makan...makan..jangan tak makan..Aku tolong tengok je.Korang dah kenyang nanti aku pula pergi serbuuu! Yang hado.Hahaha.Malas nak makan.Minum air je.


Makan kat mana-mana pun jadi.Lepas semua balik.Kemas apa-apa yang patut.
Buang sampah semua.Berterabur.Aku sekali lagi.Tolong tengok je.Kekeke.


Solosai.Yahoo! Balik.Matahari dah hampir terbenam dah.Lagi beberapa minit lagi nak maghrib.
Mohlah kito balik.Alhamdulillah.Moga berjumpa lagi.Doakanlah aku rajin menaip.#PrayForEgypt

160820130529PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

♫ Tiada erti ♫


Hidup.
Tiada erti.

Mati.
Tiada erti.

Ke mana lagi
Kau akan pergi?

Di dunia.
Tiada erti.

Di akhirat.
Tiada erti.

Berikanlah erti
Pada yang memberi.

Berikanlah erti.
Pada yang menerima.

ROOM.
HOME SWEET HOME.
140820130251PM

✍ 3 Syawal 1434 H : Berziarah sakann !!


Alhamdulillah.

Lambek update.Den ponek.Hahaha.

Pagi.Petang.Malam.

Bertolak beraya kat kampung Nogori jugak.Area lain.Keluarga Mak Lang.Mak su.Atok Wan.
Keluarga Aku.Keluarga Pak Tih tak ikut.Dorang nak balik Terengganu pula.

Singgah rumah sepupu Atok.Abang Wan.Adik Atok.Anak buah Atok.Keluarga aku je singgah kubur atok belah ayah.Rumah wan belah ayah kejap je.Solat Asar kejap.Ambil benih cili dan tebu.
Takde orang pun.

Lepas tu singgah rumah adik/akak atok.Dia kena kencing manis kaki sebelah dah kena potong.Buat dialisis 3 kali seminggu.Kaki sebelah lagi pula mula membusuk.Alhamdulillah makin elok dah bila buat rawatan.

Pergi rumah keluarga Mak Lang seterusnya.Makan mihun sup pula.
Seterusnya ke Hospital Kuala Pilah.Lawat Mertua Mak Lang.Sakit Tua.Serbu ramai-ramai dalam wad sambil buat tak tahu.Dah keluar tuhh pengawal datang kat kitorang suruh bagi kerjasama jangan masuk ramai-ramai sebab bukan waktu melawat.Heheh.

Dan balik.Fuhh.Penat.

100820131123PM
HOME SWEET HOME

✍ 2 Syawal 1434 H : Konvoi family raya !!


Alhamdulillah.

Berakhir sudah 2 Syawal juga Sayyidul Ayyam.

Pagi.

Macam biasa.Kemas rumah.
Lepas Subuh tak tidur.Bagus pula hari ni.Haha.

Tengahari.

Siap-siap.Lepas Solat Jumaat | Solat Zohor gerak balik kampung.
Nogori.Lawat adik Wan.

Petang.

Berkonvoi kereta 4 dari rumah 1 lagi jumpa di pertengahan.Berjumlah 5 buah kereta semuanya.
Keluarga Pak Tih.Keluarga Mak Lang.Keluarga Pak Cik. Maksu .Atok .Wan.Keluarga aku.
Tak lengkap.Dua buah keluarga tak ada.Keluarga Pak Long.Keluarga Pak Do.
Adik-beradik aku pun ramai tak ikut.Perempuan ikut semua lelaki ikut sorang.
Yang lain duduk rumah saja.

Sepanjang perjalanan.Sesat jalan.Traffic Jam.Balik pun ada yang sesat lagi.Haha.
OTW balik.Ziarah sekejap kat kubur Oyang.Al-Fatihah.
Seram pula aku tengok kubur-kubur kat situ.Huhuhu.

Malam.

Singgah Pasaraya.Maghrib kat Masjid.Balik.Hujan .
Alhamdulillah.Sampai Rumah.
Semoga Hari Esok lebih baik daripada hari ni.InsyaAllah.

090820131111PM
DEPAN TV.
HOME SWEET HOME.

✍ 1 Syawal 1434 H : 1 Hari raya hey !!

Alhamdulillah.

Pagi.

1 Syawal 1434 H

Kemas rumah bagai.Tak rasa macam raya pun.Siap-siap.Lepas solat sunat raya beraya kat rumah Atok Wan kat sebelah.Lepas tu serbu rumah Pak Cik kat sebelah rumah Atok Wan.Lepas tu terus balik bandar.Jumpa Wan belah ayah kat Taman Saga dekat rumah Pak Lang.

Petang.

Sampai rumah Pak Lang dalam 2PM macam tu la lebih kurang.Solat Jamak Takdim Zohor Asar.Makan-makan.Dapat duit raya daripada saudara-mara.Heee.Alhamdulillah.Salam.Balik rumah.

Singgah Pasaraya.Balik terus.

Malam.

Sampai rumah.Alhamdulillah.Hey!.Aku rasa sangat tak semangat raya kali ni.Tak berseri rasa.
Gambar pun tak tangkap.Minal Aidin Wal Faizin.

080820130928PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

29 Ramadhan 1434 H : Sebelum raya ..!



Alhamdulillah.

Solosai.Selamat malam raya Aidil Fitri.

Pagi.

Ayah mula memasak.
Gotong-royong keluarga.Kemas rumah.Lap kerusi meja.

Petang.

Mak sambung memasak.Ketupat.Kuah kacang.Ayah beli lemang.Awal puasa hari tu dah buat.
Nak dekat raya ni pula tak buat.Alasannya tak larat.Huhu.Tak best.
Panasnya Ya Allah.Rupanya-rupanya.

Berbuka.

Hujan pun turun.Ada kena mengena rupanya panas membahang dengan hujan.
Aku dengan adik bongsu paling lambat habiskan makanan waktu berbuka tadi.

Malam.

Pasang langsir.Siapkan apa yang tak siap lagi.Done ! Tinggal dalam 5 % macam tu la tak siap lagi.Sambil lap sudu dengan cawan sambil menjerit.Adoyaii.Penatnya dapat sepupu-sepupu kecil ni.Jerit supaya dorang jangan usik itu ini situ sana sini.Menggegar rumah dah suara aku.

Pemergian bulan yang berkat ditangisi.Kedatangan bulan yang mulia kini dirai.
Taqabballahu minna wa minkum.My Feeling flying Away .

Nota Kecil : Gambar tak ada.Malas nak ambil.Boleh gitu? Daaa.

070820131023PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

28 Ramadhan 1434 H : Sedia sambut raya..!?



Alhamdulillah.

Berlalu sudah 28 Ramadhan.

Pagi.Petang.Malam.

Hujan di petang hari.

Pak Tih sekeluarga dah sampai rumah Atok Wan di sebelah.
Mak Lang Sekeluarga mungkin tak dapat balik beraya bersama.

Mak ayah adik Along shopping baju raya dari semalam.

Malam.Terawih terakhir.Prepare kuih-kuih raya.Gantung hiasan.

Esok mula mengemas.Masak rendang DSB.
Dan malam esok.Malam raya.
InsyaAllah.

Cepat? Allah.Cepat sungguh.Y.Mana semangat? semangat?

Semangat.! Jangan biarkan iman kami layu Ya Rabbi.Allahumma Aamiin.

♫ Pahlawan Kekunci ♫


Tak berdaya menahan rasa
Kepanasan membakar diri
Saja menempah perit dalam diri
Tiada orang yang peduli

Bersendirian dalam zulumat
Bergelak tawa sendiri
Hebat mengatur hidup
Hanya pada papan kekunci

Sinis rasa memandang hina
Lokeknya ia pada amalan
Namun bermurahan pada tulisan
Heh! Itulah dia "keyboard Warrior"

Tak akan aku respek kau!
Hanya pandai bermain IT
Dunia realiti semacam fantasi
Fantasi seakan dunia realiti

060820130213PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

27 Ramadhan 1434 H : Klinik lagi.. *Pic

Alhamdulillah.Hari-hari terakhir ramadhan.

Pagi.

Lepas Subuh pergi klinik lagi.Along hantar ditemani adik bongsu.

Petang.

Masih susah nak bernafas.Tapi rasa lebih lega.


Mak dan ayah masak.Masak gulai pucuk pegaga.
Dengan ikan bakar.Berbuka.Alhamdulillah.

Selamat.Selamat menjalani ibadah ramadhan-ramadhan yang terakhir dengan jayanya.InsyaAllah.

050820131041PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

26 Ramadhan 1434 H : Kaffarah dosa

Alhamdulillah.

Hari ni.

Pagi.

Memang tak sihat.Kerja aku tidur jer.Bangun semata-mata sebab nak solat.Itupun rasa sakit sungguh.
Sejuk.Panas.Biasalah orang demam.Lepas tu package asthma lagi.Susah nak bernafas.

Resah tak menentu.Allahu.Moga menjadi kaffarah dosa.Mak aku kejutkan suruh kemas rumah pun aku tak daya nak bangun.

Petang.

Tak tahan dah.Dari malam.Sahur hingga petang boleh tahan lagi.Ni dah tahap maksimum nak menahan.Dalam pukul 4 petang aku minta mak aku hantar pergi klinik.Mak aku kata kenapa tak bagitahu awal-awal.Huhuhu.

Sampai klinik tunggu MA pula turun.Ya Allah.Tak tahan sudah.Sampai jer ada juga Pak cik sorang tuhh datang nak ambil gas juga.Asthma juga.Tapi boleh pula dia bawa motor.Aiseyh Pakcik.Terernya.Aku yang duduk dalam kereta ni pula tak tahan.Dia tak teruk kott.Huhu.Mungkin tanda-tanda awal.

Yang aku ni pula pergi tunda dari malam ke sahur ke pagi ke petang.Haaa.Ni lah jadinya.Bila sedut gas barulah rasa lega sikit

Malam.

Hari ni tak dapat pergi berbuka dekat surau.Masih rasa susah nak bernafas.Walaupun dalam kepayahan aku hidangkan juga makanan untuk berbuka.Air soya.Gulai daging.Nasi putih.Buah oren dan kurma.Yang sederhana je.Semua ada termasuklah ayah kecuali mak dan adik.Dorang berbuka kat surau.

Nak ikut tapi tak larat.Huuu.

Bila aku batuk rasa sakit kat usus.

Sekarang ni pun nafas tertahan-tahan.Padahal dah makan ubat dah.Ya Allah berikanlah daku kesembuhan agar mudah aku melaksanakan ibadah padaMu.Allahumma Aamiin.
Baru aku rasa indah nikmat sihat tu bila sakit macam ni.Sedih!.

Kalau tak reda juga asthma ni mungkin aku akan ajak mak aku pergi klinik lagi untuk sedut gas.Huuu.Tak tahan.Doakan kesembuhan buat aku ya.
Ruginya rasa .Ramadhan dah hujung-hujung ni.Huwaaaa.!

040820130924PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

25 Ramadhan 1434 H : Nilai 3 ! *Pics

Alhamdulillah.

Pagi.

Mak suruh siap.

Pergi nilai 3 ! Dengan mak.maksu.Wan.dan adik-adik perempuan.



Mentari pagi.Nak gerak dah.Cuma tunggu ada beberapa orang yang tak siap lagi.Biasalah perempuan.Macam-macam peel.



Waaa.Salah jalan.Hahaha.Kena patah balik.



Haaa.Baru betul.Sambil tu dengar carta suria fm.Irma hasmie bawa babynya.Hihi.Lepas tu ada pula lagu Noryn Aziz kalau tak silap.Adik aku cakap "..waaa jelesnya blog ko ada lagu tema..kekekeke.."



Akhirnya nak sampai dah.Kat sini mak su aku serabut sikit.Yer la jammed.
Hahaha.Biasalah traffic light la katakan.Sampai jer depan traffic light tu terus merah semula.Hohoho.Bengang.!



Dah habis round.Mak dengan wan pula hilang.Handset mak pula ada pada adik bongsu.Wahaha.Nasiblah.Rancangnya berkumpul dekat satu kedai tuhh.Ambil rehal.Kitorang dah ambil.Mak dengan wan pula tak ada.Lepas terpaksa lah patah balik.Cari mak dengan wan kat tempat situ.Alhamdulillah.Nasib baik ada.



Cari bunga telur pula.Dengan beg plastik buat isi rehal.Untuk majlis khatam Al-Quran kat surau nanti.
Bunga telur jumpa.Beg plastik pula tak muat nak isi.Hohoho.Masalahnya rehal tu besar sangat.



So.Carilah kat tempat lain pula.Berhenti pula tepat-tepat kat taman permainan yang ada dinasour ! Wahhh! Untung lha adik aku tangkap dinasour dari dekat hahaha.Aku baru nak pergi dah kena panggil dengan mak aku.Hasilnya tangkap jer la gambar adik aku dengan dinasour tu dari jauh.



Alhamdulillah.Dapat semua yang dicari.Balik pula lain pula ceritanya.Salah arah nak balik.Hahaha.Nasib baik tempat tembusnya sama je.Kitorang terambil jalan yang jauh.Takpela.Asal lepas balik.Kekekeke.Singgah dulu kat rumah Pak Teh kat Mantin.Tumpang solat zohor.
Nak minum puasa pula kan.Kekekeke.



Akhirnya balik rumah.Ikut jalan shortcut.Pergi ikut jalan shortcut.Balik pun sama.Lagi cepat sampai.Yer la nak kejar masa.Singgah kat bazar ramadhan.Beli apa-apa yang patut.Dan.
Home sweet Home !Alhamdulillah.Selamat sampai.

Abang aku pula tiba-tiba call kata dompet hilang.Aigooo!Nasib suda.
Ayah aku pula dah la berbuka kat KL.Kecoh kejap.Aku pula tak henti-henti bersin.
Rasa 100% tak sihat.Lepas maghrib terus tidur.Tak dapat pergi terawih.Mak aku ajak.
Aku dah rasa tak bermaya dah.Malam 26 Ramadhan dimulakan dengan rasa tak sihat yang mencengkam diri.Bersin 150 juta kali rasanya.Dan selesema.

040820130906PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

24 Ramadhan 1434 H : Kaum Adam makin sikitt..*Pics

Alhamdulillah.Cepat betul masa berlalu.

Ya Allah.Rasa macam tak puas lagi duduk dekat bulan ramadhan.
Masa ni lah semua orang jadi baik sikitt.Huuu.

Pagi.

Duduk rumah saja.Aktiviti macam biasa.Mop lantai yang utama.

Al-Kahfi.Tak lupa.Hari jumaat.Sebab?

"Barangsiapa membaca surat Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat." (HR. Al-Hakim: 2/368 dan Al-Baihaqi: 3/249. Ibnul Hajar mengomentari hadits ini dalam Takhrij al-Adzkar, “Hadits hasan.” Beliau menyatakan bahwa hadits ini adalah hadits paling kuat tentang surat Al-Kahfi. Syaikh Al-Albani menshahihkannya dalam Shahih al-Jami’, no. 6470)

Petang.

Ayah masak gulai ayam.Yummy !! Siapkan hidangan dengan adik.Hari ni semua ada kecuali ayah dengan along.Mak pula tak balik kebun lagi.Kitorang buka puasa dengan? 


Allah..Lauk kat tengah tak nampak kan? Hahaha.Gulai ayam.Karipap mak do bagi.Sardin sahur tadi.Panaskan semula.Bahulu.Air soya.Aiseh.Tak miss air soya hari-hari.Goreng ayam.Sayur.Ha'ah.Tak ada.Baru perasan.Huhu.Kurma dan nasi.Ok la tuhh.Buah-buahan banyak tu.Tak pe la.

Malam.

Terawih.Alahai makin lama makin sikit pula kaum adam.Tapi alhamdulillah kaum hawa bertambah.Haha.Terbalik pula.Ada mak cik tu cakap orang lelaki ni buat kuih raya agaknya.Kekeke.
Hari ni pergi terawih dengan adik bongsu.


Jom sebelum aku tamatkan kisah diari hari ni kita terimalah gambar adik aku berposing.
Hahahaha.Masa ni nak balik dah.Alang-alang tuhh aku ambillah gambar dia.
                           

Ok lah.Tamat sudah cerita hari ni.Moga amalan kita diterima Allah.InsyaAllah.Semoga hari esok menjadi hari yang lebih daripada hari ni.Allahumma aamiin.

020820131105PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

23 Ramadhan 1434 H : Moreh2..*Pics

Alhamdulillah.Segala Puji Bagi Allah.


Pagi.

Kemas rumah.Aktiviti utama mengemas bahagian bilik air.
Basuh baju yang bertimbun.

Petang.Kemas buku..Hari nak hujan.Dan memang hujan pun lepas tu.Hehe.

Buka puasa.

Sebiji kurma + Nasi Ayam+ Air soya + Air epal + Kuih-muih + Buah-buahan.
Kitorang buka berenam.Ayah pergi majlis berbuka puasa.



Malam.

Pergi Terawih.Ambil gambar dalam perjalanan.Rajinnya la.Haha.Pergi dengan mak.
Tak ramai pun kat surau.Perkara biasa.Sangka baik.Ramai pergi masjid agaknya.



Jom-jom.Dah nak mula.Cepat-cepat siapa lambat tinggal !!


Lihatlah kaum hawa.Baik je.Siap sedia dari awal lagi.Heheh.


                                                         Rehat kejap lepas solat.



Alhamdulillah.Settle terawih 8 rakaat.Witir 3.Moh la moreh.Kita makan dulu ! Aku tak makan pun.Tengok dorang makan je.Lepas tu snap-snap.Ahaha.Apa yang ada? Pulut panggang.Lepat pisang.Air berkarbonat.Air mineral.Air teh.Pilihlah kau nak color apa.Aku rasa boleh menggelegak perut minum air tuhh.Huhu.Sambil tu dengar imam tazkirah pendek pasal tajwid.



Haaa.Apo tunggu laie? Moh la kita balik.!

Alhamdulillah.Semoga amalan kita sepanjang hari ini diterima.Jika esok dibangunkan lagi.Moga menjadi hari yang lebih baik daripada hari ini.Biiznillah.Allahumma aamiin.

010820131113PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

22 Ramadhan 1434 H : Mari kita ke kebun ! *Pics


Pagi.

Mak ajak pergi kebun.


 Snap dulu.Mentari pagi kat kebun.Subhanallah..segarnya udara !



Air oren? Haa.Tak pose erk? Hahaha.Bukanlah.Ini air sungai.Keroh airnya.Mak suruh ambil air kat sungai dulu.Isi dalam botol tuhh.Itulah kerja aku.Nak siram pucuk pegaga yang bakal ditanam.Tuu.Dalam plastik merah tu.Itulah pucuk pegaga namanya.



Mak dah mula tanam pucuk pegaga.Kita siraamm dulu !.Eh tak.Aku tolong tengok je.
Mak suruh aku buat kerja lain.Kerja apa?


Apa tu? Kumpul kayu-kayu.Kita bakor jer.Mak tunjukkan macam mana nak buat.
Maklumlah aku mana tahu.Orang bandar la katakan~.Otak lu.Kekeke.


Haaa.Yang ni tempat aku.Aku kumpul-kumpulkan kayu kat sekitarnya dengan rumput-rumput kering.Nak tengok api hidup ke tak? Jeng..jeng..jeng..


Done.Syabas anakku ! Haha.Bara dah ada.So api pun hiduplah bila diletakkan bahan bakar.Macam manalah agaknya keadaan neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia yang ingkar ye? Tentu lebih menjulang tinggi apinya.Nauzubillah.Ya Allah selamatkanlah kami daripada menjadi bahan bakar api neraka.Allahumma Amiin.

Siap.Mak kata balik pukul 10 tapi pucuk pegaga tak habis ditanam lagi.Dilanjutkan lagi waktunya sampailah habis.Aku pula landing baik punya.Haha.Mengantuk betul tunggu lama-lama.
Baring kejap kat tanah tuhh.Tak tentu arah.Kejap jalan kat mak aku.Kejap baring semula.Yang penting buka mp3 surah Al-Baqarah yang ada maksudnya sekali.

Mak aku dengar .Suruh bluetooth.So dapat kerja bluetooth kat hanset mak aku pula.Korang nak download bolehlah download kat sini..


Sambil dengar ayat sambil dengar maksudnya.Barulah faham.Contoh Surah Al-Baqarah tu.Dia cerita pasal kisah Nabi Musa A.S.DLL.Aku dapat link ni pun daripada page Prof Dr Muhaya kat FB.Hehe.Alhamdulillah.Banyak manfaatnya.

Mak aku suruh tabur benih betik sambil mak aku habiskan tanam pucuk pegaga.Done ! Mak aku kata bolehlah balik mandi..solat dhuha..dan? Tidur ! Kekeke.Of courselah rehat.Penat siott.

Petang.Tak ada aktiviti apa.

Buka puasa berlima je.Yang lain tak ada.Mak dan ayah pula keluar ke bandar.
Iftar nasi ayam dan air soya.

Malam.Tidur.

Alhamdulillah.Dihidupkan lagi.Semoga kita dipanjangkan usia dalam ketaatan kepada Allah.

010820130446AM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✰ Harga Syurga ✰

Suatu hari seorang warga emas ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. 
Apabila dia ingin masuk ke dalam, seorang lelaki penjaga tandas menegurnya, 

“Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata warga emas pun bercucuran keluar dari matanya.
Lelaki tadi terkejut dan berkata,

 “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. 
Janganlah menangis kerana ini.” 

Warga emas menjawab,

“Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir 
jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? 
Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?" 

-Unknown-

Moga bermanfaat.

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net