⚔ Welcome To From View of My Eyes.This is a Personal Blog.You are allowed to read the blog post as long as you have a good intention.If you're not,please leave without sound.May Allah Bless.⚔

✍ Borak-borak jer...

Selasa

Ringkasan hari ni..

Pagi.

NOTHING TO DO.

IM STILL HOME !! Hahaha..

Petang.

Hujan mulai turun lewat petang tadi..lebat..sekejap je..sambung hujan sebelah malam ni pula..pun sekejap juga..tak tahu la nanti..wallahu a'lam  ;)

Malam

Mak cerita pasal kelahiran anak2nya masa kitorang tonton tv..paling berat yang bongsu...Anak sulung dan anak bongsu pula uri melekat kat dalam rahim..perghh..dan anak yang ke 6 je lahir petang..tu gelap sket tu..kata mak aku..hehehe..yang kedua pula lahir kat rumah..yang perempuan pula semua lahir tengahari..

********

Bila dah cerita..haila rasa susah pula nak berhenti..tapi nak buat macam mana..kena stop tak boleh tidak..netbook aku ni nazak dah..haha..tu rasa malas giler nak update blog..tapi hari ni entah macam mana rajin pula nak update..dah berapa kali padam dengan tiba2 dah..entry tak siap2 juga..tunggu masa je nie..huahuahua...sabar pula aku hari ni..sikit rhh..

De jodoh jumpa lagi..See ya !

171220131139PM
ROOM
HOME SWEET HOME

☏ Walimatul Urus Mak Su *Pics

Salam...

sunyi lak aii rasa..amboihh..memang la sunyi..tengok la description tu..hehehe..

Bermulalah kehidupan kedua mempelai..setelah lama mencari jodoh.. akhirnya Allah ketemukan mereka berdua..Alhamdulillah..dah selesai sudah majlis kahwin Maksu pada Hari sabtu hari tu bersamaan 14/12/2013.



Akad nikah khabarnya baru sah pada kali yang ke 5..buat dekat rumah pengantin perempuan..gugup kott pengantin lelaki..lagi pula ramai yang mengusik..sempat aku dengar saksi mengusik..haa..huahuahua..haru sungguh..tak pe la yang penting dah selamat..tahniah! tahniah ! tahniah !..sodih den tak dapek tengok lama..dpt tengok kejap je pun..



 Lepas akad Mak su salam wan..wah...wan dapat menantu baru..menantu bongsu hahaha..jangan poning-poning laie yo wan..hihihi..selamat akhirnya semua anak wan dengan atok kahwin..kalau dah jodoh tak ke mana..jangan dirisau jodoh tu....kalau tak di dunia ..di akhirat sana kan ^_^



Mak su dan Pak su pergi salam tetamu yang bertandang..dan tukar untuk persalinan bersanding dan makan pula..!Untung rh..masa ni aku dah masuk rumah..tak boleh keluar lama-lama..huhuhu..sodih laie..kan banyak gambar tak dapat..



Taraaa !!..cantik kan pelamin dia..temanya biru pink..masa akad pagi tu pula warna merah putih..


Akhirnya ! kompang dipalu pengantin baru ! heyy..apa pun tak boleh..banyak sangat kamera sampai tak tahu nak pandang mana satu..hahaha..kesah pulakk..yang penting ada memori kan..huhuhu..Kitorang dapat Pak Su pun dah happy..Pecah rekodlah ..pak su yang paling tinggi antara semua...

Sayangnya..ni baru 1/10 antara ahli keluarga kitorang..yang lain tak sempat nak tangkap gambar..sibuk bekerja di balik tabir..berpeluh keringat..huhuhu..apa apa pun semua dah berjalan dengan lancar and happy ! So ? Kita Enjoy!!

171220131119PM
ROOM
HOME SWEET HOME

✰ Kenapa Jual Tudung Singkat ? ✰

Boleh tak pereka tudung dan mereka yang terlibat;

Hentikanlah reka, jual atau pasarkan tudung se-spesies dengan tudung Fareeda dan beberapa nama jenama lain atau tiada jenama.

Sebabnya, terlalu singkat. Dada tak cover.

Maaf, kami ni sebagai lelaki mewakili pihak abang, adik lelaki, ayah, bapa saudara, atok, bapa mertua dan seangkatan dengannya tidak setuju dan sudah meluat dengan tudung-tudung tidak patuh syarie begini.

Kami suruh golongan perempuan pakai tudung, kemudian mata mereka pula berkenan dengan tudung sedemikian, so mereka beli dan pakai. Masalahnya, bukan pakai dalam rumah. Pakai luar rumah. Bukan pakai depan suami, tapi pakai depan bukan suami. Jarang orang beli tudung cantik-cantik untuk pakai dalam rumah. Pasti nak juga digayakan di laman sosial sekurang-kurangnya.

Jadi, boleh tak bekerjasama dengan pihak kami golongan lelaki ini dalam mendidik golongan perempuan? Pereka, pengedar, penjual, syarikat tudung sepatutnya belajar ilmu aurat. Aurat perempuan tu kena study masak-masak sebelum fikirkan keuntungan.

Kami faham semua orang nak untung dalam berniaga. Tetapi, biarlah untung itu membawa ke Syurga. Boleh bawa saham yang baik di dalam kubur.

Jadi, tolonglah berhenti hasilkan tudung-tudung tidak syarie sebegini. Kasihanilah kami golongan lelaki ni. Sudahlah kami di akhir zaman ini imannya tipis, waduh jika dipersembahkan pula dengan dada-dada wanita yang tidak menutup aurat, habis goyahlah iman yang gigil sudah ini. Dalam memimpin, kami juga perlukan sokongan semua pihak. Bukannya ketegasan dari pihak kami semata-mata.

Tolong, kami sayang adik-adik serta kakak perempuan kami, isteri-isteri kami, makcik-makcik, seterusnya seluruh wanita yang bergelar muslimat.

Bantu kami jaga mereka juga.

Aurat mereka, amanah kami.

Yang benar,
Wakil pihak lelaki Islam tanah melayu,

Muhammad Rusydi

 
Nota Hati : Setujuuu !! Untuk apa jual tudung yang tak menepati syariat kalau betul nak lebih ramai perempuan pakai tudung dan menutup aurat?atau ada agenda lain?? Well..  ..Renung2kan dan selamat beramal ~..hohohoo..


♪Positifkan diri ♪



Alhamdulillah.

Keresahan sepanjang hari hilang ditelan waktu jua hujan tanpa berhenti seakan memahami.Positifkan diri sendiri.Tiada apa yang mampu menggugat kita jika kita tak izinkan.Tiada apa yang mampu memusnahkan kita jika kita tak izinkan.Sudah tentu dengan pertolongan Allah.


Relakss.


Selesaikan hal satu persatu tanpa ragu.Bebaskan diri dari belenggu fikiran yang negatif.Sembunyikan mereka yang mengganggu.Lalu..teruskan hidup tanpa penyesalan.Tiadalah ujian yang Allah beri tanpa ada hikmah di sebaliknya.Sama ada pengajaran atau pun peringatan mahu pun ganjaran.Pedulikan kata orang ! Tak perlu hirau apa yang mereka mahu..yang penting apa yang Allah redha! Noktah.


Noda.


Tiada manusia suci yang tak punya masa lampau..tiada insan berdosa yang tak punya masa depan..siapa kita untuk mencaci..siapa kamu untuk memaki..siapa mereka untuk buzy body...Redha itu terserah pada Ilahi...Mujahadahlah agar jangan pernah hampir pada dosa kerana akibatnya tak mungkin tertanggung seksaNya..asal mujahadah..kan terang jalan kehidupan menuju nan abadi yang takkan binasa lagi.


071220131243PM

ROOM.
HOME SWEET HOME.

♪ Digantung tak bertali ♪

5 Disember 2013

Termangu.

Indah cuaca hari ni.Cerah.Hanya di pagi hari syukur.Setelah beberapa hari berlanjutan hujan dan mendung silih berganti.Namun tidak di tempat lain.Banjir semakin teruk di beberapa Negeri.Mangsa2 tidak diberikan perlindungan yang sewajarnya..itulah yang disebarkan..apakah ini petanda..apakah ini peringatan..

Prasangka.

Para ilmuan inikan pula rakyat biasa..ketokohan diri tersebar meluas.Mencaci..memaki ikut rasa..kerana bukan yang disokong mereka..dihentam bertalu-talu walau tanpa bukti yang kukuh..nah..tika mendengar cerita yang sebenarnya..terkelu rasa.Namun ditutup dengan ego yang menggunung tinggi.Tidak mengaku salah.Masih menyalahkan empunya diri.

Praktikal.

Wahai diri..kasihannya..menjadi bodoh dengan menanti jawapan yang tak pasti.Ditinggalkan sepi..salah sendiri kerana tidak mencari...jawapan yang pasti.Bagaikan disambar halilintar..mendengar berita yang tak pasti..lalu terus ditanya pada yang mengetahui..sah..aku ditinggalkan sendiri ..tergantung tak bertali..Serve U Right kerana percayakan mereka yang tak patuh pada ilahi.Sungguh aku akan berdiri sendiri.Takkan aku tewas lagi.Takkan aku menyerah diri.Ku malu.Kini ku serahkan segalanya pada ilahi dengan pasti.

051220131030PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net