⚔ Welcome To From View of My Eyes.This is a Personal Blog.You are allowed to read the blog post as long as you have a good intention.If you're not,please leave without sound.May Allah Bless.⚔

✍ Mencabar betul..! *pics

Mata tak bisa bertahan lama..

Sementara tunggu start cerita menjinak ombak ni kita update blog dulu !..Tau-tau je la kalau iklan Tv3 ni macam mana..jenuh menunggunya..

Malam ni nak cerita pasal liku-liku kebun..hahaha.. petang tadi macam biasa aku mulakan rutin dekat kebun belakang tu..lepas siap2 terus gerak...dalam pukul 2.02 minit tepat !..sampailah sudah kita..guess what?

Yeah..aku la yang sampai dulu..lepas tu tak lama kemudian barulah jiran dua orang lagi sampai...lepas tu..jiran sorang lagi...lepas tu...? barulah mak sedare i sampai macam kebiasaan...

Cuaca?

Omak kauu!!..dulu mula-mula aku start kerja kat belakang tu cuacanya asyik mendung lepas tu hujan...

opss..sorry terganggu..al maklumlah syokk layan #MenjinakOmbak episod akhir..hahaa..tapi seyes aku tak puas hati wooo..kenapa dia tak terangkan ustaz Fatah tu menuntut ilmu kat mana..dan macam mana boleh menghukum orang macam tuu?? itu la y paling penting buat pengajaran ...benda ni boleh bagi salah faham kat orang yang tak faham tahu...nanti dorang yang tak faham pandang slekk je kat ustaz2 kann..

apa pun tak blehh...bahaya kott..

ok sambung balik cite aku...lambat sikit sambung..banyak pula persinggahan..hehe..

...cuaca mendung pastu hujan tak berhenti .hmm..kalau aku tak silap la kan..dari bulan 11 atau 12 hinggalah bulan 1..lepas tu..start bulan 2 dah mula panas terik..tahu tak panas teriknya macam mana?.. lebih kurang macam air paya yang berair ...sampai jadi kering kontang ! pastu air kolam pun dah nak kering dah...


Nie la kawasan aku kerja..luas tak aku buat ? haha..korang tahu aku buat apa? ..memandangkan cuaca kejap teduh kejap panas..aku lari la merata-rata tempat mencari tempat teduh nak buat kerja tu..kejap situ..kejap sini..kejap siti situ sana sini eh..? hehhee...air pun boleh habis daaa...tekak asyik rasa haus je....ok la dah petang nie..masa aku pun dah habis..tapi.....sempat lagi aku snap gambar kan...guna kamera nokia x300 gituhhh..dalam perjalanan  balik aku snap lagi...laiilaiii...


Kita pusing belakang !!..jeng..jeng ..jeng...snap gambo pokok petai dengan matahari petang senjakala...
amacam cantik tak? pastu...moh la kita meneruskan perjalanan..asar tak lagi nie...huhuhu



Haa..inilah dia payanya..mak aku suruh buang semak2 dan rumput bagai yang ada kat situ sementara ia masih kering...katanya lagi..nanti kalau dah berair susah la..tu jiran2 aku tengah bekerja la tu..dan aku pula?..aku dalam perjalanan nak balik kerja..hahaha...masa aku dah habis..dorang sampai lambat..habis pun lambat laa..

Yang baju hitam tu pula..anak kepada jiran aku merangkap suami kepada jiran aku yang sorang lagi..baru semalam aku terserempak dalam perjalanan balik ke rumah..dia bawa anak dia ke kebun sini setiap jam 6 petang..tak tahu buat mende...tapi tadi nampak dia tolong mencangkul rumput sambil anak dia tengah dok tengok mak dia siram pokok lada kat atas sana..

Pokok lada pun dah nak tinggal ranting dah..sadis tol..haha...ok la..balik jom..dalam tengah aku jalan sempat jiran aku yang sorang tu melaung..

"Mastura dah balik melenggang dah haaa..."

Hahaa..aku angkat tangan baibai..dan gelak je la yang mampu...



Taraaa !!..inilah dia cabaran yang paling sukar sekali yang aku lalui hari demi hari datang dan pulang dari kebun..huhuhu...korang tengoklah kayu da macam mana..lepas tu boleh pula kayu tu bergoyang-goyang..aiseyman..kalau ikutkan hati memang aku lalu kat dalam sungai tu je..huhuhu...

tapi aku beranikan diri..dan kata pada hati..

"Wahai hati..kalau cabaran sebegini kecil pun kau tak boleh buat..macam mana kau nak hadapi cabaran yang lebih besar nanti?"

Fulamakkk..sentap ..sentap...terus gagah ala ala berani melintas..tapi...

kena la buka selipar dulu..hehehe...bukan apa..kaki aku ni tak stabil..bukan alasan..tapi kenyataan..dulu kan aku pernah patah kaki...so memang tak stabil la kaki sebelah nie haa..harap paham la yer..huhuhu...dan aku pun meniti setapak demi setapak walaupun kayu tu tetap goyangg !!..

Dan akhirnya...fuhh..menarik nafas lega...alhamdulillah..sampai jugak ke seberang and...let's go home !
Home I'm coming !! home sweet homee !!..

Semoga dapat jumpa lagi !..yeahh !..Maiii tidur ..da lewat nehh.. kalau tak ada apa2 aral esok aku update lagi ..InsyaAllah...Fi hifzillah uol !!

280220141123PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Satu per dua kata

Sebelum aku tutup mata..

huhuhu...sekarang aku ada kat kg..buat apa?..duk rumah je punn...aku sekarang dalam proses membiasakan diri untuk menjadi orang kampung yang sejatiii..gituhh..walau apa pun ..aku perlu jadi orang kg..nama pun dibesarkan di kampung..aku nak cerita apa nihh..

Oh..pagi tadi aku pergi mesyuarat...mesyuarat yang aku pada awalnya dipaksa menghadirinya..last-last aku jatuh suka..walaupun macam tu..aku ni ego sikitt..so aku tak tunjuklah yang aku ni suka..dan automatiknya..muka aku akan menunjukkan sesuatu kebosanan yang begitu ketara..

tapi alhamdulillah..sepanjang aku join..banyak kerenah yang aku jumpa..banyak perangai..dan macam-macam lagi la..seronokkk..tapi aku tak pandai macam mana nak expresikannya...huhuhu..al maklumlah..aku membesar dengan persekitaran yang agak mementingkan diri sendiri...menyuruh itu..menyuruh ini..dan hiduplah sesuka hatimu...

Jadi aku sekarang hidup dalam lingkungan tu..dan..kalau dah berkumpul..memang sah la..makcik-makcik nie suka naa buat ketupat..susah..susah..lepas tu kalau orang datang borak dengan aku pun mesti nak mengumpat juga..huhuhu..malazzzz nak layannnnnn..so aku dediam je la kat situ....

Nasib baiklah aku ni dikenali sebagai seseorang yang tak banyak cakap...lagi la best !!!..best sebab dapat hindarkan diri daripada dosa..walaupun ada juga kadang2 memang tak dapat dielakkan...

dan tadi..lepas mesyuarat...sebelah petangnya aku mula menjalani kembali kehidupan sebagai seorang...pencabut rumput..ahaha...kelasss kauuu..kelas ke tak ..kesahhhh!!...hihiii..bolehlah untuk hidup...aku bercita-cita nak kumpul duit..lepas tu..bayar segala hutang-hutang aku...dan...dan...hiduplah sesuka hatimu...

Semoga dapat menjalani kehidupan sebagai hamba Allah dengan tenang..tenteram ..aman dan damai..jauh dari noda dan dosa...Allahumma aamiin...

270220140953PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

♫ Sekali lagi ♫


Ia datang dan pergi
Menangis diri mencemuh diri
Sekali lagi ia hadir
Menghina matlamat diri

Tak tertanggung rasa
Gelodak membara di jiwa
Enggan pergi walau dihalau
Kejatuhan semakin mendekat

Ia mengundang rasa tak puas hati
Jauh membawa diri pergi
Terlalu jauh dan sepi
Dari keindahan syurgawi

Sekali lagi ia hadir
Mencengkam sukma di hati
Jika sekali lagi ia hadir
Mungkin kan tewas diri ini

240220140518PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.


♫ Tika beban terasa berat ♫


Tika beban terasa berat
Aku mendiam seribu bahasa
Mencari penyelesaian
Yang terbaik dalam jiwa

Tika beban terasa berat
Kudratku tak berdaya
Menghilangkan rasa gelodak di jiwa
Aku diam tak terkata

Tika beban terasa berat
Aku kaku tak buat apa
Hingga hilang penatnya
Yang tak tahu entah bila

Tika beban terasa berat
Jantungku sukar berfungsi
Seolah-olah tiada guna lagi
Untuk aku hidup di dunia ini

240220141220PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

♫ Bicara hati ♫

Hati ini.

Hati bicara tak mengapa
Tidak perlu tertekan
Walau datang pelbagai rintangan

Hati bicara tak mengapa
Enggan memikir beban
Rehat saja dari dunia

Hati bicara tak mengapa
Hidupkan aku dengan zikrullah
Telah lama aku dahaga

Hati bicara tak mengapa
Luruskan niat hanya keranaNya
Bukan kerana makhlukNya

Tak mengapa.
Segalanya akan baik-baik saja.
Jadikan sabar sebagai peneman jiwa.

210220141054PM
ROOM.
HOME SWEET HOME

♫ Erti syukur ♫

Syukur.

Seringkali alhamdulillah dilafaz
Namun tiada senada

Lebih sudu dari kuah
Lebih mangkuk dari isi

Seandainya kita fahami
Erti syukur bukanlah
sesuatu yang mudah

Jika mengerti kan lapang hati
Seandainya tahu
Akan menari sepanjang hari

Apakah itu erti syukur?

Bergembira dengan yang sedikit.
Berpada-pada dengan belanja.

Akhirat lebih diutama
Dunia hanya sandaran semata

Berbahagialah pada definisi yang tersendiri.

210220140944AM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

☂ Dan apabila mata ibumu sudah tertutup..☂

♫ Kau yang bernama teman ♫

Kau..

Kau yang bernama teman...
Kita lalui suka dan duka bersama
Kau suka aku gembira
Kau duka aku bersedih

Namun tika aku hilang arah
Kau hilang begitu saja
Tika aku tak ke temu
Kau diam membisu

Kau yang bernama teman..
Siapa aku dimatamu
Apakah sekadar peneman 
Tika engkau inginkan kesenangan

Apakah engkau mengambil kesempatan
Tiap kebaikan yang aku berikan
Bukan ku pinta penghargaan
Sekurang-kurangnya jangan menghilang

Kau yang bernama teman..
Sekali aku benci
Takkan lagi aku percaya
Kau menghilang begitu saja..

Hati ini rasa benci padamu
Maafkan aku teman..
Aku benci padamu..

Namun takkan aku pamerkan
Akan aku simpan luka ini sedalamnya
Kerana kau yang pernah
menjadi teman di hidupku..

Sekian,terima kasih.

200220140959PM
ROOM.
HOME SWEET HOME

♫ Pergi..♫

Aku pergi

Aku pergi buat seketika.
Menimba setitik ilmu cuma

Aku pergi tak lama
Sekadar sesaat cuma

Apa lagi yang mampu diisi
Jika jiwa gelap tak bercahaya

Apa lagi yang mampu diberi
Jika hati tak mahu menyala

Aku pergi buat seketika
Mengikut bonda menimba kata

Azimat kata yang berharga
Walau sedetik cuma

Aku pergi.

Moga kembali dengan cahaya.

190220140225PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

♫ Identiti diri ♫

Aku tak tahu.

Aku tak tahu apa rasa ini.
Aku nak padamkan semua memori
 lalu bermula semula.

Namun,aku kembali
semula menjadi diri aku.
Aku tak mampu untuk lari.

Aku tak bisa mengundur masa.

Aku tak tahu
apa yang harus aku lakukan.
Aku kembali mencari identiti.

Identiti yang disenangi.
Identiti yang tak menyusahkan.
Identiti yang bermanfaat buat semua.

Identiti yang tak hidup dengan sia-sia.

Aku harus kembali !

Kembali sebagai hamba ilahi.

190220141000AM
ROOM
HOME SWEET HOME

♫ Sesat ♫


Aku sesat
Aku sesat secara tiba-tiba
Aku hilang arah
Tak senada rasa dan kata

Tiada rasa di jiwa
Tiada kehidupan di hati
Bagai barah menghampiri
Lalu aku hilang tujuan

Aku sepi
Aku sepi tanpa berita
Aku jauh dari semua
Aku hilang pedoman diri

Aku sesat
Tak mampu menjalani hidup
Aku cemburu buta
Pada yang cintakan dunia

Aku sesat.

190220140947AM
ROOM
HOME SWEET HOME

✍ Perasaan yang bercelaru

Ya.

Kan aku dah kata..kalau perasaan aku bercelaru aku rasa macam nak padamkan semuanya ! Tapi..this time..aku keliru..nak padamkan atau privatekn saja? ..

Akhirnya..

Aku privatekan semua.

Aku deactivatedkan Facebook.

Aku privatekan twitter.Dan ...

Dan juga blog ni sebenarnya...tapi..something feeling ada untuk blog ni.Tak tahu apakah dia..akhirnya aku berkeputusan untuk kekalkan blog ni.Dan..terusan update di sini saja..

Sedangkan..aku memang seorang yang tak suka bercakap..bukan tak banyak perkara yang aku nak khabarkan..cuma..tiada yang serasi di jiwa untuk aku luahkan...dan..menaip inilah salah satu terapi buat diri..buat muhasabah diri..dan buat mengingatkan diri yang seringkali terlupa..

Dan satu-satunya cara untuk catch up back..yeaa...u know it..

This blog ...

Tadi.

Aku sedih dan down..dan sekarang? pun...

till then..

180220140934PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Dup dap dup dap...

You know me so well.

Alhamdulillah.

Baru baca email tadi,pihak hospital kata..

Salam 1 Malaysia,

Permohonan anda telah diterima dan akan diproses.

Sekian, terima kasih.

Alhamdulillah.Baru je aku cakap ..pening rrr...huhuhu..Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha mengetahui setiap isi hati.Tika saat kita hampir berputus asa hingga hujung nyawa..dan di saat akhir itulah Dia kurniakan rahmatnya.

Bukan sekali,bahkan dah berkali-kali..sering..manusia ini sering saja terlupa..dan sering lalai dalam menjalani kehidupan dengan penuh kesabaran.Bermakna..fasa baru bakal bermula..inilah yang dup dap dup dap nya...huuuuu...nervous...takut...and so on...! Moga segalanya dipermudahkan..Allahumma Aamiin..!

170220140707PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.


✍ Ceroiii laaa..

No idea.

Aku tak ada idea nak tulis apa daaa.Dua tiga kali tulis then aku padam balik.Tak tahulah nak story pasal apa.Apa pun tak bolehhhh..cerita pasal praktikal?ceroiii laaa..pening kepala aku..huhuhu..pening kepala kott..macam tu kawan aku cakap..memandangkan dia dah dapat tempat ..so keseoranganlah aku terumbang ambing..dan aku tak mahu peduli sudah..

Umur aku yang makin meningkat membuatkan perasaan aku bertambah emosi.Hari aku bertambah sunyi..jiwa aku semakin sepi...dan hati ini...haishhh..sudah-sudahlah tu bertelenovela..hehehe....tak tahu bilakan hadir semangat untuk berdikari..sebab aku dah malas nak fikir apa..

Memandangkan cuaca pun semakin hari semakin panas...gunung berapi pula semakin aktif..dan aku pula menjadi semakin pasif..aku tak peduli apa pun yang terjadi pada sekeliling aku...yang aku tahu..aku tak tahu apa-apa...aku berharap...sungguh aku berharap..

Aku berharap akan ada suatu sinar yang akan tiba nanti..namun sepertimana makanan..kalau tak disuapkan ke mulut..maka tak makanlah kau...makanya...aku harus berusaha bersungguh-sungguh..namun sekarang ni serius aku malas tahap gaban..tak tahulah tahap gaban tu macam mana..nak dijadikan cerita..kemalasan yang amat melampau-lampau..

Sehinggakan aku nak online pun ...pening rrrrr...

Sampai aku rasa macam nak delete je semua....atas faktor-faktor ni lah dulu aku padam blog aku..huahuahua..dan masa ni...perasaan ini kembali tiba semula...tak ku sangka..tak ku terduga...bagaimana harus aku lakukan..apakah yang mampu aku berikan..

Ok fine..sudah-sudahlah tu merepekk..i hate this! Dan sekarang aku bakal jadi penghuni tetap blog ini ! This world u know ~

170220140422PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

♫ Aku dah penat..♫

Aku dah penat menunggu..
Aku dah penat buat segalanya..
Aku dah penat untuk hidup...

Aku dah penat..

Aku dah penat menunggu mereka..
Aku dah penat buat segala yang sia-sia
Aku dah penat untuk hidup dalam sendiri

Aku dah penat..

Aku dah penat ego..
Namun tak mampu ku hakis..
Aku dah penat menjadi lemah..

Aku dah penat..

Mereka bahagia sedang aku derita..
Mereka gembira sedang aku kesedihan..
Mereka taat sedang aku terumbang ambing..

Aku dah penat...

Namun..bumi takkan berhenti berputar jika aku penat
Kerana segalanya akan diperhitungkan..

"Ya Rabbi,pimpinlah daku menuju redhaMu..."

160220140510PM
ROOM.
HOME SWEET HOME.


✍ Tawakal

Setelah terusan berusaha,

Kita kena berterusan berdoa dan tawakal sehingga ke akhirnya.Aku ada baca yang Allah tak pandang kejayaan kita macam mana tapi Allah pandang usaha kita bagaimana.Dan tu yang kuatkan semangat aku saat diri hampir lemah kembali.

Keputusan di Bangi dah diketahui.Permohonan ditolak.Terkilan.Bukan sebab apa.Cuma.Bila aku telefon baru diberi perhatian.Tak maklum balas pada pihak kolej.Tak mengapalah.Dan aku terusan mencari.Bukan kerana aku.Tapi lebih kepada classmate aku.

Katanya susah kalau fly ke Sarawak.Guna banyak duit.Dan aku mencari lagi dua buah hospital.Moga pensyarah tak tangguhkan penghantaran surat permohonan.Moga permohonan diterima.Jika tak,moga segalanya baik-baik saja.

Kerana...

SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI APA YANG TERBAIK BUAT KITA.

070220140808AM
ROOM.
HOME SWEET HOME.

✍ Deathlinee !!

Alhamdulillah.

Baru dapat lepas menaip.Itu pun gunakan laptop adik bongsu yang dah pun berangkat ke sekolah sebentar tadi.Oh.Skema kauu.Laptop aku tak berjenguk lagi.Entah dah sihat entah belum tu.

Semalam aku dapat berita yang pihak kolej akan menghantar para pelajar praktikal ke Sarawak kalau tak dapat lagi tempat di hospital yang dipilih hingga hujung Mac ni.Omakk kauu.Sukaaa !..

Aku jer la yang suka.Mak ayah aku ? Hohohoho.Kenalah juga cari dekat-dekat sini juga walau macam mana pun.Dan tempat yang aku mohon satu jer baru..nun kat bangi sana tuhh..esok pihak hospital suruh telefon bagitahu keputusannya.Mudah-mudahan dapat la..Allahumma Aamiin..

Walaupun dengar macam-macam cerita kes kat Bangi tuh..kalau dah dapat kat situ kira bersyukurlah...kita datang untuk belajar...bukan untuk kurang ajar..mohon dijauhkan daripada segala anasir-anasir yang tak baik..huhuhuhu...

Dan ..classmate aku yang sorang ni pun tengah berusaha mencari tempat untuk kitorang nun kat Johor sana.pun ada kes juga..haiya kat mana-mana pun tarak aman lagi woo...namun begitu....mana dapat dulu situlah yang dituju.

Kalau tak ..ada pilihan lagi...mak aku suruh cuba hospital nun ...di Kuala Pilah sana hari ni...alang-alang mak aku nak ambil ubat akupuncture ..ehh..gitu ke ejaannya..kalau salah mohon dibetulkan ya...ehehe...begitulah relaksnya aku..sampai deathline !! Terkocoh-kocoh sudahhh...

Itulah tak dengar lagi kata,

"BUAT KERJA JANGAN SUKA MENANGGUH! "

050220140740AM
ROOM.
HOME SWEET HOME.


Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net