⚔ Welcome To From View of My Eyes.This is a Personal Blog.You are allowed to read the blog post as long as you have a good intention.If you're not,please leave without sound.May Allah Bless.⚔

5 Ramadhan 1436 H : Perang Dingin

Entah mengapa.

Tiba-tiba langsung tak berbunyi tidak mahu bertegur sapa.Angin tiba-tiba.

Entah mengapa.

Jika terasa katakan saja,aku tak mengapa.

Entah mengapa.

Jika tak mahu bicara tak mengapa.Salamku tak bersambut lagi dingin umpama angin panas di kaki gunung berapi.

Aku tak mengapa.

Kau yang ada-ada.

Tak kuasa aku nak melayan.Biarkan saja.

Moga kau bahagia tak menyusahkan sesiapa.

Hatiku hati batu Hatiku hati kering.Terserahlah mahu jadi apa.Mahu bikin apa.Teruskan saja.Asal kau tak ganggu hidupku.Masih bertatih menjadi insan prihatin...semoga tak menyusahkan sesiapa jua buat diri.

Masih bertatih...

220620151043PM
MONDAY.
HOME SWEET HOME

4 Ramadhan 1436 H : Manja *Pic


Ramadhan ke 4.

Terasa diri begitu berat melangkah ke mana saja.Bila mana ada yang peduli bagaikan tiada lagi pandai berdikari.Bila mana ada yang beri perhatian tiada lagi rasa simpati.

Kerasnya hati.

Maafkan aku kerana tak membantu.

Kan ku pergi lalu kembali membawa ilmu harta dan nama.

Nantikan.
Moga bahagia di akhirat sana.

210620150528PM
SUNDAY.
HOME SWEET HOME

3 Ramadhan 1436 H : Tadarus Al Quran *Pic

Mengimbau kenangan.

Pertama kali tadarus di perantauan kini kembali tadarus di kampung halaman.

Lain orang lain ragam lain latar belakang bermacam ragam.

"Dia main langgar je.. "

Masih terngiang-ngiang di telinga seperti sinis kata-kata namun ku tahu ia tak bermaksud.
Perasaan saja yang mudah tersentuh.

Namun itu dulu,

Kini semakin kebal.Tiada apa perlu dimalukan untuk kebaikan diri namun terkilan andai menegur namun tak membetulkan.Kritik menjatuhkan perasaan merendahkan harga diri.Mujurlah tidak menghancurkan.

Masih aku punya rasa.

Moga kekal tsabat membetulkan apa yang salah meluruskan apa yang tersasar.Membina jati diri yang teguh utuh buat diri.

Individu muslim tak semudah yang dijangka kerana hidup tak terjangka.

Aku punya mimpi.. Aku punya impian.. Moga termakbul suatu hari nanti..Ku mohon yang terbaik dari ilahi.


20062015
SATURDAY0455PM
HOME SWEET HOME

2 Ramadhan 1436 H : Mendidik hati *Pic

Mendidik hati.

Dari ramadhan ku kenali diri sendiri.

Betapa selama ini bukan hanya syaitan yang membelenggu diri namun dari hati yang tak kusyuk mengingati ilahi.

Betapa ku sedar kemalasan itu datang dari diri sendiri.Betapa ku tahu fikiranku menerawang kerana diri sendiri.Angan-anganku kerana perangai sendiri.Dan ku termenung tak pernah berhenti.

Menghakis jahiliah yang bersarang dalam diri umpama menghakis jerawat di muka yang tumbuhnya tiada henti.

Tak semudah ucapan tak seringkas perbuatan.

Mujahadahku melawan nafsu terkadang rebah tanpa alamat.

Mujahadahku terkadang terbengkalai angkara nikmat.

Namun mujahadahku demi kebenaran takkan pernah terhenti selagi bertakhta iman di hati.

Moga husnul khatimah buat diri.

190620151205PM
FRIDAY
HOME SWEET HOME


1 Ramadhan 1436 H : Merisik Khabar

Ramadhan kali ini.

1436H/2015M.

Dapatku luangkan masa di rumah sepenuh masa.

Full Time Housedaughter.

Terawih di masjid.

Moga beri erti ramadhan kali ini.Begitu sayu hati ketika ini mengenangkan detik ramadhan tahun lalu.Betapa indah dan nikmatnya tatkala hadirnya hati dan roh ketika ramadhan tiba saat diri sendirian di kejauhan.Jauh dari family dan mereka yang benar-benar mengasihi kerana ilahi. 

Rindukan kenangan bertadarus bersama mereka yang lembut menyantuni mengajarkan diri yang buta tuli akan tajwid.Sungguh aku rindu.

Tak puas mengutip ilmu.

Walaupun seketika manisnya sungguh terasa kerana syukur doaku dimakbul ilahi.

Dalam setiap sujud tak pernah ku jemu meminta dikurniakan sahabat solehah.Walau seketika detik mereka hadir sudah cukup menggembirakan hati ini.Alhamdulillah Segala Puji Hanya BagiMu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Wadud.

Detik kematian,

Setelah ku tinggalkan tempat itu..kedengaranlah khabar musibah banjir.Juga kehilangan seorang insan yang pernah ku kutip ilmu perihal bekas spesimen darinya.

Al-Fatihah,Semoga rohnya dicucuri rahmat ilahi.

Sayu jua buat 2 kenalan ini,

Seorang trendy dalam fashion terkini,sungguh baik hati tak pernah jemu membantu.

Seorang solehah aktif mendidik masyarakat,tinggi ilmu tabah hatinya.

Mereka kehilangan ayahanda mereka dalam sekelip mata.Ramadhan kali ini dilalui tanpa ayahanda mereka di sisi..

Dari kejauhan ku merisik khabar.. Dari kejauhan ku mendoakan..semoga kekal tabah!
Ampuni daku.. Maafkan aku..sukar melupakanmu..Moga hilang rasa ini bersama hilangnya waktu yang takkan kembali lagi.. Demi CintaMu Padaku Ya Ilahi Ku Mohon Yang Terbaik Buat Hati.

180620151204AM
THURSDAY.
 HOME SWEET HOME.

✰ Tafsiran berbeza ✰

Bismillah,

TAFSIRAN berbeza

Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau meninggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,..
Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah  meneruskan perniagaan ayah. Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;

1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang.
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari.

Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju.
Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,

Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ?

Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si adik :Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran.Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah.

Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya.

Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin  hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ?

Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah.

Si ibu : Apa ayah mu pesan ?

Jawab si abang:Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai.Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari.

Moral of the story

Perbezaan mentafsir sesuatu perkara menjadikan arah hidup yang berbeza. Kalau kita kata ibadah itu hanya lah di tikar sembahyang semata-mata, nanti kita akan meninggalkan kewajipan mencari nafkah terhadap keluarga, kewajipan terhadap negara dan ummah keseluruhan nya.

Jadi, belajar lah dari ramai guru, banyak membaca untuk tambahkan ilmu, minta Allah swt beri petunjuk, mohon Allah swt bimbing kehidupan kita, semoga Allah swt memberikan hidayah & taufiq....

Mudah mudahan, dengan kefahaman yang betul, kita di muliakan oleh Allah swt di dunia dan di akhirat. Nabi Muhammad sa, pernah bersabda;

"Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman".

Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin
Pesona D'Zahrah
IKIMfm

✰ Hijab pada Wanita ✰

Hijab wanita itu ada empat ...
Hijab pada wajahnya,
Hijab pada matanya,
Hijab pada suaranya,
Hijab pada hatinya,
.
Apa ertinya?
.
1. Hijab pada wajah
- Jangan sampai wajahnya mengundang fitnah. Kecantikan adalah buat suami, bukan pameran untuk lelaki ajnabi.(Bukan Mahramnya)
.
2. Hijab pada mata
- Jangan matanya memandang lelaki lain selain muhrimnya. Solehah yang hakiki, tidak dipandang,tidak memandang.
.
3. Hijab pada suara
- Jangan dilunak-lunakkan dengan tujuan memikat dan mempersona.
.
4. Hijab pada hati
- Mengingati Allah Ta’alla .. dengan tasbih  subhanallah, alhamdulillah dan Allahu Akbar.
.
[ tutuplah auratmu ukhti sebelum auratmu ditutup dengan kain kafan.]
.
Subhanallah Wabihamdihi

#MuhasabahDiriBersama :)

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net