✍ Mengintai di tirai mikroskop


Serius nak berblogwalking tapi internet serius lembap.Maafkan saya nanti saya cuba berblogwalking kembali.Tengah mencari package internet yang terbaik.Perlu melabur sikitlah demi assignment yang mendatang especially blog.Hahaha.

Ok bye!

Salam jumaat uols! Hari ni ada satu je kelas tutorial iaitu basic pathology sebelah pagi.Alhamdulillah so then sebelah petang macam ni memang sesuailah untuk berblogging itupun kalau internet laju.Sangat heaven lah tapi kalau begini alamat sabar je lah.Dapat post satu entri pun dah kira bersyukur.

Hari ni just buat revision untuk refresh balik otak kitorang untuk kenal balik histology cell under microscope.Masa ambik anatomy sem 1 ada lah tengok dan buat assignment tentang ni tapi maklumlah ..haha.Revision ni penting sebab bersangkut-paut dengan subject basic pathology ni.Nanti tak adalah terkial-kial nak tahu structure mana yang kena kanser.Dan macam mana rupanya structure normal tu lepas kena kanser.


I love to view it! Nampak cantik giloss.Kalau boleh nak jadi pathologist or something like someone yang observe cell saja.Dapat bezakan dan kenal setiap detail tu pun dah rasa..waaah! Haha..sebab tu la decide nak teruskan degree dalam bidang ni but tak tahulah pathway dia betul ke tak..but kalau dapat kerja tak lari dalam bidang ni pun kira bersyukur dah.

Tak adalah rasa macam terkilan kan.Semoga dipermudahkan kerja in future still dalam bidang ni.Allahumma aamiin.

Eh.terbuat confession pulak.

One of the slide yang dilistkan untuk view pagi tadi.

Hi! I'm a muscle!
Sebenarnya cantik lagi view dia ni.Tapi macam biasa kamera henset yang tangkap and light dia asyik lari fokus je so dapatlah view yang ni.Bolehlah..still nampak lagi.Tapi kalau zoom lagi sampai 100x magnification memang superb! Nampak jelas characteristics dia.So bolehlah jelaskan dia muscle apa and segala characteristics dia macam mana etc.

Tapi kalau yang memang dalam bidang ni tengok view ni pun dah tahu ni muscle jenis apa.Haha.Macam tadi each group kena ada wakil sorang present kat depan jelaskan setiap characteristics cell yang di observe macam mana.Nasib baiklah sesat sorang classmate lelaki dekat group kitorang tadi,dia ni memang suka bab-bab volunteer gini.Selamat wa!

A bunch of slides! 

Hahaa..betul tak penjodoh bilangan english aku tu..btw ni antara slide-slide yang ada.Saja nak tunjuk skettt.

Ok la dah pot pet pot pet..nak bagitahu sikit apa maksud pathology ni.Pathology ni terdiri daripada dua perkataan iaitu pathos and logos.Pathos ni maksudnya suffering and logos of course la maksud dia study!.So maksud pathology ialah belajar penderitaan! eh.Haaha..no la..inilah dia kajian tentang penyakit.!

Penyakit ni mempunyai banyak kategori antaranya sebab genetic but kalau nak cerita boleh jadi panjang lebar lagi so..kena masuk kelas lah ! haha..cukup la sampai di sini saja.

Till then!


☂ Hati sedang sakit ☂

✍ Almost a week as student


Happy Thursday! Have a nice day uols

Say hi! to my friend over there..hihi,,

I'm here!Online from library.Thanks to college wifi so i can update blog.Wehuu! Today i have no classes.Again.Woah.Heavenly right?Maybe just for this week.As this week the classes only for introduction to our subjects.So then we used to the topics that will be teaching to us.Again..i'm taking risks to add subject that related to research with senior batch as i'm a credit transfer student.

Actually that subject requires a lot of reading of journals and proficient in english instead me..you know..well..emm..but..by hook or by crook..i want to continue taking this subject as i want to challenge myself for the better outcome.Now or later it does'nt matter as i think its depend on myself after all.

For now all of the subjects are quite fun and interesting.Hope i can do better for this semester.As i need to rescue my cgpa.Duhh! If you know..

Yesterday evening me and one of my housemate going to rooftop of our home rent home.

the one of side scenery from rooftop!
So refreshing! A nice one for our study and BBQ maybe? or reading a book..like this one!

The other side of coin!
Until now i'm not even finished it yet! haha..but well..the book really inspiring me a lot..and i got a little confident from this book.So i continue to read this book consistently even in a short time everyday.Even after you finished this book you will not get bored to repeat it.Cuba lah!

After some time of refreshing our mind and heart..ceewah!..we back to home! but before that let's get some of sunlight view! subhanallah.The view of sunlight from here was really nice! but pityful that the camera can't catch up the sunlight fully.Just me after all.Lols

Hi! acah-acah shine bright like a diamond!

Thanks to my housemate for taking the pictures.

That's all for today.See ya later! Hopefully.

Till then.


✍ Menjadi Seorang Yang Professional Dan Beretika


Hi!  Beberapa minit lagi sebelum kelas bermula.. Update sat guna wifi kolej. Hehehe. 

Tadi  baru je selesai kelas pertama buat minggu ni.Boleh tahan! Cuak jugaklah dengan topik-topic yang Akan dipelajari selepas ni.Tapi serious best lecturernya sporting main cakap lepas je.. Tak sensored langsung.. Haha.. 

Nice one. 

Topics all about to handle and deal with people and situation that related to our Course field. 

Just like the title above. But the much more scary  is nanti exam xde McQ!!Essay saja.OMG!

Looking forward for the next class! 

Nak cerita panjang tapi update guna mobile phone je kan.. So redha je  la. 

Till then. 

U Corridor

Road to Sem 3 !


Happy Monday! Yeah.Have a nice day! I'm online now from Home Rent Home.Lol.How i am now? dont know yet as i did'nt have any classess today..so horeyy! I'm online using hotlink package but the package is super slow.Why r.Cheap maybe? Lols.Maybe uols have another suggestion for better connection?

Let's story about yesterday.Yah! I'm packaging all the things from saturday.And just in Sunday i got all the things fully prepared.So early in the morning i'm got to go! Bye bye home sweet home!Early as 6.30 am after Subuh i just arrived to the bus at nearer village as my village did'nt have public transport.So sad.

Let's selfie first!

Hi! hahaha..

Look around you..can't you see the wonder?..watch your back!

no one lol!

Am i super fast or not even one want to go to uptown? ding! Sharp at 7 o'clock in the morning..the bus is started to move.".tayar bas berpusing..pusing..pusing..pusing..sepanjang hari.."..omg..rindu hana.. .Then after that uncle bus is stopped by at the mamak restaurant for a while to sip a tea maybe.Bukan nak ajak..tinggal aku sesorang dalam bas..hahaha..Then! at the same time the other passangers come and said.."nasib baik tak terlepas..

I need to ride the bus for going to another bus in uptown so i can go to another state.Finally i'm arrived at uptown and going to takes another bus for going to another state.My destination to that another state take about 1 hour only.As soon as i arrived,i got to get the monorail and..

here i am !

Mercu tanda negara

After another one hour i'm arrived at KL Sentral to take another public transport.Such a long journey huh.Not really la.This time i need to take ktm to arrive at my one and only destination.Home rent home! Gituhh.As soon as i arrived there..you know what! No way man!..so many people ..crowded woah! I can' stand to just take the ktm with a lot of people there.So crowded like in a sardine tin. 

Then..i just have to bear another 45 minutes for another train arrived.So bored..but it did'nt take so much time for being boring alone as ..suddenly a sister from Tanjung Malim came to sat beside me then making up stories.She was actually with her parent came to visit her sister for having dengue but first time take ETS and ktm for going to her sister house.

Chit..chat..chit chat..and a while later..a chinese guy came to us and chat along with us..he was also did'nt stand to just waiting the train and super boring.Then the main point of our conversation is..how come we have to wait another 45 minutes but not less than that so we did'nt waste our time just waiting like that..such a wasteful time!! 

Hope government can take the issue seriously.How can the people wanna take the public transport when the public transport not even availaible in a short time.

And now alhamdulillah.

Again..I'm here !..and tomorrow starting to classes..pray for me! Thank you dear..muahh!

So sad to said that blogwalking stopped for a while.Focusing much on story-morey and studying.Not having so much time.

Thank you for stay reading.

Till then.


✍ Till then


Wuuwuuu..sedihnya nak tinggalkan home sweet home.Esok kena bangun pagi-pagi naik bas.Huuu..jalan sesorang lagi.Masa dah time!.Tapi saat-saat akhir rajin pula mengedit blog kan..amacam..cantik tak?..hahaha..

Last blogwalking and post ni terakhir buat malam ni .for now la..maybe esok tup tup dah up entri kott la..haha..Mana-mana blog yang tak sempat jenguk tu tunggu naa..nanti saya terjah.Claim je entri mana yang tak dibaca lagi.InsyaAllah nanti ada masa saya selongkar habis-habisan entri uols! Haha..gituhh.

Nak kena kemas barang apa yang nak dibawa.Malas nak bawa banyak-banyak nanti berat.Naik pengangkutan awam la katakan.Bertukar dari satu transport ke satu transport yang lain..Fyi,perjalanan esok hari dimulakan dengan bismillah kereta disambung dengan bas lalu bertukar bas kemudian menaiki monorel dan akhirnya KTM disudahi dengan teksi.Alhamdulillah.

Yah! Touch and Go ready!

Doakan perjalanan ini. *Angkat senjata

Semoga diberkati hendaknya.

Fi Hifzillah.

Till then.


Dear Mas #3

✍ Andainya takdir internet lembap


Tweet..tweet..buka je twitter tengok Anuar Zain-Andainya Takdir trending.Jadi gatal tangan juga la nak tengok dah kenapa dengan penyanyi pujaan wanita seluruh dunia ni.Ewaah!.Rupa-rupanya beliau baru saja keluar dengan single terbaru iaitu Andainya Takdir..semua cakap lagu tu sedap..best la..sedih la..jiwa la..menusuk kalbu la....


memang..memang menusuk kalbu sungguh la..

Ini dah kenapa?

dah kenapa pulak ni..anyone? Kejap boleh tengok kejap tak boleh tengok..sempat la aku tengok sekejap tadi separuh tak habis..banyak dugaan .Almaklumlah internet siput sedut.kejap ok kejap tak.. Entah la sedih .dah tua agaknya streamyx nih..itulah tak berapa nak sihat benar.errr..Berbalik pada lagu tadi..memang nampak sedih..video nampak best tapi biasa la sensored bagi muslimin dan muslimat sekalian.

Perkara yang dipandang ringan.Aurat tetap aurat.Mengancam! Aigoo..aigoo..Tak boleh nak kata la yang saya tak berniat apa-apa..saya tak bermaksud apa-apa..saya cuma jalankan watak saya..saya tak nak hipokrit! eh.! retis sangat.Tundukkan pandangan bro.Nak hayati lagu but in the same time terbuat pula dosa kering.upps!..jatuh kopiah imam!

Banyak benda nak update tapi hanya tinggal kenangan.Tak dapat update on time then jadilah ia draft seumpama pekasam.Dan alhamdulillah yang ini boleh lagi update dan blogwalking lagi walaupun sedu sedan.Dah balik rumah sewa nanti berhuhuhu je la.Tapi sayang nak tinggalkan blog ni.Sayang blog ketat-ketat.!

Mana nak ceghita lagi kalau bukan dekat sini kan..so then..pandai-pandailah i cari alternatif  nanti.


One day and half more to goo! T_T

Google Image
Till then.


☂ Selesai solat,duduklah dulu...☂

✰ Rancanglah Kematian Dengan Sebaiknya ✰

Sibuk kejar kehidupan dunia?

wang berguni pun tak cukup!

Kerja sepenuh masa. 

Rindu orang itu, orang ini.

Cemburu orang itu dengan orang ini. dengki hati jadi mainan 

Lewat bangun solat subuh,

 tapi lebih risau lewat nak pergi keje.

 Tak risau sangat solat lambat. Balik rumah dah lewat, solat asar ke mana, solat maghrib ke mana. 

Perut lapar, cari makanan.

 Duit takde, pergi bank. Rasa tak tenang, ada benda tak kena, pakai earphone, dengar lagu apa-apa. 

Duduk di kawasan lapang, tenangkan fikiran. Al Quran tak bersentuh, masjid tak jejak.

Benda sama lagi dibuat.

 Sambil online, tiba-tiba terbaca satu tweet,

"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat."

Tanpa rasa tersentuh, hati mula kata,

 "Benda dah selalu diingatkan.
Aku tahulah Allah tu Maha Melihat. Malaikat tu sentiasa mencatat."

Teruskan dengar pula lagu Mr Saxobeat, online lagi. Main game.
Tanpa rasa diperhatikan, sebenarnya malaikat maut daripada pagi duk pandang kita.

Terbangun solat subuh lewat, Allah tahu. Malaikat kiri kanan tahu. Malaikat maut pun tahu.
Sambung dengar lagu Starships pula. Sibuk-sibuk dengar, mulut pun ikut sekali menyanyi. 

Baca Al Quran? Ala nanti-nanti boleh.

Malaikat maut menjengah lagi.

Tiba-tiba terdengar azan. Tengah syok online ni. Tengok jam. Awal lagi. Teruskan online dulu, lagi sepuluh minit solatlah. !! sepuluh minit, tengok jam, cipta alasan lain pula. Sampai dah tinggal lima minit waktu nak habis, baru pulun lari pergi wudhuk, nak solat.

 Itu Alhamdulillah solat. Yang terus tak solat sebab alasannya dah terlewat? Guane tu?

Malaikat maut ziarah lagi.
Nasib tak nampak je malaikat maut tu. Kalau nampak, confirm masing-masing tak ada masa nak buat benda lagha. Setiap masa pun nak buat baik je.

Baru nak tutup mata, nak tidur. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu. Ah sudah.

 Siapa pulak nak kacau aku ni.

"Nak apa?"

Kasar intonasi.

 Bengang kononnya ada orang kacau waktu mengantuk ni.

"Nak nyawa kamu. Masa kamu di dunia sudah tamat. Wahai anak adam, ini adalah waktu pertemuan kembali antara seorang hamba dengan Pencipta segala ciptaan"


Ah Macam mana ni. Aku belum sempat baca Quran. Aku dah lama tak solat taubat. Solat aku yang lepas-lepas ni yang aku sengaja tinggal nak buat macam mana.

Mati mana boleh tangguh lagi. Aduh. *tepuk dahi*

Esok dah janji dengan kawan nak main futsal. Dah janji nak mesej awek. Esok kena hantar paper work, deadline.

 Macam mana ni.

Lalu malaikat maut pun masuk ke dalam bilik.

Dengan muka cuak, cuba merayu mohon ditangguhkan waktu mati. Kita lupa, malaikat maut itu sentiasa memerhati. Tunggu masa nak ambil nyawa. 

Selama ni leka dengan dunia.

 Bila tiba hari kematian, baru yakin yang mati tu bila-bila.

 Tapi.... semuanya dah terlambat.

Jadi, mulai dari sekarang. 

Rancanglah kematian sebaik-baiknya.

 Nak mati dalam keadaan sudah bertaubat, atau nak mati dalam keadaan sibuk buat maksiat? 

 Tepuk dada, tanya iman.


Cadangan diperlukan ! #Bajet 2017 ( 21 Sept 16 )


Click On Banner

Cepat-cepat PM nak baca cadangan kita tu.Mana tahu cadangan kita diterima dan diguna pakai.Dapat juga sedikit sebanyak menyumbang ke arah kebaikan negara.

Terlambat pulak promote.Esok dah last! Cepat! cepat! Siapa cepat dia dapat siapa lambat tak mendapat la jawabnya.Hoho.

Lepak sana pun best jugak.Nak tahu jugak cadangan rakyat Malaysia ni macam mana kan.Haha.Bagus buat macam ni barulah rakyat dapat salurkan idea-idea yang bernas untuk negara.Tak adalah terkilan duk terkulat-kulat tak setuju tanpa dapat salurkan dengan cara yang betul.
"Adalah penting untuk Kerajaan tampil dengan sebuah bajet yang bercita-cita tinggi, namun sesuai, bagi menentukan langkah yang tepat demi pertumbuhan negara ini" - Najib Razak


Ayuh sambut kepulangan wira Paralimpik kita ! (22 Sept 16 | ETA 3 PM )


Setelah pencapaian terbaik daripada atlet paralimpik negara kita mengharumkan nama negara Malaysia di mata dunia.

Baca : (Update) Malaysia Meraih Pingat Emas Ketiga Negara Dalam Paralimpik Rio 2016 !

Tak lupa juga buat atlet olahraga negara yang Siti Noor Radiah Ismail yang menghadiahkan pingat gangsa menerusi acara lompat jauh wanita T20..read more

Dan semua atlet paralimpik yang berusaha gigih demi mengharumkan nama negara.! Anda semua terbaikk!

Kini tibalah masa untuk kita meraikan kepulangan mereka bersama-sama! Saat yang amat dinanti-nantikan bakal tiba ! Ayuh! beramai-ramai meraikan atlet paralimpik negara! #MerekaLuarBiasa

Atur cara Majlis

Peta untuk ke Setiap Lokasi

Credit : @TeamMsia @MISIM_MY @Khairykj

Susur Masa Evolusi Blogging


Okaylah nak share info yang dapat daripada twitter @seanrazak.Lepas ni maybe banyak la info-info bersumberkan daripada twitter yang akan aku share dekat korang.Haha..Maklumlah orang baru buka twitter gamaknya.

Yang lain view sendiri lah,i nak highlight kan blogger je.Kitakan pengguna blogger..hehe.Blogger rupa-rupanya mula ditubuhkan pada tahun 1999..haaa..masa tu aku tadika lagi weh,..kalau tahu masa tu jugak aku dah berblogging kott..haha...banyak la..masa tu mana tahu apa-apa lagi pasal internet ni semua.huhuhu.

Berbalik pada penubuhan blogger.com.Blogger ni ditubuhkan oleh syarikat Pyra Labs di mana owner dia ialah Google bermula tahun 2003.Suatu laman web yang tak perlu dibayar.Free of charge je.Cuma dulu adalah sekejap dia minta donation daripada users sebab nak beli server baru.Dan huru-hara sekejap sebab semua pekerja cabut.Yelah gaji tak berbayar nak makan apa pula kan.Nak tahu lagi? boleh baca dekat sini.

So,kita bolehlah nak meroyan dekat sini banyak-banyak.Takde sapa pun nak marah.Antara orang nak baca dengan tak je.Haha.Ok la takat tu ja la nak ceritanya.Sekian dahulu.

"Pyra was co-founded by Evan Williams and Meg Hourihan. The company's first product, also named "Pyra", was a web application which would combine a project manager, contact manager, and to-do list. In 1999, while still in beta, the rudiments of Pyra were repurposed into an in-house tool which became Blogger. The service was made available to the public in August 1999. Much of this coding was done by Paul Bausch and Matthew Haughey."

Credit : @seanrazak | Wikipedia 

✍ Tweet..Tweet..Waktu terus berjalan


Tik tok tik tok.jam berdetak-detak...minggu depan dah nak balik rumah sewa..tskk..tskk..tskk..selalu la macam tu..bila dah lama duduk rumah rasa nak balik rumah sewa..bila dah hampir tiba waktu nak balik..rasa macam tak nak balik lagi..huwaaa..sedih..sedih..mengapa begini jadinya..oh my home sweet home..

Meninggalkan yang dikasihi demi meneruskan perjalanan hidup sendiri.

Dan masa nak hampir ni lah rasa macam tak berapa nak sihat jugak.Semoga semuanya akan baik-baik je.Waaa..nanti tak tahulah akan dapat update blog macam selalu lagi ke tak..namun i akan cuba la setakat mana yang mampu.

Maybe and have to be subjects sem ni agak tough.Lagi-lagi i tak fluent Bi.Berterabur ! Kena struggle sikit nak tebus kesalahan sem-sem yang lepas.Minta maaflah kalau nanti dah jarang berblogwalking dekat blog uols.Even now dah slow dah sikit.

Kena jadi lebih serius dan tak main-main.

Banyak benda yang nak diceritakan tapi semua jadi draft.Haha..entah macam mana boleh tak sempat nak publish entah.Asyik tergantung je buat entri.


i dah ada twitter! Baru je buat..haha.Mula dah terbukak hati nak buka balik laman sosial.Tapi tak tahu la bertahan sampai bila ni.

Mai la follow @Mas_FVOME kalau rajin.

Oh ya sedikit info..kalau korang nak link kan entry korang ke dalam twitter secara automatik bolehlah pergi ke Twitterfeed.Com .Sign up guna blogger pun boleh then masukkan url dan link kan ke twitter.Done.

Peace! Till then.


Dear Mas #2

✍ Kala Malam Bulan Mengambang


Mata dah mamai tapi nak update blog sat la.Seharian tak update.Tak rajin dan malas nak ceghita.Huhuhu.


Baru je balik dari melawat wan dekat hospital.Al kisahnya wan kena serangan sawan lantaran komplikasi stroke terdahulu.Please,doakan yang terbaik buat wan.Kesian wan.Doktor hensem masukkan tiub tadi untuk beri ubat.Sedangkan stroke sebelum ni dah pernah kena dan wan sangat tak selesa dengan tiub tu.

Tadi pun wan tidur je..tak buka mata langsung..penat agaknya.Badan pun tak berdaya.Maklumlah umur pun dah 80 ke atas.Tapi still kena cucuk sini sana masukkan ubat la..diambil darah la..mana la nak terdaya dah..termuhasabah diri..macam mana lah aku dah tua nanti..macam tu jugak ke jadinya?

Hoping never be like that.Biarlah habiskan sisa-sisa usia dengan aman.

Dan tadi nampak sesuatu yang menyentuh hati.

Kelihatan jiran depan katil wan sebelah tingkap sana ditemani anaknya dengan penuh sabar.Orang tu pun stroke.Jarang tengok anak muda-muda macam tu sabar je layan mak dia.Pangku mak dia..urutkan dada mak dia sedang mak dia tak berdaya..seyes..menyentuh hati..nampak aura anak solehah kat dia..harap aku juga boleh jadi macam tu.


Google Image

Dalam perjalanan balik tadi nampak bulan mengambang! Tapi tak bulat sangat shape dia...mak aku pun nak ambik la gambar tapi tak jelas..sampailah satu tempat tu..Angah berhenti semata-mata nak biar mak ambik gambar..

Sebaik saja kereta berhenti aku terpandang papan tanda yang dah jatuh dan kemek sebab kereta langgar..alamak aiii...tempat eksiden plak abang aku berhenti.!! Mulalah macam-macam cerita seram muncul dalam benak.


"Eh..kenapa kamera mak ni lain macam?.."

Sambil tunjuk dekat aku mak cakap dekat ayah.

"Abang..macam ada benda terbang haa.."

Apa pulak mak ni..adoyaii..aku cuak dahh..penakut kott..aku tak tengok pun kamera mak aku cuak punya pasal..kitorang cakap la henset mak murah tu nampak pelik pelik..aku pun cakap ..mengarutlah..mak ni dah mengantuk ni tu yang cakap bukan-bukan je.

Nak sedapkan hati sebenarnya.Haha.

Rasanya memang tak ada apa pun.Takut je lebih..Yalah dah la jalan kiri kanan hutan..tak ada apa-apa..sherammmmm!..tempat eksiden pulak tu ..tu lagi satu menyumbangkan aura cuak je.Hahaha.

Telefon cikai so view malam tak cantik nak tangkap gambar bulan.Kalau korang nak tengok..pergilah bukak tingkap tengok kat langit.Kita berada di bawah langit yang sama dan memandang bulan yang sama..kuiikuiikuii.

Till then.


Dear Mas #1

Ceritera Aidil Adha 2016 Part 1

Selamat hari raya ! Hari untuk kita bersuka ria!.

Adoiii..lemah nak tulis balik..haha..

Baca : ✍ OMG ! 

lagi-lagi cerita yang dah basi..lebih sehari pun dikira basi dah bagi aku ini kan pula dah berhari2.Hahaha.Takpelah bagi tak menghampakan para peminat then aku ceritalah apa cer la hari raya aku ni.Haha retis sangat kauu! Well,my blog so sukatilah! haha.

Maaf Kakak2 Pak cik2 yang baca blog ni.Ayat mintak kaki plak.

Al kisah maka tersebutlah kisah ..

Petang itu semua sanak saudara bertungkus-lumus menyiapkan pelbagai menu hidangan sempena menyambut Aidil Adha keesokan harinya.

Hidangan utama yang tak mungkin ditinggalkan semestinya rendang daging ! Diserikan lagi dengan rendang ayam,nasi impit dan kuah kacang.Tak lupa buah tangan daripada Pak Su iaitu lemang dan juga Mak Lang dua jenis kek dan rendang daging nogori.!Sodapp! Cam gini hah! Simpe2 ajo.

Pagi Raya Pertama

"Alamak aii tudung ni...carik pasal pulak dengan aku!!.." Boleh pulak orang dah lambat nak pergi solat sunat hari raya dia buat hal..Adoii laa..omaigad! omaigad!

Kedengaran enjin kereta mengaum di halaman rumah.

Tidakk!! Pak Tih nak pergi dah sedaya upaya aku betulkan tudung cepat-cepat dan akhirnya!

Aku ditinggalkan ...T_T

..sabar..sabar .. jangan risau.! masih ada harapan..Pak Lang tak pergi lagi so bolehlah aku pergi dengan Pak Lang ! Yehaaa...! Aku slow down sikit bela tudung..tadi dah macam apa entah tudung tu.Tengah elok-elok nak cantikkan tudung pin siti situ sana sini aku dilaung !

"Akak ..dah siap belum?Pak Lang nak pergi dah"!

Haaa? Omaigad!omaigad! Tudung tak betul lagi ! Hey tudung masa ni la kau nak cari pasal dengan aku! Huwaaa..huwaa...itu la nak sangat pakai tudung cantik-cantik.Kan dah selekeh jadinya.Menyesal dahulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna lagi.

Nak tak nak terpaksalah pergi dengan muka tak siap.Eh..tudung tak siap.Elok je sampai masjid takbir raya pun berkumandang.Ramainya umat..sampai melimpah ke luar masjid..sembahyang raya Aidil Fitri lepas ramai jugak tapi tak la seramai ni.Ramai anak-anak balik raya agaknya.

Segannya...takdak perempuan yang lewat..aku sorang ja!..maka tersipu-sipu kucinglah aku jalan pergi ke tempat perempuan.Pedulik! Jalan laju-laju tak pandang kiri kanan dah..tapi umat adam kat depan oiii atas masjid nuh.Ok ibarat resmi padi menunduk..so..aku tunduk la jalan lelaju..tundukkan pandangan oiii!.

Elok sampai tempat perempuan semua  pandang !

Apahal? aku berinteraksi guna isyarat tangan dan mimik muka dari luar dengan sedare kat dalam.


Huwaaa...tempat dah penuh rupanya ! muat2 je untuk dorang..takdak ruang dah.Jadi how? nak patah balik ke rumah ke ni? Malu lak aii..takkan aku nak solat sesorang dekat luar ni oii...nasib badan daaa...takpe takpe tunggu sekejap mana tahu ada lagi mak cik yang lewat.Kira-kira imam tengah bagi arahan macam mana nak buat solat sunat hari raya..datanglah sorang mak cik ..alhamdulillah.

Bolehlah berjemaah bersama di luar ya mak cik.Hahaha.Lepas semua rapatkan saf dekat dalam kawan mak cik tu panggil pulak suruh masuk dalam.Katanya ada satu lagi ruang kosong..


Google Image

To be continuee...


How to comment without reloading the page?


Hi! Ok sebab nak tulis dalam BM memang panjang bebenor lepas tu nak tulis dalam BI ayat memang habis tunggang langgang dan aku tak nak merosakkan mood korang daripada membaca so aku buat ayat biasa *konon. Caca marba jugak..arghh! peduli itu semua..yang penting selesa..hahaha..

Yang ni bukan aku nak ajar tapi aku nak tanya yang pro-pro dekat sini.Sudah lama ku pendam dan ku mencari tetap tidak ku temui..ah! sudah berdrama pulak..ayat melayu purba bak kata sis Reen..hahaha..tersedak minum air..maaf ..maaf..let's be straight..don't corner..corner..hehehe..

Sehari dua ni mood swing aku datang menyerang maka ribut taufan lah blog aku dan tunggang langgang jadinya.Nak tahu apa jadi? Haa..korang kena datang lawat selalu la..malaih aih nak cerita.Pada yang selalu jenguk sini mohon ampun dan maaf tak ada sempena hari apa-apa.Minta maaf la kalau setiap kali datang setiap kali tu ada je yang lain..Jeng..jeng..jeng!

Harap tak heart attack la yer.Memang gini perangai budak ni sejak dulu lagi.Hahaha.Eh..cerita lain pulak..tak fokus betul...
itu la pompuan..ish3...eh! Okay..okay !..Maii tengok apa yang aku nak tanya sangat tu.Ala kalau korang translate tajuk pun dah boleh tahu dah.


Masalah bahagian komen iaitu kita komen sesuatu entri tu tapi yang hampehnya bila komen habis page reload semula semata-mata nak tunggu komen tu published.Ini kalau time internet siput sedut memang aku tinggalkan terus blog tu.


Antara contoh blog hampeh tu ialah From View of My Eyes ! Bila dah komen and nak publish terus page reload.Duhh! Bikin berasapp.


Antara contoh terbaik blog yang kita komen tapi page tak reload ialah Sebarkan Bahagia cuba korang pergi komen dekat sana and tengok perbezaannya.

Did uols felt the different ? Or is it just me?.

So i do want to ask uols,

How to comment without reloading the page arr?..aiyaa.


♪ Tepat ke situ ♪


Senyap sunyi buat seketika.Menyendiri mencari erti.Terlalu banyak yang ingin diceritakan.Terlalu banyak perkara yang difikirkan.Namun terlalu payah untuk diceritakan.Namun terlalu sukar untuk dihentikan.Maya wadah buat mencoretkan segala namun bila tiada rasa sukar untuk diceritakan.

Bukan aku tak sudi namun ia tidakkan boleh dipaksa.Sendiri ia datang sendiri ia pergi.Dengarkanlah rayuan nurani duhai hati.Ke manakah dirimu pergi tak henti.Sesal masa terbuang namun sering berulang.Takkan henti.Takkan henti.

Berikan waktu.Berulang waktu memberi waktu namun tetap begitu.Apakah kesudahannya.Walau terpaksa jasad tetap perlu teruskan jua sehingga sampai tujuannya.Bukan kehendak namun keperluan.Bukan mainan tetapi ia adalah kewajipan.

Untuk kesenanganmu jua di sana.Tepat ke situ.

Ke situ.

Bersihkan hatimu.


Sejarah Hari Malaysia 16 September 1963


Google Image

Fakta Mengenai Hari Malaysia
Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6.
Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.
Singapura dikeluarkan daripada Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj merangkap Perdana Menteri Malaysia yang Pertama pada tahun 1965.
Credit : Wikipedia

Salam Jumaat guys !
Maka dengan ini saya tidak ketinggalan turut ingin mengucapkan..selamat hari Malaysia Malaysian people ! Malaysia Boleh.!
Semoga Malaysia terus dalam keadaan aman dan harmoni.Bukan mudah mencapai kemerdekaan dan kata sepakat sebulat suara apatah lagi dalam negara yang berbilang bangsa di Malaysia ini.Jangan mencari pasal dengan membuat provokasi dan menghina sensitiviti kaum atau parti yang tidak sama dengan kita.Jika tak setuju salurkan pada saluran yang tepat.Love! Peace !

☂ Hargailah guru ☂

✍ OMG !


Hi! Baru ada mood nak menaip ni haa.Haha..habis sudah digodam blog dan tukar lagu banyak kali.Tak tahu mana satu nak letak.Semua i suka.Oh sukarnya membuatnya pilihan yang dekat di hati.Akhirnya Hingga Hujung Nyawa menjadi pilihan tapi macam tak kena pula dengan tema blog jadi i tukar ia menjadi Permaisuri Hatiku.Jiwa-jiwa skett.

Maka selesailah sudah Hari Raya Korban kita yakni juga bersambung dengan Hari Tasyrik yang juga hari lastnya hari ni 15 Sept bersamaan 13 Dzulhijjah.

On the way mengarang cerita Raya Haji haritu.Haha..baru ada masa..ceewah..macam la buzy sangat.Hehehe..kerajinan sukar dicari tahu! dan..dalam sedap mengarang tiba-tiba..huwaaa! semuanya terpadam !! OMG!

Dugaan apakah ini.

Nasib baik aku bukan buat tesis wehhh! Kalau tak meraung la jawabnya.Sedihnya duhai hati..kena karang semula la..huwaa..huwaaa...

tukar balik la lagu Hingga Hujung Nyawa.

Hayatilah ia sehingga ke lubuk hati..



♫ Pincang ♫

Tika malam menggapai sukma
Gelombang jiwa mula terasa
Jika benar olahan rasa
Tentulah derita sepanjang masa

Benar katamu menusuk jantungku
Kudrat terasa lelah menerima
Jangankan engkau merasa kesal
Ujian tiba dengan saksama

Abaikan saja tingkahlaku
Tanamkan kudrat di dalam jiwa
Gentar hati jangan sesekali
Pincang langkah tetap maju

Al kisah cerita lain di hati
Kepiluan terasa sukar dijejaki
Cukup saja coretan di sini
Selamat Malam wahai si pemerhati


Tersenarai dalam bloglist September 2016 by Lyssa Secret!


Selamat petang.Raya dah habis..hehe..so blogging is activated again! Baru je komen beberapa blog dah kena dengan ni..

Baca : Wordless Wednesday : I'm not a robot !

Sakit hati kitee.

Okaylah yang ni nak buat entry sebab masuk bloglist kak Lyssa Faizureen or lebih dikenali dengan nama Lyssa Secret.Haa..blog akak nie banyak tutorial..kalau nak tahu apa-apa pergi je dekat blog beliau.Otai ni!..btw beliau ni x de lah akak sangat kot..muda lagi.baru 24 tahun..tua sikit ja daripada saya..hehe.

Awal September haritu Kak Lyssa ada buat segmen express.Sebab apa saya cakap express? Haaa..sebab dia buat untuk sehari je ! Siapa cepat dia dapat ! Nak buat untuk bloglist september la of course.

Baca : 웃 Pencarian Bloglist September 2016 di Blog Lyssasecret.Com (1 Sept 16 )

Jadi al kisahnya alhamdulillah.

Semua yang join dapat masuk bloglist kak Lyssa ni.

And taraaa!

Haa..nampak tak..saya ada dekat situ!..hehe.

Ok la nak bagitahu tu je..haha..bukti2.Selamat beristirehat! eh ada lagi ke orang raya hari ni? Selamat hari raya la gituh!.

Till then.


Tersenarai dalam Animasi Lagu Sudah Ku Tahu by Ucing !


Selamat hari raya ketiga!

Up entry untuk segmen ni pulak..segmen ni dah tamat 9 Sept haritu.Dalam banyak-banyak segmen yang saya sertai  segmen inilah  yang lain daripada yang lain sikit
Semua peserta yang join segmen ni akan diletakkan url blognya di dalam video Ucing.Lebih kurang 23 url yang tersenarai dalam video ni.Rugi siapa yang tak join.At least setiap kali orang tengok video ni boleh nampaklah url blog kita hehe.Nak tahu siapa yang tersenarai tu?

Baca : Senarai Tonton Sudah Ku Tahu Versi Ucing
Agaknya macam mana la rupanya url blog dalam video tu eh?
Haaa..kalau nak tahu...mestilah kena tonton video ni sampai habis dulu!
Mempersembahkan ! *Pause lagu dulu.Hee.



Menarik kan.hihi.

Alright itu saja.Till then.


Wordless Wednesday : Resit

Pemenang bertuah Segmen Nak URL Blog #25 by Mia Liana!


Opss..lama baru nak up entri.Hehe.Saya ada join segmen sis Mia Liana masa bulan August lepas.Dan segmen ni tak perlu buat entri pun.Just drop your link di comment entri ni.

Click On Banner

Mudah kan..! Rugi siapa tak join haritu.Haha.

Dan tanpa disangka-sangka rupa-rupanya ada jugak dibuat untuk pemenang bertuah segmen ni.Ingatkan buat untuk berblogwalking saja.hehe.Maaf tak blogwalking lagi..sabaq naa..nanti i terjah uols one by one!

Baca : Pemenang Bertuah Segmen Nak URL Blog #25

Seperti yang diberitahu,Url pemenang yang bertuah akan diletakkan sehingga segmen yang seterusnya .Bukan senang nak bertuah ni.Lagi pula dua blogger saja yang terpilih.Jadi tak ambik port sangat la kan..

lagi-lagi ramai kott yang join then saya tengok je la nombor penyertaan saya.Kott2 mengena kan.

Baca : Senarai URL Blog #25


Lub dab lub dab lub dab~


"aih..betul tak ni..eehh..salah kang malu..eh..tapi macam url aku je tu..aishh.."

dilemma betul!

Hahaha..macam tu la saya kalau tengok sesuatu yang tak dijangka.

Dan tetiba ada suatu komen singgah...


believe it or not! Percayalahh!! Takkan saja-saja ucap tahniah kan? haha..

Thanks to Sis Mia Liana kerana menganjurkan segmen ini.Alhamdulillah rezeki!

And now

Here i am!

But i think my url is problem same like this one la..

Baca : Could not detect a feed for this URL Blog posts ?

sebab dia tak naik title dan duduk suram di dasar bloglist itu.Sodih ko kat situ yoo..hahaha.But kalau tengok dekat About Me | Chatbox | Bloglist list Bloglist Dedicated To Followers tu elok pulak dia naik.


Cuba korang letak blog saya dalam bloglist korang kot2 la elok pulak jadinya..hahaha.Ok bye!


Could not detect a feed for this URL Blog posts ?


..As mentioned above and based on the picture..do uols have any solution for this?I just don't get this.Why is the things happen like this? It really effect the blogs because the feed will not be shown on the bloglist eventhough the blogger update the entry just now.

But still,i put the blog into bloglist and here! They became like this.Just look at the Infinite Dream..that a normal blog that have been put into bloglist.So its show the title of new update and the time of post.Meanwhile example of problem blog is Aku Seorang Traveler and abracadabra.It not show anything as suppose it be.There is no Title of new update or the time of post.

There are many more blog with same problem below there.

So..what to do?..


Terpilih dalam Segmen Hang Komen Hang Bertuah by Mek Zumbie!


Haritu saya adalah join segmen yang dianjurkan oleh Mek Zumbie.Nama segmen tu ialah "Hang Komen Hang Bertuah"! Waah..menarik kan tajuk dia? Siapa yang tak tertarik !..so saya pun join la.

Baca : ツ SEGMEN : Hang Komen Hang Bertuah (10 Sept 16)

Selepas beberapa hari maka pengumuman pun dibuat oleh tuan belog.Dan ..


Baca : 10 PEMENANG SEGMEN "Hang Komen Hang Bertuah"

Saya antara 10 pemenang yang terpilih !Tak sangka boleh terpilih and for your information header tu saya baru je buat..haha.Tak sangka pulak lepas buat header tu terus ada pengumuman pemenang daripada segmen Mek Zumbie ni.Thank you Mek Zumbie!! Masanya tepat-tepat je..tak lambat tak cepat..Just nice..rezeki header la tu dan dan je terpapar dekat blog Mek..hihi.

Takutttt..rasanya lepas ni blog saya pula kena review..wuwuwu..serammmm! Tapi tak sabar nak tahu how do i look from view of Mek Zumbie eyes! Hehe.

Jom berblogwalking! Lama dah cuti.Apa khabar la kalian

Raya sakan wooo!.

Happy Blogging!!


✍ Exhausted

Assalamualaikum Holla!

Woah Raya Korban of course been so busy for whole day before after and so on as long as the relatives all is here! and now i'm felt exhausted eventhough i did'nt do much.Well,you know la how is introvert.Quick felt exhausted around the people.Or maybe the stamina is so damn lower i think.

But of course i have fun so much ! Really excited and blooming!

Sorry i did'nt have time yet to blogwalking to blogs uols.Because i just keep updating and did'nt have much time to blogwalking.Thanks you for coming here!Don't worry later i will attack blog uolss ! After this raya !! and Selamat HarI Raya Korban again !

Want to tell about full story today.So many things i'm excited to tell about but..not now! The pictures not ready yet..and also me too!..Felt tired lorh..i want to fainting..wuuuuhh..

Also my phone is missing wuwuwuwu.. but i think its not too far..i just dont remember where i put it!..Blerghhh..I just can't brain this!..Just..let's Cool down and takbir raya..!

Alright..see ya..just want to wrote this! Let's rest for a while.

Happy Eid Aidil Adha!


(Update) Malaysia Meraih Pingat Emas Ketiga Negara Dalam Paralimpik Rio 2016 !

Salam pagi di subuh hari raya Aidil Adha.

Khabar berita diterima bahawa Malaysia memenangi pingat emas ketiga yang diperoleh malam tadi.!Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah.

Atlet Paralimpik negara, Abdul Latif Romly, menghadiahkan pingat emas ketiga negara di Sukan Paralimpik Rio apabila menewaskan pesaingnya yang lain dalam acara lompat jauh kategori T20 (kurang upaya intelektual), dengan catatan 7.60 meter (m) dalam lompatan kelima.

Atlet yang berasal dari Perlis itu dalam lompatan kedua dan ketiga dan keempatnya sahaja sudahpun memecahkan rekod dunia bagi acara tersebut, dengan catatan 7.47m dan 7.54m.

Pada Sukan Malaysia (Sukma) di Sarawak lalu, Abdul latif mencatatkan lompatan sejauh 7.46 meter, mengatasi catatan peribadi terbaiknya 7.35m yang dilakukannya di Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) 2015 di Doha.

Beliau merupakan antara atlet yang disebut-sebut sebagai prospek pingat untuk negara sebelum pemergian kontinjen negara ke Rio.

Terdahulu, Malaysia meraih emas pertama di Paralimpik Rio dalam acara 100m T36 (celebral palsy) yang disumbangkan Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, dengan rekod baharu dunia.

Pingat emas kedua negara diraih Muhammad Ziyad Zolkefli dengan rekod baharu dunia dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran). 

Baca : Malaysia Meraih Dua Pingat Emas Dalam Paralimpik Rio 2016 !

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat atlet negara Abdul Latif Romly !! #MalaysianProudofYou

Quote : "There is a plan and a purpose, a value to every life, no matter what its location, age, gender or disability."- Sharron Angle

Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 (Bahasa Portugis BrazilJogos Paralímpicos de Verão de 2016) ialah acara sukan antarabangsa untuk atlet kurang upaya ditadbir oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa yang berlangsung di Rio de Janeiro,Brazil bermula 7 September sehingga 18 September 2016. 

Credit : Astro Awani Wikipedia

✍ Selamat Hari Raya Aidil Adha !


Google Image
Selamat hari raya Aidil Adha diucapkan buat rakan-rakan blogger serta muslimin dan muslimat sekalian yang membaca entri ini. !!

Selamat menunaikan Solat Sunat Aidil Adha pagi nanti!Ingat sunat tak sarapan dulu pagi raya ni ya.Hehe

Semoga Hari Raya Haji ini memberi kita keinsafan akan erti pengorbanan yang sebenarnya.

Sabar dalam mentaati perintah Allah dan sabarlah dalam memenuhi perintah Allah.

Setiap ujian yang datang pasti ada hikmahnya.

Google Image


Malaysia Meraih Dua Pingat Emas Dalam Paralimpik Rio 2016 !


Sebaik saja selesai #WorldQuranHour sebentar tadi,negara Malaysia dikejutkan dengan kemenangan dua pingat emas yang diperoleh oleh atlet negara.Hal ini mengubati kekecewaan Malaysia yang tidak mendapat sebarang pingat emas di Olimpik Rio.

Alhamdulillah dengan berkat Hari Arafah dan kedatangan Hari Raya Aidil Adha pada esok hari dimeriahkan dengan berita gembira ini.

Lebih membanggakan, satu daripada kemenangan itu mencipta rekod baharu dunia.

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi berjaya meraih pingat emas pertama Malaysia dalam acara 100m T36 (celebral palsy), manakala Muhammad Ziyad Zolkefli pula meraih pingat emas dengan mencipta rekod dunia baharu dalam acara lontar peluru.

Ziyad melontar peluru sejauh 16.84 dan berjaya memadamkan rekod dunia yang dicatat Todd Hodgetts dari Australia sejauh 16.29m di Paralimpik London 2012.

Kejayaan ini nyata membanggakan seluruh rakyat Malaysia, apatah lagi ini merupakan satu sejarah yang dicipta oleh dua anak istimewa negara.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan buat atlet negara Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan Muhammad ZIyad Zolkefli!! #MalaysianProudOfYou!

Quote : "Kejayaan akan menjadi milik seseorang jika mereka berusaha keras dan ketidaksempurnaan bukan satu halangan.!"

Sukan Paralimpik Musim Panas 2016 (Bahasa Portugis BrazilJogos Paralímpicos de Verão de 2016) ialah acara sukan antarabangsa untuk atlet kurang upaya ditadbir oleh Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa yang berlangsung di Rio de Janeiro,Brazil bermula 7 September sehingga 18 September 2016. 


From View of My Eyes is a personal and lifestyle blog solely belong to Mas FVOME (masfvome@gmail.com).Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually release from the current situation and personal emotion of the blog owner toward the matters.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental chaotic after reading the blog post.The readers must be responsible toward their own reading source.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents in this blog is strictly prohibited for being copy and published on any social media,websites and books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

Most pictures credited to Google Image.If there is yours,please claim it to masfvome@gmail.com for the further action.