⚔ Welcome To From View of My Eyes.This is a Personal Blog.You are allowed to read the blog post as long as you have a good intention.If you're not,please leave without sound.May Allah Bless.⚔

Bukan saja-saja Kamu Diuji

Bismillah.


"Kesusahanlah yg mengajar kita erti kesenangan..fyp ni cuma latihan try and error je..kalau result negative msih bleh konvo..tapi master dan PHD buat la macam mana pun result tetap kena positive untuk konvo.."

Aku terpana.

Terfikir sedalam-dalamnya.Kalau aku tak lepas yang ni macam mana nak pergi ke peringkat seterusnya? Begitu juga ujian takkan datang kalau kita tak mampu.Ujian itu untuk menguatkan diri kita supaya mampu menghadapi cabaran yang lebih besar.Alah tegar,biasa.

Sudah jatuh ditimpa tangga ibarat diri mas'ulah.Apatah lagi diri yang terumbang-ambing seolah-olah menanti tumbang.Setelah sekian lama tak berbulatan gembira.Baru hari ini jiwa terasa terisi semula.Menumpang kasih mas'ulah orang sementara.Kasihnya dia supaya diri tidakkan tercicir di jalan yang terpilih ini.Sungguh aku rindu untuk hidup bersama dalam perjalanan ini namun terasa kekok ketika diri terlalu lama terbiar sedang diri masih bertatih tika dibiarkan sepi.

Bagai merentap hati.

"Kamu yang tepilih..mengapa kamu nak mencicirkan diri kamu?..jika kamu tidak mahu ..Allah akan gantikan kamu dengan orang yang lebih baik .."

Motivasi yang menggugah iman.

"Berangkatlah kamu mahu dalam keadaan berat(banyak alasan,sibuk,banyak kerja,assignment,tengah down,tak ada duit,tak ada transport) mahupun ringan (masa free,benda tak susah,dekat,kejap)" Inspirasi dari Abu Talhah yang ingin turut serta berperang walau sudah lanjut usia.

Maka walau apa pun keadaan kita,kita kena terus bergerak dan berjalan.Walau diri terasa tak mampu..gagahkan jua untuk berjalan.Tak cukup dengan itu saja.Berjihadlah jua dengan harta (kecerdikan,pancaindera,masa 24 jam sehari,apa-apa yang bermanfaat utk kita) mahupun jiwa.
Betapa ruginya diri jika hilang dari jalan cahaya ini.Betapa sukarnya aku bertemu jalan ini,tak mungkin akan aku berpaling lagi.Sedang ramai lagi masih perlukan tangan-tangan yang membawa cahaya.Seandainya bukan kita yang membawa maka siapa lagi yang boleh diharapkan? Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.Allah takkan perlukan kita kerana Allah itu Maha Kaya namun kitalah yang memerlukan Allah.

Semoga apa saja ujian yang kita hadapi tidak melemahkan kita namun lebih menguatkan kita.Dari sekcil-kecil ujian hinggalah kepada sebesar-besar ujian yang menimpa tiada satu pun datang untuk menghancurkan kita melainkan untuk meningkatkan darjat kita ke arah yang lebih tinggi.Setiap perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Terkadang hati ingkar angkara penat melalui.

Namun jangan sesekali mengalah,walau terasa longlai kaki melangkah teruskan mara.Walau tidak terasa pijakan kaki teruskan melangkah,walau merangkak sekalipun.Namun berhenti jangan sesekali kerana segala yang berlaku hanya sementara cuma.Pabila pada akhirnya kita kan berhenti di syurga,penat itu takkan pernah terasa.Tiada lagi ujian mahupun duka lara.Maka berbahagialah selamanya.

Berbaloikan!

Nota buat diri.

Ayuh! Dont give up! 


20 Oktober 2017
3A@Darul Ehsan
02:40 AM

Printcious.com memberikan anda Hadiah Tak Ternilai Dari Hati!

Bismillah.

Hi korang! Korang pernah dengar tak mengenai Printcious.com ni? Kalau tak pernah dengar meh sini duduk rapat-rapat aku nak cerita.Fokuskan pembacaan anda pada post ini dan jangan hilang fokus walau sesaat pun sebab boleh jadi korang akan ketinggalan mengetahui sesuatu yang menarik mengenai Printcious.com ni.Hendak dikatakan bila tak kenal maka tak cinta.Macam tu juga dengan Printcious.com ni.Bila korang dah kenal,tahu sangat-sangat memang akan jatuh cinta lah! Serius!

Okay..jadi benda apa printcious.com ni?


Haaa..kalau korang nak tahu..dan mesti kena tahu! Printcious.com nie sebuah laman sesawang yang menawarkan perkhidmatan produk-produk yang boleh kita design mengikut kreativiti sendiri.Kita boleh buat apa je yang kita nak mengikut kreativiti masing-masing.Kalau dulu masa sekolah kita ambil kelas Pendidikan Seni maka masa ni lah kita kena tonjolkan bakat dan kepandaian kita.Bukan graphic designer je yang boleh design-design benda yang cantik camni.Kita pun boleh! Dengan Printcious.com segalanya menjadi mungkin.

Jadi apakah produk yang kita boleh design ni?Sabar-sabar ..nak cerita la nie...mesti tak sabar nak tahu kan produk apa tu yang kita boleh design sendiri? Banyak kot pilihan produk yang kita boleh design sendiri.Sebelum tu nak bagitahu apa kelebihannya kita dapat untuk design sendiri produk ni? Sudah tentulah dan kemestian kepuasan ! Kepuasan dari hati itu yang penting.

Kita nak puaskan hati orang bukannya senang apatah lagi hati sendiri.Daripada kita asyik merungut je tengok design orang tu tak menepati citarasa sendiri lebih baik kita buat sendiri ye tak? Puas hati! Berbaloi-baloii lagi.Nak buat macam mana pun tak kisah.

Okay berbalik pada kategori produk-produk nie..macam-macam ada! Bukan astro je ada semua..printcious.com pun ada macam-macam hadiah untuk dijadikan sebagai hadiah perkahwinan,birthday,hadiah untuk baby hadiah,persahabatan ke dan yang sewaktu dengannya.

Taraaa!



Inilah dia antara produk-produk yang ada.T-shirts,mugs,puzzles,button badges,lanyards,mousepads dan macam-macam seperti yang di atas.Korang boleh pilih mana je yang korang suka.Antara nak dengan tak je.Bila dah masuk printcious.com nie memang takkan berundur dah la niat sebab korang akan terpesona dengan macam-macam produk yang ada.Lagi pula boleh design sendiri! Fulawehh!

Hadiah yang sweet!

Hadiah yang comel !


Haaa! Terpegun kan..so..macam mana nak mula design ni? Tak sabar dah ni..jom! Saya tunjukkan cara-caranya.

1. Mula-mula korang buka website www.Printcious.com dan create account di link ni " https://www.printcious.com/my/member/create-account "

2.Update profile.Isi la segala tok nenek maklumat korang.

3.Cari jenis product yang korang nak design.Contohnya T-Shirt dan mulakan misi anda! 

Pilih kategori produk korang.Jangan risau..dengan ikhlasnya saya akan tunjukkan langkah demi langkah macam mana nak mula .Langkah pertama..pilih produk  yang korang nak ..klik pada produk tersebut..nanti saya akan tunjukkan cara nak customize T-Shirt.



Ok..bila dah pilih T-shirt.Dia akan keluar detail produk tersebut..Untuk mula design T-Shirt ni,korang terlebih dahulu perlu pilih warna dan saiz yang korang nak.Rujuk gambar di bawah.



Okay untuk mulakan design apa yang kita nak atas T-Shirt tu..klik pada gambar "YOUR DESIGN HERE".Dan gambar di bawah akan terpapar.Kita boleh tulis quote atau apa-apa gambar dekat T-shirt tu.



Tapi awas.!.pastikan gambar dan tulisan tu mesti dalam garisan hijau tu.Kalau terlebih daripada garisan,ia akan dipotong.



Kita boleh pilih gambar dalam komputer,facebook ataupun instagram untuk upload letak dekat T-Shirt tu.Jadi kerja senang la kalau nak letak gambar selfie sendiri ke..gambar crush ke..gambar kenangan yang ada dalam instagram tu.

Maka inilah hasilnya!



Sekali lagi...Awas! Jangan biarkan image atau tulisan melebihi garisan hijau tersebut.Atau anda akan frust menonggeng.Haha..tapi jangan risau sebab korang boleh edit semula bagi cantik semula.Just klik dekat "wait..let me edit my design again" seperti gambar di bawah.



And yes ! Akhirnya siap juga design saya.Maaflah..saya punya biasa-biasa aja..bukan pro.saja nak promote..#BloggerPantaiTimur..hahaha...tapi kalau korang design gerenti cun giler.Bila lagi nak tunjuk bakat kan..Jadi apa tunggu lagi !Design T-shirt korang sendiri dekat printcious.com !



Dah siap tu..tak lengkap la kalau tak checkout! Haa..untuk pengetahuan korang..sekarang ada promo DEEPAVALI..30% tauu! Bukan selalu..daripada RM57.00 jadi RM39.90 je uols!Sampai situ saja guidelines daripada saya.Gerenti korang takkan menyesal! InsyaAllah.

Untuk Maklumat lanjut

Like Facebook    :   https://www.facebook.com/printcious/.
Website               :   www.Printcious.com
Email                    :   ask@printcious.com


“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”

Rasa Tepu Dah Otak

Bismillah.

Selamat malam guys! Rindu blog.Rindu nak blogwalking dan rindu nak habiskan masa tulis entri banyak-banyak.Bila aku rindu blog je aku buka pagestat tengok siapa datang jenguk aku.Haha..pastu tengok post mana yang orang view.Dah tentulah aku baca balik post yang orang view tu.Sekali buka ..terimbau kenangan dengan post-post yang dulu.Bestnya luangkan masa dekat blog cerita aktiviti seharian aku.Kongsi info-info yang aku tahu.

Sekarang ni tak ada hati la.Terlalu overthinking..haishh..tak tahu nak cakap macam mana..sebenarnya baru lepas tengok Cerita Si Pencuri Hati Mr Cinderalla.Fefeling sangat.Sedih arh cite tu..jatuh cinta pada orang lain tapi kena kahwin dengan orang lain sebab terlanjur tanpa sengaja?..hmm..kehidupan soSIAL metropolitan.Aku berjaga untuk mengurangkan rasa bersalah tak siap FYP lagi.Nak buat tapi mood tu kena up baru idea datang mencurah-curah.Kalau tak lemau je nak menaip.

Sadisnya hidup ini.Dibayangi dengan semua kerja student ni.Rasa tepu dah otak.Nak berhenti belajar rasa tapi aku tahu benda ni tak boleh layan sangat..macam Farhanna cakap..huhu..thank you Farhanna bagi komen yang memberangsangkan...thank you juga Najah..saya dah berehat tapi still tak dapat rehat yang mencukupi..selama rehat ini..masa terus berjalan..dan waktu hampir ke penghujungnya.Entah bila akan dapat kekuatan.

Doakan saya.



Sangat memerlukan doa semua sebab diri ini sangat lemah dalam perjalanan.Hidup dah sekian lama masih di takuk yang sama.Cuba tingkatkan aras kehidupan tapi kelemahan yang sama tetap utuh.Sangat malu dengan diri sendiri.Selama hidup melihat perkembangan yang tak menentu.Sampai bila harus begini..dalam blog je boleh tulis macam ni..tempat lain tak ada tempat mengadu.

Manusia..peratus aku untuk percayakan manusia sangat tipis.Walau blog ni manusia juga yang baca tapi kamu manusia yang memahami melalui penulisan.Lebih akrab dalam jiwa.Manusia yang mendengar dari bibir ke telinga tidak akan menyelami isi hati ini.Mungkin lebih menyakitkan hati bila bersikap acuh tak acuh.

Huishh..sadiskan? sebab tu lebih memilih untuk sendiri.


Ok la uols..good night.Please doakan saya mendapat kekuatan semula untuk habiskan apa yang telah aku mulai.Have a blessed life everyone!

11 Oktober 2017
@3A.Selangor.
02:29 AM

Just like back then.

Bismillah.

Quite a while since i post something here.There are so much story in draft that i didn'nt finish write as there is not enough time for some miscellanous.Dont know when i could finish and publish that.Well,actually ..there are a lot in my mind.Where should i take this thinking?

For sure,right here.Alhamdulillah mid semester examination have been finished.Only a few subjects doesn't released the full result yet.There is one subject which is make me so bizarre.The subject reminding me about my bad days back then.Of course during high school.I'm really hate the moments during my high school.

Everything about the memories.I really wanna delete everything but i can't.There will be always something that will remind me about the memories.Really hard to live with the memories that i wish i dont ever had the memories.This subject really reminding me about that.

How could it be...

The history repeated itself.I can't running anywhere.For a few days i have been thinking.About to die..between quit or go on.But inside me always push me to continue.In the same time it also said that i should quit.But when think about my family the feeling really hard.Hard to die...how far i have come..how much my family have sacrified for me...but how sick i am to continue days after days...

Without motivation,i always losing to myself.Not enough with FYP 1 which is i always delayed.Until the time comes..how much longer i could survive..i dont know..i just dont want lose just like that..really hard to die..but i know that ..i can take the future even if i fail.



Just like back then.

9 October 2017
@3A.Selangor
12:53 AM

Syoknya Puasa berturut-turut di Bulan Muharram

Bismillah.

Banyaknya nak cerita tapi tak ada Masa,banyaknya nak update tapi tak tahu bila.Tiba-tiba nampak status whattapp ex Naqibah.Syoknya puasaa di bulan Muharram woo.

Senang je nak buat pahala.Berturut-turut pula tu.Pada yang berkesempatan bolehlah buat untuk pahala tambahan.Mudah-mudahan.

Kejar Bas itu!

Bismillah.

Kembali semula ke rumah sewa.Cuti dah habis.Tak kira la cuti berapa lama pun,memang takkan pernah cukup.Nak rehat lama-lama memang tak mendapat la jawabnya.

"Dunia tempat berpenat,akhirat tempat kita beristirehat"

Baca buku arwah Ahmad Ammar dulu lebih kurang macam tu la katanya.Sangat terkesan dengan pemergiannya di usia yang sebaya.Dikatakan mendapat syahid pula atas tanda-tanda yang hadir.Syahid dalam perjalanan menuntut ilmu.Sungguh beruntung dirinya.

Bagaimana pula nasib kita?

........

Demi menyambung tuntutan ilmu.Seawal Subuh aku terus bersiap.Maklumlah bas pagi ada sekali je untuk ke bandar.Elok aku main hanset,bila 6.30 pagi barulah panggil mak ayah.Ingatkan dah siap rupanya masih dibuai mimpi😂.Hambek! Kan dah lewat.Bergegas ayah bangun kejutkan Angah.Siap-siap,mandi solat dah pukul 6.50 pagi.Aku dah risau dah..sempat tak.Mak tak jadi hantar sebab...perempuan kan siap lambat..hehe.

Ayah bagi cadangan pintas bas.Pergi ke simpang jalan selepas kampung sebelah.Perjalanan yang memakan masa lebih daripada 15 minit tapi Angah memecut laju menjadikan jarak perjalanan menjadi singkat.Mujurlah bas belum terlepas.Pecutan yang amat baik daripada Angah.Kita bagi tepukan yang gemuruh!👏


Lebih baik menunggu bas daripada ditinggalkan bas.Walaupun penantian itu satu penyiksaan.Ditinggalkan itu lebih menyakitkan hati.Ehh!Tempat menunggu bas dekat simpang ni memang sunyi.Macam dalam cerita seram tu.Jeng..jeng..jeng...tak berapa lama kemudian bas pun sampai,maka bertolaklah aku ke bandar meninggalkan keluarga yang tercinta demi tuntutan ilmu yang dulu beria sangat nak.

Sekarang? Hati ini tidak seperti dulu lagi.Kehendak berubah mengikut masa.Entah apa yang tidak kena.Bagai ada sesuatu yang hilang.Umpama bayang-bayang kehilangan jasad.Namun berhenti melangkah jangan sesekali.Kelak binasa bayang-bayang sendiri.

24 September 2017
Ahad.21.11PM
2-3A-3A





Giveaway Qaseh's 4th Birthday by DeariesCouple (6 Oct 17)

Bismillah.

click banner



Titian Cinta (Drama TV3)

Bismillah.

Woo..adakah Titian Cinta sekarang tengah trending? Zul Ariffin berlakon woo..dulu minat sangat sebab typical melayu hensem..hahaa..tapi sekarang kurang minat dah sebab dia seksi sangat haritu😑 mula-mula tak ambil pusing pun cerita ni.Yelah ai ni kan student jadi buzy la..bila cuti mid sem ni barulah nampak TV.Hahaa..Tengok adik dok syok betul tengok cerita ni..apa yang best?..Aku tak betah tengok cerita bila dah sampai pertengahan.

Tak boleh jadi ni maka aku pun google la Titian Cinta..Omg ! Rupanya ada blog la penulis cerita ni.Dia tulis cerita ni dalam blog.aku prefer baca daripada tonton..so ini adalah adaptasi dari blog Ridhya Iman la rupanya ya..mungkin dah jadi adaptasi jadi novel juga kott..aku tak tahu.Baru je baca cerita ni kat blog dia semalam tapi tak habis lagi.

Pada aku memang mainan jiwa orang melayu la cerita ni..bestfriend tikam bestfriend sendiri..giler kejam.Musuh pun tak kejam macam ni.Ini musuh dalam selimut namanya.Dah la tu..masih lagi terkinja-kinja dekat ex fiance lepas orang tu dah kahwin.Aku tak boleh brain la dengan orang macam ni.Dengan muka tak tahu malunya datang tergedik-gedik.

Aku dah baca dekat blog sampai part Aisy further study dekat london..Sadis part sebelum dia pergi London tu.Kesian sangat bila baca.Tergamaknya seorang suami memukul dan menghina sebegitu rupa.Apatah lagi bila dia tak bersalah sama sekali.Seandainya bersalah sekalipun seorang lelaki atau suami yang soleh takkan tergamak dan tak berhak menghalau dan menghina sebegitu rupa.

Lepaskanlah dengan baik.Ambil dengan cara baik dan lepaskanlah juga dengan cara baik.Segala yang berlaku ada hikmah.Ada kifarah pada perbuatan sedemikian.Itu kalau bersalah ! Ini tak bersalah woo!! How come ...itulah kalau bertindak dengan emosi.Pesanan pada semua.Sila buat keputusan berdasarkan bukti dan keterangan dua belah pihak.Bermusyuwarah la.Jangan mengikut emosi semata-mata.'


Faham Haris? kan sukar dah  nak pujuk balik..hati yang dilukai sukar untuk diubati parutnya sampai bila-bila tahu..~ ish--ish..ish..kenangan yang pahit akan berputar seumur hidup menjadikan trauma sehingga akhir hayat.Hanya masa yang menentukan penerimaan takdir.Bukan mudah tahu.

Jengg!...Ok bye!

21 September 2017
Khamis 10:29 AM
Home Sweet Home

MYLARA Skincare (15 Oct 17)

Bismillah.

Click banner

Syarat-syarat

Syaratnya mudah sahaja
Follow blog Sha & INI.
Buat entry mengenai MYLARA Skincare boleh salin di SINI.
Tajuk entry anda mestilah "MYLARA Skincare"

Jom pakat-pakat join sesama.


Mengenai MYLARA SKINCARE

MYLARA skincare adalah hasil dari gabungan tenaga professional dalam merumus formulasi set penjagaan wajah untuk kekal sihat dan terawat. Dirumus dari ekstrak tumbuhan dan buah, MYLARA sesuai digunakan buat semua jenis kulit wajah, seawal usia 14 tahun hingga 60 tahun. MYLARA mengerti bahawa kulit wajah adalah aset yang memerlukan perawatan khusus dan selamat. Bukan sekadar produk penjagaan wajah, MYLARA adalah jawapan kenapa anda sudah tidak perlu berlindung di balik wajah kusam dan bermasalah!

MYLARA skincare dihasilkan dari kilang yang bertaraf GMP. Bahan-bahan serta formulasi yang dihasilkan telah diuji secara klinikal dari aspek keberkesanan dan keselamatan berlandaskan syarat-syarat pengilang GMP. Tiada ujikaji pada haiwan dijalankan.

Berkesan merawat
1. Kulit kusam
2. Kulit berminyak
3. Jerawat
4. Jeragat
5. Parut jerawat
6. Hiperpigmentasi

Kelebihan MYLARA
 
SELAMAT
Mylara diformulasi oleh YANG PAKAR tanpa bahan kimia bahaya dan telah mendapat kelulusan KKM dan dijamin halal

PROVEN
Mempunyai lebih daripada 99 testimoni terkumpul

MUDAH DIGUNAKAN
Hanya menggunakan 4 item asas penjagaan wajah. Tak sampai 5 minit dah boleh look amazing

KULIT WAJAH SEMAKIN SIHAT 
Kulit sentiasa terawat dan Mylara meminimumkan pertumbuhan jerawat/jeragat/parut.

TIADA KESAN SAMPINGAN
Menggunakan 98% bahan organic dan mempunyai 0.01% risiko menyebabkan alahan atau kesan sampingan di wajah.

4-in-1 Collagen Cleanser (60ml)

Pencuci wajah yang mempunyai 4 fungsi utama yang boleh menghapuskan kesan-kesan make-up, minyak dan kekotoran. Menghapuskan make up pada mata dengan lembut serta ekdfoliasi ringan untuk wajah yang lembut, licin dan cerah.

Cara Penggunaan : Cuci muka dua kali sehari dengan mengikuti dua langkah berikut:
- Pamkan 1-2 kali pencuci muka ke atas tangan yang basah , buihkan dan ratakan ke atas muka dan leher.
- Bilas dengan air suam secukupnya dan biarkan kering sebelum menggunakan Mylara Pore Refining Facial Toner.

Facial Toner (60ml) 
Pelembap wajah yang membantu prose semulajadi kulit iaitu membersih dan membaikpulih dengan mengecilkan pori-pori, menyeimbang kelembapan dan kandungan minyak, membuat kulit terlihat sihat, tegang dan berseri.

Cara Penggunaan : Selepas mencuci muka, di atas permukaan kering; 
- Basahkan kapas dengan toner secukupnya. Ratakan perlahan di muka dan leher dengan arah ke atas. - Untuk perlindungan optimum, gunakan Mylara Matte CC Cream atau Mylara Revitalizing Night Cream selepas toner.

Matte Miracle CC Cream SPF 30 (7g)

Krim multifungsi yang berkesan melindungi kulit wajah dari sinar matahari yang bahaya dengan SPF 30. Terbukti secara secara klinikal dapat meningkatkan tekstur kulit dan memberi kelembapan yang secukupnya dengan warna matte yang elegan. “CC’’ bermaksud color corrective, dan ia terdiri dari primer pencerah wajah, foundation ringan, pelembap, dengan bahan-bahan anti-penuaan dan pemangkin kolagen.

Cara penggunaan : Selepas penggunaan toner, sapukan CC Cream 15 minit sebelum terdedah kepada sinaran matahari. Adalah digalakkan untuk menambah sapuan selang 2 jam jika masih terdedah kepada sinaran matahari.

Revitalizing Night Cream(7g)

Krim malam yang berfungsi mencerah yang masuk jauh ke dalam lapisan wajah untuk menyubur dan melembap kulit sehingga 8 jam. Membantu menghapus noda dan mencerah seawal 14 hari pemakaian dengan bahan-bahan yang terbukti secara klinis.

Cara Penggunaan : Sebelum tidur, selepas penggunaan pencuci muka dan toner

Kenapa MYLARA SKINCARE pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah kulit dan ingin merawat kulit mereka? 

Ini kerana MYLARA SKINCARE memiliki doktor dan staff-staff yang mahir di bidang masing-masing. Dengan adanya kumpulan serba mahir ini, MYLARA SKINCARE memberi jaminan produk dan perkhidmatan yang bakal membuat anda selesa dan yakin menggunakan produk yang berasas sumber alam yang diiktiraf selamat.

MYLARA SKINCARE membawa aspirasi Awaken Your Best Skin khusus buat para remaja serta wanita dan lelaki untuk menampilkan sisi terbaik anda dengan bahan-bahan dari alam semula jadi. Kecantikan dan keyakinan berhak anda miliki. Keselesaan dan keselamatan pengguna adalah matlamat MYLARA SKINCARE.

MYLARA SKINCARE memiliki produk dan perkhidmatan yang berasaskan ekstrak tumbuhan dan buah berkualiti. Diformulasi dengan teknologi terkini di kilang yang diiktiraf GMP pasti bakal memberikan hasil yang optimum dan selamat untuk kulit para remaja, lelaki dan juga wanita.

Dekat mana boleh dapatkan MYLARA SKINCARE ni?

Boleh juga whatsapp terus ke 013-9200960
atau e-mail ke mylaraskincare@gmail.com

GIVEAWAY FM FROM CANADA (30 Sept 17)

Bismillah.

Click banner

Syarat-syaratnya:

1) Follow blog 
www.eldarwena.com


3) Follow instagram 
www.instagram.com/el_darwena

4) Follow twitter (xde pun bole)
www.twitter.com/edarwena

5) Follow +google 
 https://plus.google.com/u/0/+ElDarwena

 6) Buat satu entry dengan menggunakan tajuk GIVEAWAY FM FROM CANADA

 
7) Letakkan banner pada entry

8) Banner hendaklah dibacklink kan

9) Tinggalkan link penyertaan/url blog pada komen di bawah

10Sertakan link social media anda

 untuk El check nanti

11) 4 Pemenang akan dipilih secara random

12) Tarikh tutup penyertaaan sehingga 30 September, 2017

Alhamdulillah cukup la untuk malam ini..mimpi Canada ler kitaa.Hehe..night!

Giveaway Comel By Syahirah Valiant (9 Oct 17)

Bismillah.

Click banner


SYARAT-SYARAT SIMPLE

1. Follow blog Syahirah Valiant

2. Follow Instagram Nurul Pick Me Lifestyle

3. Like Fb Page Syahirah Valiant Dot Com

4. Klik SINI

5. Buat entri bertajuk "Giveaway Comel By Syahirah Valiant" , letak banner di atas serta backlinkkan 


Giveaway Date : 9 September 2017 - 9 October 2017


Giveaway Blog Bycikrenex (24 Sept 17)

Bismillah.

Click banner

Syarat-syarat

Wajib:

1. Follow Blog Bycikrenex

Tak wajib tapi digalakkan: *hahahaha


7. Buat entri bertajuk "Giveaway Blog Bycikrenex", letak banner di atas di dalam ruangan entri  dan backlink sekali

Moh ler kita join Cik Renex punya giveaway pula.Juga team pantai timur wehhh!..Cik Renex actually kita dekat je tau..daerah sebelah menyebelah je..hehee

Tarikh tutup penyertaan : 24 September 2017. 


Segmen Paling Mudah Menang Hadiah Misteri Ashrin Food (1 Oct 17)

Bismillah.

Click Banner

Syarat-syarat

1.  Follow Blog Rin Hijabist 
2.  Like page facebook ASHRIN FOOD dan page RIN HIJABIST.
3.  Komen di Shoutbox atau ruangan komen.

Tamat : 1 Oktober 2017

Yang ni lagi senang..Tak payah buat entri pun sebenarnya tapi katanya markah bonus kalau buat entri..hehe..jom join kawan-kawan.!


Giveaway by Alia Farhan (30 Sept 17)

Bismillah.

Click banner

Tak habis lagi..giveaway ni paling mudah..jom join !

Syarat-syarat


* follow @aliafarhan

*follow @aliafarhansaid

* follow @scandi_scandu


Wordless Wednesday : Secret of Success





SUPPORT ME!! POKUCU Contest (15 Oct 17)

Bismillah.

Click Banner


SYARAT-SYARAT

  • 1 - Follow blog POKUCU.COM , SISHAWA.COM dan SISHAWADESIGN
  • 2 - Like fanpages rasmi POKUCUDOTCOM dan SISHAWADOTCOM 
  • 3 - Follow IG @Kaymieyarahman
  • 4 - Buat sebuah entry yang bertajuk SUPPORT ME!! POKUCU Contest 
  • 5 - Letakkan banner di atas ke dalam entry terbabit dan berikan pendapat, ulasan atau apa saja kata-kata yang bernas terhadap blog POKUCU.COM dengan seikhlas hati mengikut kreativiti masing-masing.
  • 6 - Publish entry terbabit dan tinggalkan link entry berserta dengan email di ruangan komen post ini.


TARIKH PENYERTAAN


Contest ini akan berlangsung dari 15 Sept 2017 sehingga 15 Oktober 2017.

Moh ler kita support Blogger Pantai Timur ! Ehh..tetiba..haha..Pok Ucu ni salah seorang Blogger Pantai Timur.Kira team juga lah ni.Kalau bukan dari pantai timur pun boleh join maaa..mai-mai kita meriahkan kontest ini! Lumayan wehhhhh..berbaloi-baloi kalau menang gituuhh~



COMEBACK GIVEAWAY ! Cik BEBEL (30 Sept 17)

Bismillah.

Click Banner


TAMAT : 30 SEPTEMBER 2017

Jom meriahkan giveaway Cik Bebel nie! Kita bagi bunga skett sebab dia buat comeback.



First Giveaway by bukupinky.blogspot.com (5 Oct 17)

Bismillah.

Click Banner

Syarat-syarat

1.Beralamat di Malaysia.
2.Follow Blog  Buku Pinky
3.Follow Google+
4.Buat entry ringkas dan letak banner giveaway ni serta backlink pada gambar.
5.Copy & paste URL entry korang ke dalam ruang komen.

Hadiah

Hadiah pertama : RM30
Hadiah kedua: RM20
Hadiah ketiga:RM10
Hadiah keempat: Reload RM5
Hadiah Saguhati (5 Orang) : Bookmark magnet comel

Entry paling kreatif: RM20

Sponsor Giveaway


Jom join ramai-ramai.!


Mood tengah rajin join giveaway nie..heheee..💗


Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net