⚔ Welcome To From View of My Eyes.This is a Personal Blog.You are allowed to read the blog post as long as you have a good intention.If you're not,please leave without sound.May Allah Bless.⚔

✍ Melepasi minggu yang padat

Bismillah.

Kehidupan seorang pelajar.

Bersawang lagi blog minggu lalu.Kesibukan sepanjang minggu menuntut kesabaran.Charger laptop yang tiba-tiba rosak membuatkan aku jadi ulat buku sekejap.Tapi buku tetap tak habis juga baca.LOL.Epik sungguh.Program berjalan berturut-turut.Sama ada jadi sebahagian daripada AJK mahupun menyertai atas kerelaan demi ilmu yang bermanfaat untuk kehidupan dunia mahupun akhirat.Jadi,memandangkan kelas tak ada pada hari jumaat semalam so khamis dah balik kampung !maka aku dengan  semena-mena tak lepaskan peluang ambil masa balik kampung untuk berpuasa bersama family di samping update blog.Hee~

Hari Jumaat malam minggu lepas sertai Mabit.Mabit ni bermalam beramai-ramai dan buat ibadah berjemaah.Bermalam mengingati Allah.Membaca Al-quran,perkongsian tazkirah dan berjemaah bersama-sama.Ini baru kali kedua aku sertai.Tapi aku tak bermalam.Datang sekejap untuk dengar tazkirah daripada kakak naqibah.

Persoalannya.

"..Berapa ramai antara kita yang minta kesembuhan daripada Allah dulu daripada terus ambil ubat atau jumpa doktor? Sedangkan segala sesuatu itu datang daripada Allah..."

Renung-renungkan.

Lepas jamuan terus balik ke rumah sewa semula.Sebab esok,sabtu itu aku sertai program bawah subjek kokurikulum Universiti.Subjek ni lebih kepada subjek kokurikulum berteraskan ilmu agama.Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan perlu buat satu program lapangan.Sebelum ni aku ada kongsi mengenai kursus jenazah kan? Itulah salah satu daripada program lapangan.Hari sabtu tu pula aku sertai program lapangan Smart Solat Extreme.Mula-mula program itu kami akan pergi hiking.Tapi last minute cancel sebab ada keluar surat pekeliling daripada pihak atasan.Semua aktiviti hiking atau apa-apa yang berkaitan tidak dibenarkan buat masa sekarang bagi IPTA mahupun IPTS.Mungkin sebab banyak kes kehilangan dan atas faktor keselamatan juga.

Kami bertukar lokasi ke suatu taman rekreasi yang terkenal di Putrajaya.

Menuju ke Boston ~
Rasanya kalau korang tengok gambar pun mesti dah boleh tahu punya.Kitorang dengar tauliah mengenai cara untuk mengetahui arah kiblat guna alam semula jadi seandainya tiada kompas.Berpandukan apa? Matahari,bayang-bayang dan pokok-pokok.


"Lepas ni tak perlulah pakai rasa-rasa dah,gunakan ilmu ini ya.." Ustaz

Kelakar.Tapi sentap.Bila tak ada ilmu cara nak tahu arah kiblat.Senang-senang je main pakai rasa.

"Betullah aku rasa sini arah kiblat,pernah nampak orang solat sini.."

"Eh..tak silap kiblat arah sini..tak ingat la..solat je la..Allah tahu niat kita.."

Seyes cantekk.Macam dekat kundasang gituu ~ fefeling japp

Islam ini mudah tapi janganlah dipermudahkan.Sebab tu la wajib menuntut ilmu.Bukan untuk menyusahkan.Tapi untuk memudahkan.Tahu? Pesan pada diri sendiri.Dushh.Dushh.Dushh.Tapi aku matematik ni pening sikit.Kena ambil masa yang lama untuk faham.Kira bearing lagi.Wuuu ~ Tapi serius mudah je bila dah faham.Cuma saya je la tang matematik tu tersekat sikit dekat situ.Huhuhu.Nak ajar orang tak lepas lagi.Kena usaha lebih lagi.Hahaa.Maaf tak boleh nak share.

Panas lit-lit ~ Terbako dah muka 

Seterusnya.

Praktis untuk program kami bagi subjek yang lain pula.Konsep yang sama.Ada beberapa kumpulan.Setiap kumpulan perlu buat program lapangan.Takutt wooo dengan pensyarah tu.Berhempas-pulas brainstorm idea dan praktis sehinggalah hari kejadian.Setiap orang ada peranan masing-masing.Bila tak buat kerja.Menyusahkan orang lain.Bila lebihkan orang bertugas pada kerja yang tak banyak.Menzalimi orang yang perlukan banyak bantuan.

"Ikut cakap boss boleh tapi jangan biar diri dipergunakan dengan alasan tak nak kecoh gaduh-gaduh bagai"

Praktis di rooftop!

wrapp upp !
Bila ramai kepala.Banyaklah ragamnya.Cobaaan.Jadi pandang pada diri sendiri.Ohh.Tak sempurna juga.Saling melengkapi.Bantu membantu.Tolong menolong.Dan sentiasa belajar bersabar dengan keadaan.Setiap hari kena belajar untuk bersabar.Tak boleh tidak.Kalau deal dengan manusia memang macam tu.Hohoo.

Semasa event ~
Banyak juga kekurangan.Semoga dapat perbaiki pada masa yang akan datang.Takut juga dengan penerimaan peserta macam mana.Syukurlah mereka memang sporting habis ! Habis satu tugasan yang ni.Tugasan yang lain pula menanti.~ Bertabahlah wahai diri ! Salam 1st Ramadhan❤




πŸ’• Salam Ramadhan 1438 H | 2017 M

Bismillah.

Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dengan ramadhan.Syukur atas kurniaan hidup sehingga ke ramadhan kali ni.Semoga ramadhan kita kali ni boleh jadi sebagai batu loncatan untuk menjadi lebih baik.

Masa nak pergi terawih tadi tiba-tiba black out.Sampai sekarang elektrik tak ada lagi.Mujurlah di masjid ada,kalau tak gerenti terawih kansel.Nak update entri aktiviti sepanjang minggu yang hectic ni.Sampai tak sempat nak update blog.Tapi entri pasal tu tak siap lagi.

Shortcut,sebelum ke angka 12 malam.Usaha menaip di handphone dalam kegelapan malam ditemani bacaan al-quran yang dipasang Angah.Abang yang kedua.Nak up juga entri.Semoga kita beroleh taqwa dan kemenangan melawan hawa nafsu sepanjang bulan ramadhan ini sehinggalah bulan seterusnya.

Puasa jangan tak puasa uolss~

Alhamdulillah untuk terawih yang pertama Ramadhan 1438 H.Done terawih 😂 Banyak ayat perli untuk tu la nie~ Hahaa..hari ni dapat makan rendang yang dimasak mak dan lemang yang dibeli oleh paktih.Sebab tak rajin nak buat lemang.Maka beli je la yang mampu.Ok lagi beberapa minit je angka menunjukkan detik 12 malam.Setakat ni je untuk 1 ramadhan 1438 H.See ya!!

🌈
💎Jika *HATI* sejernih *AIR*, Jangan dibiar ia *KERUH*
💎Jika *HATI* seputih *AWAN*, Jangan biar ia *MENDUNG*,
💎Jika *HATI* seindah *BULAN*, Kekalkan ia dengan *IMAN*.

🔮Indahnya *DUNIA* hanya sementara,
🔮Indahnya saat *GEMBIRA* hanya seketika,
🔮Indahnya *MIMPI* kadang-kadang tak pasti, tapi
🔮Indahnya *RAMADHAN* tak dapat ditukar ganti

🏵Bulan Ramadhan telah tiba
🏵Ampun dan maaf pada semua
🏵Atas segala salah silap dan kata-kata
🏵Moga ibadah puasa kita akan diberkati oleh-Nya

*SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK*
🌹

"Sahaja aku berpuasa esok hari untuk menunaikan fardhu ramadhan tahun ini kerana Allah"

☂ Hancurkan dosa ☂

🎁 Birthday Giveaway by Cheese & Cincau (31 May 17)

Bismillah.

Click on banner

🎁 Giveaway Time by Aisyah Badrulhisham (30 Mei 17)

Bismillah.

Click on Banner

✍ Selamat Hari Guru 2017!

Bismillah.

Hari ni 16 Mei,baru baca dekat FB tadi fakta yang benar lagi betul~ selaras dengan wujudnya penyata jawatankuasa pelajaran Razak pada 16 Mei 1952 jadi hari guru dipilih hari ni untuk disambut di seluruh negeri di Malaysia.

"Guru bagaikan lilin yang membakar diri"

Terima kasih pada semua guru-guru,ustaz ustazah dan para pendidik sekalian yang sabar mendidik anak bangsa.Walaupun banyak pengalaman pahit dengan cikgu tetap saya wish juga.😂Tapi kata-kata yang paling berbisa dan membakar hati yang paling dalam tu la yang menjadikan siapa aku hari ni.

Well,tak berjaya lagi.Masih merangkak-rangkak bagai kura-kura.Kita bukanlah yang pandai membodek tak juga dapat mengharumkan nama sekolah tapi kita juga punya hati dan perasaan ingin berjaya macam orang lain juga.Jadi kita berusaha sampai jumpa jalan dengan izin Allah.Semoga kekal tabah.

Besar peranan seorang guru itu bagi menghasilkan anak bangsa yang bukan je berjaya malah berakhlak mulia.Jangan memilih bulu.Semua orang ingin berjaya,akhlak cikgulah yang menjadi ikutan.Pada adik-adik dan rakan-rakan juga diri sendiri.Kenanglah jasa guru,hormati mereka.Tanpa mereka di manakah berdirinya kita.

"Tulis blog pun tak mampu kalau cikgu tak ajar membaca dan menulis"

Al-Fatihah untuk semua guru di Malaysia.Semoga sentiasa kekal sabar dan diberi rahmat dan keberkatan untuk menyampaikan ilmu yang berguna untuk anak bangsa.Dah la budak-budak sekarang hipster lagi loklaq daripada dulu.Satu je lebih dorang ni,level pandai tu jauh beza daripada zaman i dedulu uols.Insecure betul.

Bersabarlah cikgu-cikgu sekalian.Banyak ganjaran dapat daripada mengajar.Bukan calang-calang orang boleh mengajar.

Selamat Hari Guru!! RESPECT!

Fattah Amin Artis Paling Popular ABPBH 3.0

Waww.

Tengok juga aku ABPBH tahun ni.Selalunya dua tiga tahun kebelakangan ni memang tak hirau pun.Kalau tengok pun tak sampai habis.Boring ~Masa sekolah dulu je layan sakan.Tapi kali ni tengok sebab kawan ajak.Kuat pengaruh kawan ni.Sebab tu kena sentiasa pilih kawan yang baik-baik.InsyaAllah akan sentiasa mengajak ke arah kebaikan.

Tapi aku manusia yang tewas.Tak mampu menolak ajakan.Lagipun memang rasa macam nak tengok sebab tak ada buat apa-apa dekat rumah.Kami menumpang rumah kawan di blok yang sama tapi tingkat atas.Yelah rumah kami tak ada TV.Menumpanglah rumah kawan yang ada TV.Alang-alang dorang pun jemput kami tengok berjemaah.

"Dijamu dengan teh sabah +kek batik+cookies"

Pada pandangan aku,Overall tak berapa okaylah.Pengacara macam lemau walaupun ada yang bising.Lawak tak seberapa.Penonton pun nampak boring.Tapi apa yang paling best time Ella la.Sukanya.Ella pakai tudung tapi masih dengan gaya yang sama.Menarik hati semua orang.Time dia nyanyi semua penonton support dan enjoy!Kami pun enjoy!! Tak lupa persembahan Tajul,Usop dan Khai Bahar.Alhamdulillah enjoy juga.

Ada juga yang tak disangka-sangka menang.Rasanya tahun ni macam suram sikit industri hiburan ni.Tak tahu perasaan aku atau apa.Well,bukannya ikut sangat pun.Mungkin sebab tu la kott tak tahu.

Paling gempak!

Fattah Amin menang bintang paling popular! OMG!Kami pun blerghh~ hahaha..reaction bila diumumkan tapi okay je sebenarnya.Rezeki dia berturut-turut.Alhamdulillah.Rezeki masing-masing.Respek juga la pada Fattah Amin ni.Walaupun orang cakap macam-macam dia teruskan juga apa yang dia nak buat.

Credit :BH online
Buku dia pun dapat anugerah masa PBAKL tu kan?Buku paling popular tak silap.Terbaik.Ramai juga kecam.Tak lupa juga khabar Fattah Amin akan menyanyi digandingkan dengan Fazura.Aigoo.Orang pun dok kata..bernanahlah telinga..pecah gegendang telinga..dan macam-macam lagi.huhuhu.Kesian pula bila baca komen-komen macam tu.
Korang ni jangan la kutuk-kutuk.Tak baik.Menambahkan pahala Fattah Amin je di samping menambah dosa korang.Tapi nampak la kan daripada  berlakon kayu dulu tambah muka selenge.Sekarang dah nampak la sikit improvement.Hensem juga rupanya mamat ni. Semoga terus memperbaiki diri.

"Confident itu penting"

Suka Siti Nordiana menang.Juga Radin.Menceriakan suasana adegan dia dengan Johan tu.Johan tak pernah tak lawak tapi lagi suka bila Zul Ariffin menang.Hahaa.Muka tipikal hensem+macho+anak mak.

Credit : Twitter
Gatal sungguh la noo~ tundukkan pandanganmu ..ish ish ish.πŸ˜‘Haaa..sound background music kuat sangat la.Aku tak tahu TV problem atau sound ABPBH tu yang problem.Suara tak dengar sangat.Sayang masa Altimet nyanyi lagu Amboii Amboii amboii tu.Lagu sedap dah.Suara tak dengar sangat.Muzik kuat.Adoii.Dah la sakit mata dengan penari yang tak kena gaya je menari macam tu.Pelik-pelik je.Spoil mood.Nasib baik la masa Ella nyanyi sound tu okay.

Itulah serba sedikit pasal ABPBH ni.Hiburan tanah air yang diikuti generasi by generasi.Kategori nasyid pun dah tak ada.Sedangkan anugerah ni menjadi ikutan sepanjang zaman.Kalau tak diselitkan elemen-elemen agama atau diislamkan,maka seperti anugerah hiburan orang kafir la jadinya walaupun 98.88% melayu dan islam di situ.Worst situation.

Ditaja pula oleh coca cola?Apa nak jadi.Nauzubillah min zalik.Semoga adalah yang menegakkan islam di tengah kelalaian dan jauh daripada syariat agama pada anugerah sebegini.Walaupun kita sukakan hiburan tapi jangan sampai melanggar syariat agama.Buruk padahnya.Bak kata UNIC masa nyanyikan lagu Sepohon Kayu di Gema Gegar Vaganza Separuh akhir,

"Kau Tunggu!!!"





✍ Menjadi insan yang beragenda

Bismillah.Selamat hari sabtu.Minggu kedua Mei 2017 sudah.

Minggu ni padat sungguh dengan aktiviti.Kalau ada aktiviti tu penuh sepanjang minggu.Kalau tak ada tu,memang tak ada sungguh.Melepet je lah dekat rumah.Bermula hari selasa pergi ijtima'.Pertama kali pergi.Banyak isu-isu yang diketengahkan.Barulah rasa macam

"..Allah..banyak rupanya aku tak tahu apa yang berlaku dekat negara sendiri"

Takut pun ada.Barulah terbuka minda.Baru tahu apa yang sebenarnya berlaku.Selama ni dengar desas-desus je.Itupun endah tak endah nak tahu sebab yelah kita rasa macam bukan hal kita.Lepas tu benda tu entah betul entah tidak.Sebab tu la kita kena pandai menilai dan bezakan mana fakta mana yang auta.Manakan pokok bergoyang kalau angin tak goncang kan.Tapi kadang-kadang benda tu ditokok tambah sebab tu jadi fitnah.Sebahagiannya betul,sebahagian lagi tak.Macam mana orang lain nak gugat kedudukan islam di Malaysia dengan pelbagai serangan,tak lupa laksanakan agenda mereka yang tersendiri.Dan sebenarnya mereka dah hampir menguasai dengan pelan-pelan yang terancang.Dari generasi ke generasi.

Barulah rasa terpanggil dan bagai diseru-seru untuk berbakti untuk agama sendiri walau untuk sekecil-kecil perkara.Walau rasa diri tak mampu,tetap akan usaha mana yang termampu.Rasa macam jauh je lagi perjalanan.Terasa kosong tanpa ilmu.Jadi bagaimana nak jadi insan yang beragenda?Orang yang tidak beragenda akan mudah dikalahkan.Tak mustahil kita dan generasi akan hilang di bumi sendiri.Jadi bangunlah kita daripada menjadi insan lemah yang selalu saja bernostalgia.Cakap tu senang.Nak buat tu perlukan kekuatan dan pertolongan.Semangat yang dibangkitkan dalam diri sendiri.Semoga Allah pelihara kita dan kekalkan atas jalan kebaikan ini.Allahumma aamiin.

"Jom perbaiki diri dan ajak orang lain!"

Hari khamis pula join iftar dan dengar perkongsian berkenaan liberal.Apa yang dikongsikan.Negara kita adalah negara islam tapi golongan liberal ni sentiasa mencari jalan untuk liberalkan negara ini.Pandai suntikkan elemen-elemen liberalisme dan bagi fakta yang tak betul.Diorang buat jenayah akademik di mana sebenarnya fakta cakap benda lain tapi diorang tafsir benda lain untuk sokong hujah mereka.Contoh macam kewajipan tutup aurat,dorang kata masih ada khilaf tentang tutup rambut padahal khilaf tu bukan pada tutup rambut tapi pada wajib pakai purdah atau tak.Nampak jauh bezanya.Orang-orang besar pun ada yang menyokong.Sedangkan ia adalah sesuatu yang berat.Tak tahulah sama ada dorang memang liberal atau jahil dengan agama.Wallahu a'lam.Semoga dijauhkan.

Makan dengan penuh berselera

Banyak lagi sebenarnya.Sangat menakutkan fahaman-fahaman yang seperti ini.Kalau kita jahil dan tak cukup ilmu dalam agama macam ni lah jadinya.Boleh jadi juga mudah terpengaruh.Apa-apa pun setiap sesuatu berita atau perkhabaran yang datang kita kena selidik betul-betul.Tanya pada pakar kalau masih meragui.Jangan tanya pada sembarangan orang.Naya jadinya.

Berturut-turut,hari jumaat pula join aktiviti kolej.Talk tentang street dakwah.Program ni bawah subjek kokurikulum kami sem ni.

"Hidayah milik Allah?tanpa usaha itu bukan alasan"

Penceramah cerita mengenai street dakwah dan keperluannya.Dan apa tanggungjawab kita.Kita tahu hidayah itu milik Allah,tapi kalau kita tak usaha takkan dapat juga kan?Macam tu la perjuangan Rasulullah dan para sahabat menyampaikan dakwah sehinggalah sampai kepada kita hari ini.Jadi kita nak meneruskan dakwah ini supaya islam tu sampai kepada semua.Bukan saja untuk kebaikan orang malah untuk kebaikan diri sendiri yang mana nanti kita boleh bela diri di hari perhitungan nanti bahawa kita dah sampaikan islam ini pada semua.Jadi kita boleh berehat sama-sama dalam syurga nanti.

Tak perlu tunggu cukup ilmu baru nak berdakwah sebab ilmu itu sentiasa perlu dipelajari setiap masa.Bertindaklah dahulu baru kita tahu setakat mana ilmu kita.Dengan itu kita boleh perbaiki apa yang kurang dan tambah ilmu apa-apa yang kita tak tahu.Sungguh ilmu Allah luas dan sangat banyak.Dikongsikan bagaimana seorang volunteer yang hafizah menyertai street dakwah buat pertama kali tapi bila approach non-muslim dia nak kongsikan tentang islam.

"I'm from...i want to share to you about islam"

"Yeah,sure..tell me about islam"

tapi tiba-tiba blank lalu menangis.Katanya dia tiba-tiba tak tahu nak mula dari mana.Dan apa dia perlu bagitahu tentang islam.Sebab tu pengalaman tu penting bagi perkongsian ilmu.Cari pengalaman dan mulalah bergerak demi agama islam yang tercinta ini.Muhasabah diri.

Dan hari ini pula saya sertai pengurusan jenazah.Juga bawah program kokurikulum subjek sem 4 ini.

"Barzakh is coming soon"

Pengisian yang santai dan memberi kesedaran.Menguruskan jenazah adalah fardhu kifayah bagi kita semua.Bukannya orang dah buat kita tak payah.Bila belajar ni kita boleh standby pada waktu kecemasan terutamanya dalam menguruskan ahli keluarga yang terdekat.

Cara ukur kain kafan

Ciri yang paling penting bagi orang yang ingin uruskan jenazah ialah dia adalah seorang yang Amanah.Yelah,waktu memandikan macam-macam yang kita boleh nampak.Bagi menjaga nama baik si mati,kita perlulah amanah dan tidak kepoh cerita aibnya ke sini sana.Jangan bawa mulutlah senang cerita.Nauzubillah min zalik.

Kit pengurusan jenazah.
Lengkap dah semua dalam ni.

Itu saja cerita saya pada minggu ini.Semoga berjumpa lagi. Ingat nak cerita satu program satu entry tapi seriuslah tak sempat.Charger laptop pun tengah buat hal.Terima kasih kerana membaca.Harap adalah manfaatnya.




☂ Wanita Yang Enam ☂


Self Motivation : I Can Do Something

"I am only one, but still, I am one. I cannot do everything but I can do something. And, because I cannot do everything, I will not refuse to do what I can."

(Edward Everett Hale)

✍ Kelas selepas cuti sem ~ Jom makan cendol! 😜

Bismillah.

😜Alhamdulillah sejuk tak mata memandang.Tenang tak halwa telinga mendengar?..haahaa..dah tukar laguu~ wuuu..siapa yang view guna mobile tu memang rugi uols.Dah tukar background juga.Perasaan tenang tu semakin lama semakin hadir.Seperti bilangan hari ramadhan yang semakin lama semakin mendekat.Sudah bersediakah kita? Mari buat pecutan amal! Yang tak ganti puasa lagi tu cepat-cepatlah ganti.Jantan yang tak pernah puasa penuh tu..jadilah ramadhan kali ni permulaan untuk menjadi lelaki.Puasa jangan tak puasa uols.

Well,harini satu kelas je sebenarnya.Wohoo.Semalam pula semua kelas cancel.Heaven betul.Betullah tak dapat disangkalkan lagi.Memang student banyak masa terluang.Hehe.Kalau kena pada rezekinya.Cuma pandai atau tak je nak luangkan masa tu dengan penuh bermanfaat.CSR kami baru je diapproved oleh Sir setelah bersusah-payah menjelaskan idea dan manfaat idea-idea kami pada sir.Sebenarnya sir faham je apa yang kami cuba nak sampaikan tapi dia nak kami describe dengan jelas sampai kami sendiri faham apa yang kami cuba nak lakukan.Adududu ~ mencabar betul.

"Barulah nampak cair sikit otak kamu tu.."Sir K

Setelah dorang bersusah-payah terangkan dekat sir.Alhamdulillah la approved juga akhirnya.Takut betul.Tapi dia dah bagi amaran untuk subjek dia sem depan.Maigadd! dia kata kalau tak faham tapi angguk-angguk buat faham.Siaplah kamu semua ! Main ugut-ugut pula.Aku dah la lambat pick up.Dah macam nampak je masa depan yang kelam dengan kelas beliau nanti πŸ˜‘Apa-apapun harap yang terbaik untuk sem seterusnya.Jia youu! you can do it!

Habis je kelas atau boleh la dikatakan sebagai discussion untuk brainstorm idea untuk CSR tu.Maka aku dan kawan-kawan gerak la mencari cendol durian ~ ni sorang housemate tu ajak dari awal kelas lagi tuhh.Hahaa..layankan je la.Aku pun teringin jadinya.

Kami pergi naik grab je.Rm5 saja sebab dekat dengan tempat kami.Nama tempat dia Cendol Bakar Auntie Sue.Dia banyak cawangan tak silap.Kami pergi yang terdekat dengan tempat kami.Yalah buat apalah pula nak pergi jauh-jauh kan.Nak juga sebenarnya tapi pitihh yang hadoo~ hahaha..yang dekat je la mampu.

Yum ! yum ! yum!
Datang semata-mata nak makan cendol durian saja.Sedang elok cuaca tengah panas.Dua orang pesan cendol durian.Sorang je pesan cendol durian+aiskrim.Nampak tak yang lain macam sikit tu? Haaa..tu la cendol durian+ aiskrim.Satu scoop aiskrim tu RM 1.50.Cendol durian tu pula RM5.50.

Masih ku terasa kelazatan mee kari mu ~ ahaha poyos~
Eh..eh..ada mee kari lahh !..Hahaa..sini bukan je ada cendol..mee kari ada,laksa ada,kebab pun ada ~ tapi harini aku nak rasa mee kari dia je.Sedap ke tak? haaa..alhamdulillah menepati citarasa aku.Kuah dia tak cair.Pekat secukup rasa.Bahan-bahan dia pun boleh tahanlah ~ Bila makan ni teringat hari raya.

"Selamat hari raya..Aidil fitri mulia..ampun maaf dipinta mensuci hening dosa ~"

Eh..eh..eh..puasa pun belum dah fikir raya..aigoo ~ Ala biasakan kalau hari raya kita buat menu mee kari ni.Untuk jamu tetamu yang bertandang.Tapi lebih utama untuk menjamu sanak saudara tuan rumah.Wuuuu ~ tak sabar nak raya tuhh ~ Jemput la datang raya ke rumah nanti..ahahhaa.

Hii ! Jemputlah makan sekali~

Give and take.Aku ambil gambar kawan aku.Pastu dia ambil gambar aku.Fair and square.Macam tu la kawan.Saling tolong menolong sesama kitaπŸ˜‚ Adoii.Tu pun boleh.Kita snap gambar dulu sebelum makan tu wajib kan?

"Eh..bukan baca doa makan dulu ke sebelum makan?.."

Ahaks~.Boleh je nak snap gambar dulu sebelum makan.Asalkan jangan lupa baca doa makan selepas tu ya kawan-kawan😏Dengan aku aku sekali terjebak nak snap gambar.Bukan apa,nak buat modal blog je. Kalau tak mana mahunya nak ambil gambar bagai ni.Menghabiskan bateri henset aku je.Ececeee.Baik punya alasan ~ Pastu masing-masing post insta dan status whatsapp.Apalagi kena serang la dengan classmates yang lain.Ada yang merajuk gituu~Hahaha.

Google Image
Janganlah merajuk ~ Lain kali kita pergi lagi ya.Ala dekat je pun.Tapi antara ada bajet dengan tak je la.Ajak dong wook oppa sekali ~ konfirm tak merajuk dah.πŸ˜…



웃 SEGMEN MENCARI BLOGLIST BY KINAH (14 MEI 17)

Bismillah.

Click on banner

🎁 Giveaway by Butik Julita Anje : SAYA NAK TOPUP FREE! (31 Mei 17)

Bismillah

Click on Banner


BUTIK JULITA ANJE menawarkan pakej yang sangat menarik bagi mereka yang akan melangsungkan perkahwinan atau pertunangan pada masa yang terdekat ini. Antara pakej yang ditawarkan adalah :

Selain itu, jom kita tengok pelbagai jenis pelamin, hiasan bilik tidur pengantin dan hiasan meja makan pengantin bagi mereka yang masih tercari cari butik yang menawarkan pakej macam ini dengan harga yang sangat berpatutan.








Banyak lagi gambar gambar yang cantikk dan menarik untuk dijadikan contoh kepada bakal raja sehari yang berminat dengan pakej yang disediakan oleh Butik Julita Anje. So boleh tengok di facebook butik atau walk in.

Buat pengetahuan semua, butik ini terletak di Baling, Kedah dan kawasan yang available untuk diberikan perkhidmatan atau job cover adalah di Sungai Petani, Kulim, Perak, Penang, dan Perlis.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut, boleh hubungi :

Facebook : Butik Julita Anje
Whatsapp : 019-4154756

Pakej lain :

Pelamin tunang : RM200
Pakej Promosi RM999
Pakej Promosi 1559


🎁 Giveaway CASH RM1000+ Mei 2017 by Emas Putih (8 June 17)

🎁 Birthday Giveaway By Cik Nadyya #Second Giveaway! (10 May 12.55 AM)

Bismillah

Click on banner
Ucapan birthday :

"Salam kenalan satu blogger cik Nadya..hahaa..semoga bertambah gembira dan dipanjangkan usia dalam keberkatan di hari jadi ini yang ke 25 ini..so happy birthday kakak.!Semoga cepat-cepat bertukar status daripada cik kepada puan pula..Hahaaa.."

✌ Breathe by Beni Rusani

Breathe in perfectly and...

I got a parcel !
 No asthma attack anymore! until now.Alhamdulillah.Hope will not anymore.πŸ˜‡

I just finished reading the novel that written by Dr Beni.One of the famous or a hot? doctor in Malaysia.Well,for sure many of my friends admired him.If you dont know him so he not that famous thenπŸ˜‚ I'm not really sure when i started followed him.But for sure i adored his tweets.There are a lot of words motivation for students also netizens certainly.He also have a blog.You can search his blog on my bloglist named "Dream High".Just scroll until the end of this blog.You will found it.

Jyeahh!

When i knew he wanna release a novel.I'm excitedly waiting !curiously wanna know what the content all about.The parcel contained the novel came on Wednesday.But during that time i'm still in my hometown.So i took the parcel from the guard as soon as i arrived in my rent house in Friday afternoon.If you guys wanna know,i ordered this novel from twitter only!Yeah for sure i can't go to PWTC.How sad.But lucky to have it with signature on it! 

Special thanks to this Dr ! 

Come to the novel.

What if we had saved many other life but we can't save our own life?

This novel talked about the journey of a guy named Adam who is in medical line.He is a medical student who is going through internship from Houseman(HO) to Medical Officer(MO).The relationship between his boss,anasthesia doctor and him made this novel interesting.But the more interesting is what are the doctors doing immediately in there to save the people life.I can felt the emotion and what are the characters doing and likely i was there watching them.Unexpected things happen, and how could it happen,i just can't bear it.

First page ! before fall asleep.Err..just kidding .😜. an hour later actually 

Irony,the people who can save others life with their specialist will be tested with their own specialities.I also had heard a lot of stories from real life that whenever they did something,they will be tested with that something.It does occur.Just dont know why but it all related to faith and destiny.

Like Sis Siqah who always doing review about novels that she read, i also wanna give stars.!Can i sis?Thank you!!😁Out from 5 star..i give~

Breathe in the first air in rent house with this novel ~
Star : ★★★★

Reading Time : Friday 5 May 2017 - Saturday 6 May 2017 4.55 PM

Recommendation : You guys should read it if wanna know what all these doctors doing,and what they all had been through.They also a human like us but one for sure they had been through so many obstacles to save our life.Special thank to doctors♡ We admired uols,weuols.Keep it up! We always be there for uols.To treat us for sureπŸ˜‚

Till then.

✍ Habis dah cuti ~πŸ˜”

Sebelum menginjak 12 malam...

Nak menulis satu entri.Esok dah nak balik.Huwaaa..kejapnya cuti.Tup tap tup tap.Dah habis masa dekat kampung.Kenapalah kejap je cuti ni rasa.Sepantas kilat,selaju cahaya masa pun dah habis untuk bersukaria.Lepas ni kena hadap sakit otak untuk due date assignments,projects dan final exam.

"Semoga berbaloi sakit otak untuk semua ini.."

Hidup student begini.Hidup makan gaji begitu.Hidup penuh erti.Hidup yang bagaimana yang kau mahukan?Itu kau pilih sendiri.Bermetafora rasa pula jadinya entri ni nanti.Hahaha.Nak tulis biasa-biasa je tapi tak ada apa sangat yang nak diceritakan.Saja nak menarikan jari-jemari di atas papan kekunci.

Hampir ke 12 malam lagi beberapa puluh minit.Tak sampai beberapa saat lagi.Ok la.Happy blogging guys.Nak juga cari alternatif macam mana nak buat income guna blog tapi masih shy-shy cat.Tak pun cari kerja part-time.Masih memikir dan sedang mengintai peluang.Desakan hidup sebagai seorang pelajar yang punya banyak masa.Kebanyakan orang kata.Tapi tak punya cukup duit untuk menampung kehidupan.

                  "Engkau semakin dewasa berjiwa merdeka.."

Tapi mencukupi tu dah tentu alhamdulillah.

Tapi kos makin meningkat.Nak minta PAMA jadi serba-salah.Dah besar.Hidup selama ni patutnya dah jana income sendiri dan bagi PAMA rehat tapi.....

"..Sedang dia semakin tua..membilang usia.."

Tak mampu ku beri emas permata.Semoga Allah membalas kebaikan yang banyak buatmu.Semoga Allah memberi yang terbaik dari sisinya kerana jasa-jasamu mendidik kami anak-anakmu...mak ..ayah...

Kembali ke sekolah !

Bye-bye for tonight !

Google Image

Alexa Traffics Ranks May 2017

Bismillah.

Previous entry :  Alexa Traffics Ranks #3

Kembali lagi dalam entri "mengecek" alexa traffics ranks.Lama dah tak tengok.Baru tiga kali check dah tak teristiqamah.Hahaa.Sementara ada masa kita update la apa yang patut terutamanya tengok ranking blog kita di mana dong ~

Ayuh !



Wohooo ! Ranking menurun dengan sangat mendadak.Mesti sepanjang Januari hingga April dahsyat giler ranking dia.πŸ˜‚.Mana taknya.Blog tak berupdate.Nak cerita pun malas.Bila ada masa tak minat pula nak update.Bila semangat nak update.Internet pula tak ada.Banyak lagilah alasan yang biasa didengari.Sayang nak tenggelamkan blog ni sebenarnya.

Jadi bantulah saya dengan beri dorongan dan semangat untuk kekal istiqamah dalam mengupdate blog ini.Ohohoo .~ Ok la i nak cari bahan untuk siapkan business plan pula.Nak sangat pelajar tahu semua.Dah bukan bidang pun kena masuk syllbus juga.Terpinga-pingalah kami.Yalah dunia penuh mencabar ni kena tahu semua kalau tak memang susahlah nak hidup katanya.

Sekian.

Wordless Wednesday : Kiamat

Top 53 Outstanding Blogger Mac-April 2017 !

Bismillah

Entry before : Top 60 Outstanding Blogger February 2017

Top 53 Outstanding Blogger Mac-April 2017 !

1.  Shahida Dzulkafli (21)
2.  Warisan Petani (16)
3.  paridah (10)
4.  Siqah Hussin (8)
5.  Noor Azlan (6)
6.  Ana Suhana (5)
7.  ayunie ramli (5)
9.  Irda Garmin (4)
10.  Noor Maizan (4)
11.  I am LZ (3)
12.  Shikin Razali (3)
13.  Tiara Sapphire (3)
14.  Adam (2)
15.  C i k R e n e x (2)
16.  Edrina Zulkafli (2)
17.  Mrs. A (2)
18.  PeRdU cINta (2)
19.  Seorang Syed (2)
20.  Uyul Rosli (2)
21.  Wani Sukarno (2)
22.  Zafirah Nazri (2)
23.  Amer Ridzuan (1)
24.  atiehilmi dot com (1)
25.  Budak Buzy (1)
26.  Eeca Shyaa (1)
27.  Fairuz Aqilah (1)
28.  Farah Wahidah (1)
29.  FeyLiez (1)
30.  Fhatin Amelia (1)
31.  hailey (1)
32.  Haslina (1)
33.  Hazrina Halim (1)
34.  Lady Tash Roy (1)
35.  Lea Azleeya (1)
36.  luqman zakaria (1)
37.  mama 3farhanah (1)
38.  Mardhiyyah Rosli (1)
39.  Maria Firdz (1)
40.  Mia Liana (1)
41.  Mrs Pip (1)
42.  nadhie wueen (1)
43.  Noor Najwa (1)
44.  norhidana miswan (1)
45.  Princess Comey (1)
46.  Qbal Ramlan (1)
47.  Shaidatul Aireen (1)
48.  Syadiya Khairul (1)
49.  The Fool (1)
50.  Ucing (1)
51.  ucing (1)
52.  Ucing Video (1)
53.  ZULHILMI TEMPOYAK (1)


Alhamdulillah masih lagi ada yang datang komen.Terima kasih korang sepanjang bulan Mac dan April masih sudi datang menjengah.Okaylah tu walau sorang pun dah bersyukur sangat.*Sodih lak aii ayat πŸ˜‚Kesian blog ni terbengkalai.Masa cuti sekejap ni la yang boleh join segmen bagai dan up entries kalau tak..yang hadooo ~

Terima kasih buat korang yang datang menjengah.Most thankful to Kak Sha Pakcik WP,Kak Paridah,Kak Siqah dan En.Azlan yang mengungguli carta top 5 buat bulan Mac + April !Juga buat korang yang lain!πŸ™ŒTak ada hadiahlah ! hahaha.Nanti la insyaAllah.Ramai dah newbie dari aku buat segmen aku tak lepas-lepas lagi.I tak ada bajett uu.Kekangan masa pun ya.Kesian i~ lagi buzy daripada PM nie.

Saya sangat-sangat menghargai masa korang melawat dan komen dekat blog ni.Terima kasih daun keladi,lain kali datang la melawat lagi.Tak cukup tau hanya sekali.Datang la berkali-kali.Saya setia menanti di sini.πŸ™†hehee

Google Image

Disclaimers

From View of My Eyes is a personal blog solely belong to Mas_FVOME.Any statement,opinion,review or stories written in this blog fully on the behalf of blog owner.The written usually from the personal emotion,feeling and current condition of the blog owner.

Blog owner will do not take any responsibility towards any damage,hardly breathe or mental disturbance after reading the blog post.The readers should take responsible toward their own choice reading sources.

Anything that appear on this blog for informal purposes only.If there is anything related to academic knowledge,it's mere for own self understanding.The contents is strictly prohibited being copy and paste or published on the other media social/website/books unless with the permission of blog owner.Your honesty is really appreciated.

I'm not concerned about the grammatical error in my blog post as long as the reader understand the message,but if you do.Sorry ! I can do nothing about it.Still improving.Read it or just leave it.Thank you for your precious time.

Have a nice day !

Most pictures credit to Google Image.

Plagiarisma.Net